Zaiton Abdullah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 24:
Beliau dilahirkan pada 2 April 1937 dan berasal dari Changi, [[Singapura]].
 
Filem [[Hang Tuah (filem 1956)|Hang Tuah]] (19551956) telah berjaya melonjakkan nama beliau di persada perfileman Melayu. Namanya menjadi sebutan ramai dan wajah Zaiton sering menghiasi akhbar dan majalah pada zaman itu. Menerusi filem tersebut beliau telah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 3 pada 1957. Tetapi, beliau seperti tenggelam dalam dunia perfileman Melayu apabila sekumpulan pelakon Melayu yang diketuai oleh P. Ramlee berpindah ke [[Kuala Lumpur]] dari [[Singapura]] pada lewat 1960-an.
 
Satu perkara yang menarik ialah pada September 1958, beliau menjadi satu-satunya artis Melayu yang dipilih mewakili Malaysia dan Singapura ke ''Pacific Festival'' yang berlangsung di [[San Francisco]], [[California]]. Beliau diberi peluang memperkenalkan budaya Melayu kepada masyarakat dunia pada masa itu.
 
Zaiton membuat kemunculan semula menerusi filem ''[[filem Kacha Permata]]'' dan ''[[Aksi KucingKuching]]'' pada tahun 1966 dan cemerlang menerusi filem blockbuster era 60-an iaitu ''[[Raja Bersiong (filem 1968)|Raja Bersiong]]'' pada tahun 1968. Sejak 1970-an Zaiton mula bersara dari bidang lakonan dan hanya membuat kemunculan istimewa di majlis-majlis keraian artis-artis veteran. Beliau diakui sebagai salah seorang primadona filem terunggul era 1950-an dan 60-an dengan kecantikan semula jadi yang seiring dengan bakat biarpun hanya 10 tahun bergiat aktif di dalam industri perfileman.
 
==Filemografi==