Exists: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 26:
Kumpulan Exist telah ditubuhkan pada tahun 1991 di [[Johor Bahru]], [[Johor]] oleh seorang pengurus artis di syarikat rakaman Jojo's Production pada ketika itu iaitu Mohd Johan bin Abd Aziz. Jojo's Production yang berpusat di Bangunan Abu Kassim, [[Bandar Baru UDA|Bandar Baru Uda]] ketika itu merupakan satu nama besar yang telahpun melahirkan salah satu gergasi rock dari selatan tanah air iaitu [[Kumpulan Mega|Mega]] sejak tahun 1989 selain pernah menganjurkan konsert ''tour'' yang melibatkan [[Search]] & Mega.
 
Segalanya bermula apabila Johan Aziz telah menziarahi rumah kakak iparnya di Mersing pada Hari Raya Aidilfitri. Di rumah itulah beliau terdengar seseorang sedang bermain solo lagu Isabella dengan gitar elektrik memandangkan ketika itu lagu tersebut mencetuskan fenomena di Malaysia dan negara-negara jiran. Alangkah terkejutnya beliau apabila mendapat tahu bahawa orang yang bermain gitar itu ialah anak saudaranya yang berusia 12 tahun pada ketika itu iaitu [[Along Exists|Azhrul Nasir]] atau lebih dikenali sebagai Along. Dari situlah idea untuk menubuhkan sebuah kumpulan muzik remaja timbul dan Johan telah meminta kebenaran daripada birasnyabapa Along untuk membawa Along tinggal bersamanya di Johor Bahru. Setahun kemudian, barulah Along berpindah ke Johor Bahru untuk menubuhkan kumpulan muzik dan meneruskan persekolahannya di sana.
 
Kemudian, Along dan Johan telah memulakan usaha untuk mencari anggota-anggota lain untukbagi menjayakanmelengkapkan usaha mereka untuk menubuhkanpenubuhan kumpulan muzik yang terdiri daripada kalangan remaja. Hasilnya, mereka mendapat lima anggota berusia belasan tahun iaitu [[Musa Exists|Musa Radhi]]@Musa (Bass, 17 tahun), [[Mamat Exists|Mohd Ali Kamarudin]]@Mamat (Vokal, 11 tahun), [[Ajai|Mohd Faizal Maas]]@Ajai (Keyboard, 14 tahun), [[Shah Nizam Abdul Halim]]@Shah (Gitar - 2nd lead, 15 tahun) dan [[Ujang Exists|Saharudin Saniman]]@Ujang (Dram, 16 tahun). Pada asalnya, mereka menamakan kumpulan ini sebagai ''Axis'' yang membawa maksud ''paksi'', namun disebabkan wartawan sebuah syarikat penerbitan akhbar tersilap menulis nama kumpulan mereka sebagai ''Exist'', mereka akhirnya mengambil keputusan untuk terus mengekalkan nama ''Exist'' yang bermaksud ''ada''/''wujud'' di mana mereka mahukan kumpulan ini popular dan terus wujud sampai bila-bila.
 
Kumpulan ini kemudiannya telah memulakan sesi rakaman album pertama di Lion's Studio, [[Singapura]] pada bulan Mei 1991. Menariknya dalam album ini, Along dan Shah telah bersepakat untuk membahagikan solo lagu-lagu Exist secara sama rata dengan Along bermain solo dalam 5 daripada 10 lagu, manakala Shah mengambil 5 lagu selebihnya untuk beliau bermain solo. Setelah sesi rakaman album pertama memakan masa selama hampir 7 bulan, maka siaplah album pertama mereka yang diberi judul '''''[[Exist (album)|Exist]]''''',