Laissez-faire: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
 
Laissez-faire disokong oleh para pendukung [[libertarianisme]], [[liberalisme klasik]], [[neoliberalisme]], [[minarkisme]] dan [[Objektivisme (Ayn Rand)|Objektivisme]]. Golongan libertarian berhujah bahawa pasaran bebas menghasilkan lebih banyak kemakmuran dan [[kebebasan peribadi]] berbanding sistem ekonomi lain. [[Aliran Austria|Aliran ekonomi Austria]] dan [[Aliran Chicago (ekonomi)|Chicago]] merupakan antara jenis laissez-faire yang utama. Pengikut [[anarki pasaran]] melampaukan idea laissez-faire dengan menentang segala pencukaian, dan lebih gemar undang-undang dan perintah dibiayai oleh sektor swasta.
 
==Teori ekonomi dan politik==
{{utama|Pasaran bebas}}
 
Pendukung laissez-faire menyokong ketiadaan campur tangan kerajaan: pasaran bebas, cukai minima, peratuan minima dan pemilikan harta swasta, serta menyokong [[kebebasan negatif]] sambil menentang [[kebebasan positif]], seperti [[pengagihan semula kekayaan]] yang disediakan kerajaan. Bagaimanapun, sesetengah penyokong laissez-faire, terutamanya yang mengikut [[Aliran Chicago]], lebih gemar idea [[cukai pendapatan negatif]] oleh [[Milton Friedman]] sebagai ganti kepada sistem kebajikan sedia ada, dengan berhujah bahawa pencukaian sedemikian lebih ringkas dan kurangnya "[[insentif tidak munasabah]]" yang berbentuk "[[Kelayakan|pemberian kerajaan]]".
 
Mereka berasaskan kepercayaan bahawa pengagihan semula kekayaan mengambil modal daripada sektor-sektor paling produktif dalam ekonomi, serta memaksakan [[egalitarianisme ekonomi]] yang mengurangkan produktiviti dan galakan bekerja. Mereka boleh berhujah lagi bahawa apa-apa [[kesamaan hasil]] sementara yang dinikmati dari pengagihan semula akan cepat tumbang tanpa pemaksaan kerana rakyat mempunyai bermacam-macam tahap motivasi dan kebolehan diri, serta melakukan bermacam-macam pilihan berdasarkan nilai-nilai yang berlainan; lebih-lebih lagi, ketaksamaan kebendaan adalah hasil yang tidak boleh dielakkan daripada kebebasan memilih tindakan sendiri tanpa menyusahkan orang lain.
 
Seperti [[ekonomi neoklasik]] aliran perdana, [[Aliran Austria]] dan [[Aliran Chicago]] menyokong [[nilai teori subjektif]] yang menyatakan bahawa hanya seorang pembeli dan seorang penjual, sambil menggunakan maklumat yang dikongsi dan boleh didapati di pasaran, boleh menentukan betapa bernilainya barang dan perkhidmatan ''kepada mereka'' dan maka itu menentukan harga yang saling diterima. Mereka berhujah bahawa [[penawaran dan permintaan]], seperti yang diaturkan kehadiran penilaian bebas dan subjektif dalam pasaran bebas, merupakan satu-satunya kaedah sewajarnya bagi menetapkan harga. Lebih-lebih lagi, mereka percaya bahawa harga yang ditentukan dalam pasaran bebas sahajalah yang boleh mensintesiskan dan menghubungkan citarasa dan data yang relevan dan peka masa kepada jutaan pengguna dan juga pengeluar, serta apa sekalipun cubaan mengobjektifkan urusniaga ini oleh pihak berpusat pasti gagal.
 
Menurut hujah mereka, mana-mana sahaja campur tangan kerajaan seperti [[peraturan]], [[fahaman perlindungan|perlindungan]], kewujudan [[monopoli sah]], [[undang-undang persaingan]], atau cukai, mengganggu penilaian yang dicerminkan dengan setepatanya dalam harga dan pemaksimuman utiliti ekonomi.
 
Penyokong laissez-faire meggemari keadaan yang neutral antara pelbagai kelompok sekepentingan yang saling bersaing untuk merebut hak istimewa dan [[kuasa politik]] di sesebuah negara. Mereka kurang menyenangi [[ekonomi campuran]] atas alasan bahawa ini membawa kepada [[politik kelompok sekepentingan]] yang mana setiap kelompok itu memburu manfaat diri sehingga membebankan kelompok lain dan para pengguna. Mereka menentang pembiayaan atau pengawalan sekolah, hospital, industri, pertanian, dan rancangan kebajikan sosial oleh kerajaan. Bagaimanapun, [[Aliran Chicago]] menjustifikasikan sistem [[baucar sekolah]] atas sebab-sebab keadilan.
 
Mereka percaya bahawa peminimuman cukai mengurangkan kemungkinan kerajaan akan membiayai rancangan yang tidak menguntungkan serta menghalang rakyat daripada memerlukan bantuan kerajaan kerana duit mereka agak mencukupi.
 
[[Agensi pertahanan swasta]]<ref>
{{cite
|title=The Myth of National Defense: Essays on the Theory and History of Security Protection
|date=2003
|author=Hans-Hermann Hoppe
}}</ref> dan [[harta intelek]]<ref>
{{cite
|title=Against Intellectual Property
|author=N. Stephan Kinsella
|journal=Journal of Libertarian Studies
|volume=15, no. 2
|date=Musim Bunga 2001
|pages=1–53
}}</ref> merupakan titik pertikaian di kalangan penyokong laissez-faire. Inilah yang selalu membelahkan golongan minarki yang mendukung polis dan tentera kerajaan, daripada [[anarko-kapitalis]] yang hendak penswastaan sepenuhnya segala barang. bagi kebanyakan anark-kapitalis, prinsip kebebasan mesti mengatasi matlamat kekayaan. Contohnya, faedah polis kepada orang awam boleh dilihat paksaan tidak bermoral tidak kira betapa cekapnya berbanding keselamatan swasta.
 
===Teori monetari===
[[Aliran Austria]] menentang [[matawang fiat]] kerana tidak mendorong kerajaan menahan diri daripada mengembangkan bekalan wang secara berlebihan lalu menyebabkan [[inflasi]]. Mereka lebih gemar penggunaan aset nyata seperti [[piawai emas]]. Inflasi sering dianggap oleh libertarian sebagai kaedah pencukaian mencuri-curi yang digunakan untuk merampas nilai daripada duit pegangan peribadi tanpa melevi cukai yang kelihatan serta memerlukan pemindahan wang fizikal.
 
==Laissez-faire hari ini==