Raja Ema: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kemaskini.
Kemaskini.
Baris 30:
Setelah gagal untuk tersenarai dalam Muzik-Muzik 1986 untuk lagu ''Jejaka Idaman'', pada tahun yang sama Raja Ema muncul dengan album kedua iaitu [[Volume 2 (album Raja Ema)|Volume 2]]. Lagu pertama yang dipopularkan dalam album tersebut iaitu ''Angan-Angan'' berjaya tersenarai sebagai juara untuk bulan Januari 1987, namun pada pertandingan akhir [[Anugerah Juara Lagu 1987]], Raja Ema tidak dapat mempersembahkan lagu tersebut kerana beliau berada di [[Indonesia]] bagi penggambaran filem seram usahasama Malaysia-Indonesia berjudul ''Pernikanan Berdarah''.
 
Sebagaimana Ella diberikan penghormatan untuk menyanyikan lagu tema untuk atlit Malaysia bagi [[Sukan Komanwel 1998]] iaitu ''[[Standing Inin Thethe EyeEyes of Thethe World]]'', Raja Ema pula adalah penyanyi pertama yang diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu 'penaik semangat' dan tema untuk atlit Malaysia yang bertanding dalam [[Sukan Olimpik Seoul 1988]] dengan lagu ''Mentari Korea'' yang dipetik dari album ketiga beliau berjudul [[Titik Bermula (album Raja Ema)|Titik Bermula]] dan terakhir bersama syarikat EMI.
 
Raja Ema adalah artis pertama yang dipilih sebagai duta kepada Syarikat Edaran Otomobil Nasional (EON) pada tahun 1988. Tahun 1988 Raja Ema berganding dengan [[Jamal Abdillah]] menyanyikan lagu iklan Hari Raya EON yang sering disiarkan dikaca TV pada ketika itu. Tahun 1989 juga, Raja Ema bersama dengan Sheila Majid dan Liza Othman terpilih sebagai model iklan sabun Lux.