Sri Vaishnavisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
k Kembangkan
 
Baris 1:
[[Fail:NarayanaTirumala6.JPG|thumb|339x339px|Maha Vishnu di Narayana Tirumala]]
'''Śri Vaiṣṇavisme''' ialah agama yang melahirkan falsafah [[Viśiṣṭādvaita]] [[Falsafah Vedanta|Vedānta]] dan suatu sub-mazhab dalam [[Vaishnavisme]] yang berasal daripada [[Tamil Nadu]], India. Menurut tradisi, agama ini telah diajar oleh [[Maha Vishnu]] kepada [[Devi Lakshmi]]. Devi kemudiannya, mengajar ilmu ini kepada Viṣvaksena. Ilmu ini kemudiannya diturunkan daripada guru ke guru bermula daripada Śațhagopa (Nammāḷvār). Gerakan [[Bhakti]] yang dimulakan oleh golongan Alvar telah banyak memperkayakan kesusasteraan yang bersifat bakti dan cinta pada Tuhan dalam [[bahasa Tamil]].
 
Dalam pengenalan kepada '''Śri Bhāṣya (ulasan Brahma Sūtra), [[Ramanujacharya|Śri Rāmānujacharya]]''' menyusur-galur falsafah Viśiṣṭādvaita dalam Upaniṣad-Upaniṣad.
 
Śri Vaiṣṇavisme juga merupakan salah satu agama Bhāgavata ([[Bhagavatamata]]) yang berasaskan kepada kitab-kitab seperti Nārāyaṇīya dalam [[Mahabharata|Mahābhārata]], [[Viṣnu Purāṇa]], [[Bhāgavata]] dan [[Pāñcarātra]].
 
Tiga Āḷvār pertama Poygai, Pūdam dan Pey Āḷvār hidup pada zaman yang sama. Ketiga-tiga Āḷvār ini sering menghabiskan masa dengan bergelak ketawa, menangis, menyanyi dan menari. Oleh itu, masyarakat setempat menganggap mereka sebagai orang gila atau hantu. Karya [[Tiruvandādi]] dalam [[bahasa Tamil]] klasik yang mengandungi 300 ayat-ayat suci, dikatakan telah dihasilkan oleh mereka.
 
Gerakan Āḷvār lebih bersifat emosional dan mistikal. Para Āḷvār percaya bahawa nikmat duniawi adalah fana dan mengidamkan kebebasan melalui kesatuan dengan [[Maha Vishnu|Maha Vishnu.]]. Meskipun lagu-lagu suci mereka penuh dengan falsafah, mereka lebih banyak mengajar melalui teladan. Maka tugas meletakkan agama ini atas dasar falsafah yang kukuh menurut kitab-kitab suci dimulakan oleh golongan Ācārya selepas zaman Āḷvār.
 
== Falsafah Viśiṣṭādvaita [[Falsafah Vedanta|Vedānta]] ==
Baris 29:
 
== Āḷvār ==
Pelopor-pelopor tradisi Śri Vaiṣṇava dikenali sebagai Āḷvār. Perkataan 'Āḷvār' secara literal bermaksud seorang yang asyik dengan cinta ketuhanan. Terdapat dua belas orang Āḷvār iaitu: Poygai, Pūdam, Pey, Tirumoḷiśai, Nammāḷvār, Kulaśekhara, Periyāḷvār, Toņḍaraḍippoḍi, Tirumańgai, Tiruppān, Madhurakavi, dan [[Ānḍāḷ]]. Semua Āḷvār berasal dari negeri Tamil Nadu, India dan hidup pada zaman Pallava (kurun ke-6 hingga 9 Masihi). Cinta kepada Tuhan ialah asas agama ini. Oleh itu, sebarang sekatan seperti jantina atau kasta tidak menjadi halangan untuk mengamalkan agama ini.
 
Para Āḷvār juga merupakan pelopor-pelopor agama dan falsafah Śri Vaiṣṇavisme melalui lagu-lagu suci mereka. Lagu-lagu suci ini dikenali sebagai Nālāyira [[Divya Prabandham]], yang menggabungkan keindahan puisi yang unik dan rukun-rukun falsafah yang tinggi dalam [[bahasa Tamil]] yang mudah difahami.
 
=== Ajaran Para Āḷvār ===
Baris 42:
 
=== Poygai Āḷvār ===
Bagi menghapuskan kejahatan, BhagavanMaha Visnu memegang cakera dan belantan. Bagi meningkatkan kebahagiaan para pemuja-Nya, dan mematahkan semangat orang-orang yang membenci lembu, Veda dan orang-orang alim, Visnu juga memegang sekuntum bunga teratai dan sebiji cangkerang. Empat objek ini yang menunjukkan kesaktian Visnu, juga dianggap sebagai jelmaan Visnu. Di mana sahaja kesaktian Visnu wujud, di situ Visnu menjelma.
 
Demikian, cangkerang Visnu yang bernama Panchajanya, dipercayai telah menjelma sebagai Poygai Āḷvār. Selepas menghapuskan Asura Panchajanya dengan cakeranya, Visnu membuat sebiji cangkerang dengan menggunakan tulang Panchajanya. Oleh itu, cangkerang itu mendapat nama ‘Panchajanya’. Bunyi Panchajanya amat ditakuti oleh musuh-musuh Visnu. Sebaliknya, golongan pemuja yang mempunyai hati yang suci dan mulia, akan  berasa tenang mendengar bunyinya. Poygai amat ditakuti oleh golongan kafir dan orang-orang jahat. Sebaliknya, orang-orang baik amat tertarik dengan keenakan bunyinya. Oleh itu, Poygai dipercayai sebagai memilik ciri-ciri Panchajanya.
Baris 164:
 
=== Divya Prabandham ===
Seluruh karya para Āḷvār dikenali sebagai Nalayira [[Divya Prabandham]] (bermaksud 4000 Divya Prabandham) dalam [[bahasa Tamil]]. Karya ini dianggap setaraf dengan [[Veda]] dan oleh itu, dikenali sebagai 'Dravida Veda'.
 
=== Pāñcarātra ===
Dalam tradisi Sri Vaishnava, [[Pāñcarātra]] Āgama juga diberikan status yang sama seperti [[Veda]].
 
== Rujukan ==
[[Kategori:Konsep falsafah Hindu]]
[[Kategori:Agama Hindu]] [[Kategori:Kesusasteraan]] [[Kategori:Falsafah India]] [[Kategori:Falsafah Timur]] [[Kategori:Bahasa Tamil]]