Omar Rojik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 42:
Beliau berasal dari Kedah dan dilahirkan pada 23 November 1925 di Seberang Perak, [[Alor Star]] dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dan Sekolah Inggeris sehingga darjah tiga. Ketika di sekolah, beliau pandai bermain alat muzik iaitu dengan cara menghafal sajak di samping gemar membaca novel dari Indonesia. Tamat saja persekolahan beliau telah mula bekerja di sebuah bengkel PWD, memasuki angkatan belia dan berkerja memperbaiki enjin kapal terbang semasa [[Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak|pendudukan Jepun]]. Di samping itu, beliau juga pernah terlibat dengan parti politik di bawah pimpinan [[Ahmad Boestamam]]. Untuk mendapatkan pekerjaan tetap, beliau telah berhijrah ke [[Singapura]] di mana ketika berada di situlah beliau bertemu dengan [[R. Azmi]] yang telah mendapatkan nya pekerjaan sebagai buruh kasar di Syarikat [[Malay Film Productions Ltd]] (MFP). Dari situlah beliau mula mengenal dunia filem tempatan. Beliau merupakan anak Melayu yang diberi peluang mengarah di Syarikat MFP. Pembabitan beliau dalam bidang lakonan bermula apabila beliau telah diberi tugas memegang beberapa peranan kecil hinggalah ke peranan yang agak besar<ref>[http://www.mykedah2.com/20hall_fame/202_8_04.htm Anak-Anak Kedah:Omar Rojik] Kedah.com</ref>.
 
Omar Rojik juga berbakat dalam bidang penulisan dan merupakan penulis cerita asal bagi filem [[filem Dr. Rushdi]], [[filem Antara Dua Darjat|Antara Dua Darjat]] dan [[filem Semerah Padi|Semerah Padi]]. <ref>[http://mamutanjung.blogspot.my/2012/09/seniman-omar-rojik-dalam-kenangan.html Seniman Omar Rojik dalam Kenangan]</ref>
 
==Kehidupan peribadi dan kematiaan==