Universiti Teknologi MARA: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 262:
 
==== UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Kota Bharu ====
Penubuhan kampus ini bermula daripada cetusan idea Menteri Pengajian Tinggi , Dato' Seri Naib Canselor UiTM dan juga Rektor kampus bagi meningkatkan jumlah kemasukan pelajar.Penubuhan UiTM Kampus Kota telah diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Mustapa Mohamad pada 18 Oktober 2006 dan sesi pertama pengajiannya telah bermula pada Julai 2007. Penubuhan Kampus Kota mengambilkira beberapa kriteria antaranya ialah lokasinya berada di kawasan bandar Kota Bharu dan mestilah strategik bagi tujuan penonjolan imej. {{Citation needed}}
 
Susulan dari pengumuman itu, sebuah Jawatankuasa Penubuhan Kampus Kota yang dipengerusikan oleh Pengarah Kampus telah dibentuk. Jawatankuasa ini dianggotai oleh ketua-ketua bahagian serta unit di UiTM Kelantan.Wisma KUB yang mempunyai 4 tingkat dengan keluasan lantai keseluruhan 24,522.75 kaki persegi telah dipilih sebagai kampus sementara UiTM Kampus Kota atau nama rasminya Universiti Teknologi MARA Kelantan,Kampus Kota Bharu. {{Citation needed}}
 
==== UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban 3 ====
UiTM Kampus Seremban 3 mula dibina pada 19 Januari 2011, di atas tanah seluas 38 ekar di kawasan pembangunan Seremban 3, Seremban, Negeri Sembilan. Kampus ini merupakan kampus cawangan ketiga bagi UiTM Negeri Sembilan. UiTM Seremban 3 dirasmikan pada 18 Januari 2014. Ia menempatkan 3 fakulti iaitu Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Fakulti Sains Matematik dan Komputer dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi. {{Citation needed}}
 
==== UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar ====
UiTM Kampus Seri Manjung telah dibuka secara rasmi pada tahun 1985 dengan menggunakan kampus sementaranya yang terdiri daripada beberapa blok rumah kedai yang terletak di Bandar Baru Seri Manjung. Pada 1997, pembinaan fasa pertama UiTM Kampus Seri Iskandar yang terdiri daripada 1 blok akademik dan asrama telah disiapkan dan pelajar-pelajar yang mengikuti program-program Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) menjadi perintis pertama di UiTM Kampus Seri Iskandar. Pada 2002, UiTM Kampus Seri Manjung telah ditutupkan dimana kesemua pelajar-pelajar dan kelengkapan-kelengkapan dari UiTM Seri Manjung telah berpindah sepenuhnya ke UiTM Kampus Seri Iskandar. {{Citation needed}}
 
==Lagu Universiti==