Phuket: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Robot: interwiki standardization
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 21:
==Sejarah==
Phuket pernah diserang oleh tentera Burma ([[Myanmar]]) pada 1785. Tetapi Kapten [[Francis Light]] dari [[Syarikat Hindia Timur Inggeris]] telah menghantar mesej kepada pemerintah di sana bahawa Burma akan menyerang. Semasa pemerintahan Raja [[Chulalongkorn]] ([[Rama V]]), Phuket menjadi pusat pemerintahan wilayah selatan Thailand dan mengeluarkan [[bijih timah]].
 
==Ekonomi==
Perlombongan bijih timah merupakan kegiatan utama ekonomi Phuket semenjak abad ke-16 yang menyaksikan penglibatan orang Cina dalam perlombongan. Kebanyakan dari mereka adalah dari suku Hakka dan pengaruh mereka dapat dilihat dalam budaya dan makanan masyarakat Phuket. Dengan kejatuhan harga bijih timah, kegiatan perlombongan tidak lagi dilakukan sehingga hari ini.
 
Ekonomi pulau ini sekarang dipacu oleh ladang getah dan pelancongan yang menarik ramai penyelam untuk datang ke Phuket setiap tahun. Selain dari itu, ramai pelancong juga datang ke Phuket kerana tarikan aktiviti waktu malam dan pelacuran.
 
Semenjak 1980an, pantai-pantai di Phuket terutamanya di sebelah barat dibangunkan menjadi pusat pelancongan. Ini termasuk Patong, Karon dan Kata sebagai salah satu destinasi popular. Walau pun dilanda ''tsunami'' pada tahun 2004, Phuket dapat dibangunkan kembali.
 
 
== Tsunami ==
Phuket dan kawasan berdekatannya dilanda ombak besar atau tsunami pada 26 Desember 2004 yang menyebabkan kerosakan besar. Dianggarkan 250 orang terkorban di Phuket termasuk pelancong asing. Boleh dikatakan semua pantai utama Phuket di barat terutama Kamala, Patong, Karon dan Kata mengalami kerosakan teruk. Kerosakan dapat diperbaiki semula pada Februari 2005 dan pelancongan kembali rancak di Phuket.
 
== Pautan luar ==
*[http://www.tourismthailand.org/destinationguide/list.aspx?provinceid=66 Maklumat Phuket dari Tourist Authority of Thailand]
 
{{Wilayah Thai}}