Exists: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 30:
Kemudian, Along dan Johan telah memulakan usaha untuk mencari anggota-anggota lain bagi melengkapkan penubuhan kumpulan muzik yang terdiri daripada kalangan remaja. Hasilnya, mereka mendapat lima anggota berusia belasan tahun iaitu [[Musa Exists|Musa Radhi]]@Musa (Bass, 17 tahun), [[Mamat Exists|Mohd Ali Kamarudin]]@Mamat (Vokal, 11 tahun), [[Ajai|Mohd Faizal Maas]]@Ajai (Keyboard, 14 tahun), [[Shah Nizam Abdul Halim]]@Shah (Gitar - 2nd lead, 15 tahun) dan [[Ujang Exists|Saharudin Saniman]]@Ujang (Dram, 16 tahun). Pada asalnya, mereka menamakan kumpulan ini sebagai ''Axis'' yang membawa maksud ''paksi'', namun disebabkan wartawan sebuah syarikat penerbitan akhbar tersilap menulis nama kumpulan mereka sebagai ''Exist'', mereka akhirnya mengambil keputusan untuk terus mengekalkan nama ''Exist'' yang bermaksud ''ada''/''wujud'' di mana mereka mahukan kumpulan ini popular dan terus wujud sampai bila-bila.
 
Kumpulan ini kemudiannya telah memulakan sesi rakaman album pertama di Lion's Studio, [[Singapura]] pada bulan Mei 1991. Menariknya dalam album ini, Along dan Shah telah bersepakat untuk membahagikan permainan gitar solo lagu-lagu Exist dengan Along bermain solo untuk 6 daripada 10 lagu iaitu ''Rahsia Pohon Cemara'', ''Janji Bidadari'', ''Sebelum Terlewat'', ''Kerana Cinta'', ''Kuman H.I.V'' dan ''Gema Muzik'' manakala Shah pula mengambil 3 lagu untuk beliau bermain ssolosolo iaitu ''Untukmu Ibu'', ''Hidupan Fantasi'' dan ''Meniti Cita-Cita''. Satu lagi lagu mereka, ''Langkah Seiringan'' merupakan satu-satunya lagu Exist yang telah menggabungkan idea dan sentuhan dua gitar solo daripada Along dan juga Shah.
 
Setelah sesi rakaman album pertama memakan masa selama hampir 7 bulan, maka siaplah album pertama mereka yang diberi judul '''''[[Exist (album)|Exist]]''''',