Perbezaan antara semakan "The Simpsons"

164 bait ditambah ,  3 bulan lalu
Rescuing 1 sources and tagging 0 as dead.) #IABot (v2.0.8
(Rescuing 1 sources and tagging 0 as dead.) #IABot (v2.0.8)
Keluarga cereka ini direka oleh Groening sebelum membikin siri [[Animasi pendek The Simpsons|animasi pendek]] bersama penerbit [[James L. Brooks]]. Groening mencipta sebuah [[keluarga disfungsi]] dan menamakan watak-wataknya bersempena ahli-ahli keluarga sendiri, kecuali Bart yang menggantikan nama sendiri. Animasi pendek ini disertakan dalam ''[[The Tracey Ullman Show]]'' pada 19 April 1987. Selepas tiga musim, sketsa pendek tersebut dikembangkan menjadi rancangan [[waktu perdana]] separuh jam lalu menjadi siri siaran rangkaian Fox pertama yang memasuki ''ratings'' 30 teratas dalam semusim (1992-1993).
 
Semenjak kemunculan sulungnya pada 17 Disember 1989, rancangan tersebut telah menyiarkan [[Senarai episod The Simpsons|427 episod]] dan [[The Simpsons (Musim 20)|musim ke-20nya]] mula bersiaran sejak 20 September 2008.<ref>{{cite web|url=http://www.foxflash.com/div.php/main/page?aID=1z2z2z246z11z8&ID=4112|title=Fox Announces Primetime Slate for 2008-2009|accessdate=2008-05-15|date=[[2008-05-15]]|publisher=FoxFlash|archive-date=2008-11-22|archive-url=https://web.archive.org/web/20081122125223/http://www.foxflash.com/div.php/main/page?aID=1z2z2z246z11z8&ID=4112|url-status=dead}}</ref> Filem cetera ''[[The Simpsons Movie]]'' ditayangkan di pawagam seluruh dunia mulai 26 Julai 2007, dan telah mengutip sebanyak [[Dolar Amerika Syarikat|AS$]]526.2 juta sehingga kini.
 
''The Simpsons'' telah banyak meraih anugerah semenjak julung kali muncul di kaca TV, termasuk 24 [[Anugerah Emmy]], 26 [[Anugerah Annie]] dan satu [[Anugerah Peabody]]. ''The Simpsons'' dinamakan oleh keluaran majalah ''[[TIME|Time]]'' bertarikh 31 Disember 1999 sebagai siri TV terbaik sepanjang abad ke-20, lalu menerima sebutir bintang di [[Hollywood Walk of Fame]] pada 14 Januari 2000. ''The Simpsons'' merupakan [[sitkom]] Amerika yang paling lama bersiaran, [[rancangan animasi]] Amerika yang terlama pada tahun 2008, serta menyamai siri ''[[Gunsmoke]]'' sebagai siri TV waktu perdana buatan Amerika yang terlama. Perkataan "[[D'oh!]]" yang didengus oleh Homer pun dimasukkan ke dalam kosa kata bahasa Inggeris. Selain itu, ''The Simpsons'' juga telah banyak mempengaruhi sitkom animasi tontonan dewasa.
73,638

suntingan