Laissez-faire: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 34:
 
===Teori monetari===
[[Aliran Austria]] menentang penggunaan [[matawangwang fiat]] kerana tidak mendorong kerajaan menahan diri daripada mengembangkan bekalan wang secara berlebihan lalu menyebabkan [[inflasi]]. Mereka lebih gemar penggunaan aset nyata seperti [[piawai emas]]. Inflasi sering dianggap oleh libertarian sebagai kaedah pencukaian mencuri-curi yang digunakan untuk merampas nilai daripada duit pegangan peribadi tanpa melevi cukai yang kelihatan serta memerlukan pemindahan wang fizikal.
 
==Sejarah perdebatan laissez-faire==
===Eropah===
Di Britain pada abad ke-19, laissez-faire menikmati ikutan yang kecil tetapi kuat oleh kelompok [[Liberalisme Manchester|Liberal Manchester]] seperti [[Richard Cobden]] dan Richard Wright. Pada tahun 1867, ini melahirkan perjanjian perdagangan bebas yang dimeterai antara Britain dan Perancis, diikuti pemeteraian perjanjian-perjanjian seumpamanya di kalangan negara Eropah lain. Akhbar ''[[The Economist]]'' diasaskan, sebahagiannya sebagai tentangan kepada [[Corn Laws]], pada tahun 1843, sementara [[perdagangan bebas]] dibincangkan di tempat-tempat seperti ''The Cobden Club'' yang diasaskan setahun selepas Cobden meninggal dunia pada tahun 1866. <ref>{{cite journal|author=Scott Gordon|title=The London Economist and the High Tide of Laissez Faire|year=1955|journal=Journal of Political Economy|volume=63|issue=6|pages=461-488}}</ref> <ref>{{cite web|title=London Clubs in the Late Nineteenth Century|url=http://www.nuff.ox.ac.uk/economics/history/paper28/28taddeiweb1.pdf|author=Antonia Taddei|year=1999}}</ref>
 
Namun begitu, laissez-faire tidak pernah menjadi doktrin utama mana-mana negara, maka pada penghujung 1800-an, negara-negara Eropah nampaknya mengamalkan perlindungan dan campur tangan ekonomi lagi. Misalnya, Perancis mula membatalkan perjanjian perdagangan bebasnya dengan negara Eropah lain pada tahun 1890. [[Fahaman perlindungan|Dasar perlindungan]] Jerman bermula (sekali lagi) dengan surat dari [[Bismarck]] pada Disember 1878 yang mewujudkan [[tarif]] besi dan tanaman rai pada tahun 1879.
 
===Amerika Syarikat===
Walaupun zaman sebelum [[Perang Saudara Amerika]] menampakkan takat kerajaan persekutuan yang terhad, namun masih banyak campur tangan dalam ekonomi--khususnya selepas 1820-an. Contoh campur tangan kerajaan pada zaman sebelum Perang Saudara termasuk penubuhan [[Bank Pertama Amerika Syarikat]] dan [[Bank Kedua Amerika Syarikat]] serta pelbagai langkah perlindungan (cth., [[tarif 1828]]). Sesetengah cadangan ini berhadapan dengan tentangan yang serius, serta banyak memerlukan dagang sapi untuk digubal. Misalnya, Bank Kebangsaan Pertama tidak mungkin dapat mencapai meja Presiden [[George Washington]] andai tiadanya persetujuan yang dicapai antara [[Alexander Hamilton]] dan beberapa ahli-ahli Kongres selatan untuk mencari kedudukan ibu negara di [[Daerah Columbia]].
 
Kebanyakan pendukung awal [[ekonomi campuran]] di Amerika Syarikat berpegang oada [[Aliran Amerika (ekonomi)|Aliran Amerika]]. Aliran fikiran ini diilhamkan oleh idea-idea Hamilton yang mencadangkan kewujudan [[Bank Kebangsaan Pertama|bank tajaan kerajaan]] dan kenaikan tarif agar menjaga kepentingan perindustrian utara. Selepas Hamilton meninggal dunia, pengaruh perlindungan yang lebih berkekalan pada zaman sebelum perang timbul daripada [[Henry Clay]] dan ''[[Sistem Amerika (rancangan ekonomi)|Sistem Amerika]]'' beliau.
 
Selepas Perang Saudara, pergerakan ke arah ekonomi campuran dipesatkan dengan lebih perlindungan dan [[peraturan kerajaan]]. Pada 1880-an dan 1890-an, kenaikan tarif secara mendadak digubal. Lebih-lebih lagi, dengan digubalnya [[Akta Perdagangan Antara Negeri 1887]] dan [[Akta Anti-Pakatan Sherman]], kerajaan persektuan mula memainkan peranan yang semakin penting dalam mengatur dan mengarahkan ekonomi negara.
 
