Pertempuran Panipat Pertama: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
 
Baris 31:
 
== Komposisi tentera ==
Tentera [[Babur]] terdiri daripada suku [[Turk]], [[Mongol]], [[Parsi]] dan [[Afghan]]. Pasukan tentera ini terdiri daripada tentera yang berpengalaman yang telah dibentuk semenjak kempen awal Babur menjadikan semua tentera merasa yakin dan saling memahami antara satu sama lain sepanjang dekad. Tentera pemanah berkuda serta pasukan pemanah Turk-Mongol yang menggunakan busur campuran membentuk pasukan utama manakala infantrinya pula terdiri daripada pemanah pejalan kaki yang juga menggunakan busur campuran dan senapang. Babur juga memiliki 20 buah meriam. Beliau memperoleh senjata [[serbuk letupan]] sama ada daripada [[Empayar Uthmaniyah|Uthmaniyah]] atau [[Wangsa Safawiyah|Safawiyah]] menurut sumber-sumber berbeza. Namun, taktik dan tentera Babur merupakan campuran dua gaya ketenteraan luar iaitu dari unsur Uthmaniyah dan unsur [[Empayar Timuriyah|Timuriyah]].
 
Sementara itu, tentera [[Kesultanan Delhi]] terdiri daripada tentera bergajah dan kavalri. Tentera ini bercorakkan [[feudal]] dan tidak mempunyai unit yang menggunakan serbuk letupan. Tentera [[Ibrahim Lodi]] di [[Panipat]] dianggarkan seramai 50,000 tentera dan 400 ekor gajah. Kemungkinan 25,000 daripadanya merupakan kalavri berketurunan Afghan manakala baki tentera yang lain merupakan tentera kerahan dan tentera upahan yang membentuk pasukan infantri.
 
== Pertempuran ==