Orang Nias: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Dari WBI
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 07:15, 18 Ogos 2021

Orang Nias merupakan sebuah suku kaum yang asli di Nias, sebuah pulau di pesisir Sumatra Utara, Indonesia. Dalam bahasa Nias, mereka dipanggil sebagai Ono Niha, secara harafiahnya bererti "keturunan manusia". Di samping itu, pulau Nias dipanggil sebagai Tanö Niha; Tanö bererti "tanah".

Orang Nias
Ono Niha
Jumlah penduduk
1,041,925 (bancian 2010)[1]
Kawasan ramai penduduk
 Indonesia (Nias)
Bahasa
Bahasa Nias, Bahasa Indonesia
Agama
Protestan (utama) 73%,[2] Katolik Rom 20%, Islam, Animisme
Kumpulan etnik berkaitan
Batak, Mentawai

Suku Nias merupakan komuniti yang kekal hidup dalam norma dan amalan budaya peribumi mereka. Hukum-hukum adat orang Nias dipanggul sebagai fondrakö, dan merangkumi aspek-aspek kehidupan lazim daripada kelahiran hingga kematian.[3] Bukit-bukti struktur ukiran batu dan di kawasan pulau dan struktur megalit membuktikan suku ini mengamalkan budaya megalit. Sistem kasta juga wujud dalam budaya Nias;[4] budaya Nias memiliki 12 taraf kasta dengan kasta tertinggi ialah kasta Balugu.[5] Untuk mencapai taraf ini, seseorang mesti berupaya menganjurkan upacara-upacara besar seperti mengalu-alukan ribuan orang serta menyembelih ribuan ekor khinzir dalam beberapa hari.

Rujukan

  1. ^ "Kewarganegaraan, Suku Bangsa, Agama, Dan Bahasa Sehari-Hari Penduduk Indonesia". Badan Pusat Statistik. 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-10. Dicapai pada 2017-07-18.
  2. ^ Suzuki 1958.
  3. ^ Suhadi Hadiwinoto 2008.
  4. ^ Österreichische Leo-Gesellschaft, Görres-Gesellschaft, Anthropos Institute (1984). Anthropos, Volume 79. Zaunrith'sche Buch-, Kunst- und Steindruckerei.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ "Native People of Nias Island". Pleasure Surf Camp. 18 October 2014. Dicapai pada 2016-12-14.

Bibliografi