[[Era Progresif]] menyaksikan penggubalan banyak lagi kawalan pada ekonomi, seperti dibuktikan oleh rancangan [[Kebebasan Baru]] di bawah pentadbiran Wilson.
 
Berikutan [[Perang Dunia I]] dan [[Kemelesetan Besar]], [[Ekonomi Keynes|dasar-dasar Keynes]] mengubah negara menjadi [[ekonomi campuran]]. Misalnya pada 1980-an, A.S. hendak melindungi industri keretanya melalui sekatan eksport "sukarela" dari Jepun.<ref>{{cite journal|author=Robert W. Crandall|year=1987|title=The Effects of U.S. Trade Protection for Autos and Steel|journal=Brookings Papers on Economic Activity|volume=1987|issue=1|pages=271-288}}</ref> Seorang pengkaji pada masa itu pernah mengarang bahawa:{{cquote|Secara umum, kekuatan dolar berbanding mata wang asing utama telah mencerminkan kadar faedah A.S. tinggi yang dipacu oleh defisit belanjawan persekutuan yang agak besar. Oleh itu, punca kebanyakan kemerosotan perdagangan pada masa sekarang bukanlah keadaan ekonomi secara amnya, sebaliknya adalah gabungan dasar fiskal dan monetari kerajaan, iaitu pengaturan secara seiring pengurangan cukai, sasaran monetari yang agak ketat, perbelanjaan tentera yang banyak, serta potongan yang setakat sederhana dalam rancangan kelayakan utama, yang bermasalah. Dalam erti kata lain, akar umbi masalah perdagangan dan kebangkitan perlindungan yang timbul pada dasarnya dipengaruhi politik dan juga ekonomi.<ref>{{cite journal|author=Pietro S. Nivola|year=1986|title=The New Protectionism: U.S. Trade Policy in Historical Perspective|journal=[[Political Science Quarterly]]|volume=101|issue=4|pages=577-600}}</ref>}}
 
===Kemelesetan Besar===
{{main|Kemelesetan Besar}}
Hubungan antara ekonomi laissez-faire dan tercetusnya Kemelesetan Besar banyak dipertikai. Sesetengah ahli ekonomi dan sejarah (termasuk [[John Maynard Keynes]]) mendakwa bahawa dasar ekonomi laissez-faire merangsang keadaan di mana tercetusnya Kemelesetan Besar. Pengkaji lain seperti [[Milton Friedman]] dan [[Murray Rothbard]] pula berkata bahawa Kemelesetan itu bukan berpunca daripada dasar ekonomi laissez-faire, sebaliknya disebabkan campur tangan kerajaan dalam sistem monetari dan kredit. The issue, as outlined below, remains heavily debated in economic, historical, and political spheres.
 
Dalam hasil kajian Keynes pada tahun 1936, berjudul ''The General Theory of Employment Interest and Money'', Keynes memperkenalkan konsep-konsep dan istilah-istilah yang bertujuan membantu menjelaskan Kemelesetan Besar. Satu hujah yang menyokong dasar ekonomi laissez-faire sewaktu kemelesetan adalah jika penggunaan berkurangan, maka kadar faedah turut berkurangan. Kadar faedah yang rendah akan menyebabkan meningkatnya perbelanjaan pelaburan sementara permintaan adalah tetap. Namun begitu, Keynes percaya ada sebabnya pelaburan tidak semestinya meningkat begitu sahaja sebagai tindakbalas kepada penurunan dalam penggunaan. Perniagaan melabur berdasarkan jangkaan untung. Menurut Keynes, jika penurunan penggunaan dilihat kekal dalam jangka masa panjang, perniagaan yang menganalisa perkembangan itu akan mengurangkan jangkaan jualan masa hadapan. Maka, perkara paling remeh bagi perniagaan adalah melabur untuk peningkatan pengeluaran masa hadapan jika sekalipun kadar faedah rendah memurahkan modal. Kalau begitu, menurut Keynes dan bertentangan sekali dengan [[hukum Say]], ekonomi boleh menjunam ke dalam kejatuhan harga umum. (Keen 2000:198) Ahli ekonomi berfahaman Keynes dan sejarawan berhujah bahawa dinamik mengukuhkan diri ini adalah apa yang berlaku dengan meluasnya ketika Kemelesetan, apabila kemuflisan sering berlaku dan pelaburan yang memerlukan sikap optimis tidak mungkin menjadi. Penyelesaian kepada masalah ini adalah mengurangkan ketidakstabilan pasaran melalui campur tangan kerajaan. Dalam pandangan beliau, oleh sebab tidak boleh bergantung pada sektor swasta bagi mewujudkan permintaan agregat ketika kemelesetan, kerajaan bertanggungjawab mewujudkan permintaan.<ref> Yergin, Daniel., and Joseph Stanislaw. 1998. The Commanding Heights. Touchstone Book. p 21-22</ref>
[[Image:Lange-MigrantMother02.jpg|thumb|200px|left|Perdebatan ilmiah mengenai punca-punca Kemelesetan Besar mempersoal penglibatan ekonomi laissez-faire dalam insiden itu, ada yang menyalahkannya dan yang lain melepaskannya.]]
 
