Itihasa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Terbitan baru
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 14:28, 8 Ogos 2021

Itihāsa (bahasa Sanskrit) bermaksud epik-epik Ramayana dan Mahabharata.

Sebuah itihāsa menceritakan suatu kisah zaman silam, dan yang telah diturunkan secara lisan sejak turun-temurun. Dengan peredaran masa, kisah-kisah ini telah ditulis.

Menurut definisi yang diberikan oleh beberapa teks Sanskrit, sesuatu Itihāsa perlu mengandungi topik-topik berkaitan puruṣārtha iaitu Dharma (kebaikan), artha (kekayaan), kama (keinginan), dan Moksha (kebebasan). Ini lazimnya dilakukan secara penceritaan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman purba.

Perkataan 'Itihāsa' dan 'Purana' telah kerap kali disebut dalam teks-teks Veda (contohnya, Atharvaveda 15.6.4; Śatapatha Brāhmaṇa 13.4.3.12; Bṛihadāraṇyaka Upaniṣad 2.4.10).