Madrid: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 47:
'''Madrid''' merupakan [[ibu negara]] dan kota terbesar negara [[Sepanyol]]. Madrid berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu المجريط yang membawa maksud air yang memancar. Madrid juga mempunyai jumlah penduduk yang ketiga paling banyak di [[Kesatuan Eropah]], selepas [[London]] dan [[Paris]]. Pengaruh [[politik]], [[ekonomi]] serta [[budaya]]nya membina reuptasinya sebagai salah satu daripada bandar-bandar utama di dunia. Penduduk Madrid dipanggil ''madrileño'' (jamak: ''madrileños'').
 
Madrid terletak di tebing [[Sungai Manzanares]] di tengah-tengah [[Sepanyol]], di antara [[komuniti berautonomi]] [[Castilla dan LeonLeón|Castilla y León]] dan [[Castilla-La Mancha]]. Oleh sebab hasil ekonomi, taraf kehidupan dan saiz pasarannya, Madrid boleh dianggap sebagai pusat [[kewangan]] yang penting di [[Semenanjung Iberia]]. Kebanyakan syarikat Sepanyol yang besar serta tiga daripada 100 syarikat yang terbesar di dunia beribu pejabat di Madrid. Sebagai ibu kota Sepanyol, Madrid merupakan lokasi bangunan-bangunan [[kerajaan]] dan tempat kediaman rasmi [[Monarki Sepanyol|kerabat diraja negara tersebut]]. Datuk bandar Madrid kini ialah Alberto Ruiz-Gallardon.
 
Bangunan-bangunan di Madrid yang terkenal termasuklah [[Istana Diraja Madrid]], Bangunan Panggung Diraja, Taman Buen Retiro, Perpustakaan Kebangsaan, muzium [[arkeologi]] ternama, dan tiga muzium seni, iaitu Muzium Prado, Muzium Kebangsaan Pusat Seni [[Ratu Sofia]] (''Museo Nacional Centro de Arte Reina Sofía'') serta Muzium Thyssen-Bornemisza.