Sebaliknya, [[Friedrich August von Hayek]] dan [[Milton Friedman]] berhujah bahawa Kemelesetan Besar bukan disebabkan dasar ekonomi laissez-faire, sebaliknya berpunca daripada terlalu banyak campur tangan dan kawalan kerajaan terhadap pasaran. Mereka menunjukkan bahawa Kemelesetan Besar adalah zaman kemelesetan yang terlama sepanjang sejarah A.S. dan satu-satunya zaman kemelesetan apabila kerajaan agak banyak campur tangan. Dalam hasil kajian Friedman berjudul ''[[Capitalism and Freedom]]'' beliau berhujah: "Sebuah agensi ditubuhkan kerajaan, iaitu Sistem Rizab Persekutuan, telah ditanggungjawabkan untuk dasar monetari. Pada tahun 1930 dan 1931, Sistem itu mengerjakan tanggungjawab ini dengan tidak cekap bagi mengubah apa yang sepatutnya menjadi pencuncupan sederhana, menjadi malapetaka besar."<ref>Friedman, Milton. 1962. ''Capitalism and Freedom.'' University of Chicago Press. p 38.</ref>
 
Lebih-lebih lagi, kerajaan persekutuan A.S. telah mewujudkan penetapan nilai mata wang pada nilai emas. Pada satu masa nilai tetap itu lebih tinggi berbanding harga sedunia, lalu menimbulkan lebihan emas yang besar. Permintaan sedunia untuk emas naik mendadak, tetapi nilai tetap itu terlalu rendah di A.S. ini menimbulkan migrasi emas besar-besaran dari A.S. Friedman dan Hayek berhujah bahawa ketidakmampuan untuk bertindakbalas kepada permintaan mata wang ini menimbulkan serbuan yang sukar ditangani bank. Ketidakmampuan bank-bank menangani serbuan ini, serta kadar mata wang tetap antara dolar dan emas; sama-sama menimbulkan Kemelesetan Besar dengan mewujudkan tetapi tidak mengekang tekanan kemelesetan.<ref>Milton, ''Capitalism and Freedom'', p 45-50.</ref> Hujah beliau lagi dalam tesis ini, kerajaan memburukkan lagi keadaan terhadap orang awam Amerika dengan mula-mulanya menaikkan cukai, kemudian mencetak wang untuk melangsaikan hutang (sekaligus menimbulkan inflasi), sama sekali mendorong pengosongan simpanan golongan tengah. Friedman membuat kesimpulan bahawa kesan-kesan Kemelesetan Besar tidak diaasi sepenuhnya sehingga selepas Perang Dunia II apabila ekonomi menyaksikan keadaan kembali normal dengan penghapusan banyak kawalan harga. Pendapat ini secara khususnya menyalahkan gabungan dasar-dasar [[Rizab Persekutuan]] dan pengaturan ekonomi A.S. sebagai punca-punca Kemelestan Besar, dan bahawa kemelesetan ini diburukkan lagi dengan menaikkan cukai pendapatan pada pendapatan tertinggi dari 25% hingga 63%, "check tax", dan [[tarif Smoot-Hawley]]. Friedman percaya bahawa dasar campur tangan [[Herbert Hoover]] dan [[Urusan Baru]] [[Franklin D. Roosevelt]] memanjangkan dan memburukkan lagi kemelesetan. Akhir kata Friedman, "Kemelesetan Besar di Amerika Syarikat, tidak pun satu petanda ketidakstabilan dalaman sistem perusahaan swasta, adalah bukti betapa bahayanya kesilapan yang dilakukan sebilangan kecil orang apabila mereka meluaskan kuasa terhadap sistem monetari negara."<ref>Milton, ''Capitalism and Freedom'', p 50.</ref>
 
==Laissez-faire hari ini==