Perbezaan antara semakan "Wikipedia:Dasar nama pengguna"

tiada ringkasan suntingan
k (Membatalkan semakan 4146198 oleh DEEJAY AIN (Perbincangan))
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
 
Peciptaan nama pengguna yang baik merupakan permulaan yang baik untuk anda di Wikipedia. Maka, kita semua berharap semua orang akan mempunyai nama yang baik di Wikipedia!
 
== Panduan untuk pengguna baharu ==
Secara ringkasnya, dasar nama pengguna [[Wikipedia Bahasa Melayu]], nama pengguna anda mesti mewakili anda sebagai seseorang individu. Nama pengguna yang tidak dibenarkan di dalam Wikipedia ialah nama pengguna yang mewakili sesebuah nama syarikat, organisasi, [[laman web]], kumpulan muzik, pasukan, atau kumpulan kreatif. Selain itu, nama pengguna yang bersifat promosi atau pernampakan seperti [[WP:IKLAN|mengiklankan, mempromosikan]], menjual sesuatu barang atau item juga tidak dibenarkan. Anda akan '''disekat dengan segara''' jika nama pengguna anda dapat menyinggungkan perasaan pengguna lain, tidak sopan, ganas, seksual yang amat jelas, memfitnah, mengganggu pengguna lain atau keamanan, sengaja berbohong, membingungkan, nama pengguna yang panjang, menyerupai dengan akaun atau pengguna lain, atau cuba menyamar atau memalsukan diri anda sebagai orang lain. Tambahan pula, nama pengguna yang mempunyai niat untuk troll, melakukan [[Wikipedia:Laku musnah|laku musnah/vandalisme]], [[Wikipedia:Penyuntingan yang mengganggu|suntingan yang menggangu]], mengiklankan atau spam serta mengancam pengguna Wikipedia akan serta-merta dikenakan tindakan tegas iaitu disekat.
 
Nama pengguna anda ialah nama panggilan yang dimana dapat mengenal pasti siapa anda dan sumbangan apa yang kamu telah buat di sini. Anda boleh meletakkan nama sebenar anda, jika anda memilihnya, tetapi anda perlu mengetahui risiko yang terlibat dalam penyuntingan dengan nama sebenar anda. Nama pengguna Wikipedia peka [[huruf besar]] dan kecil, tetapi huruf pertama selalunya ditulis dengan huruf besar secara automatik. Secara lalai, nama pengguna anda akan muncul di [[tandatangan]] anda pada halaman perbincangan; untuk perincian mengenai tandatangan dan cara menyesuaikannya, lihat [[Wikipedia:Tandatangan]].
 
Ingatlah bahawa, setelah nama anda dipilih, nama pengguna tidak dapat diubah dengan mudah. Sekiranya anda memilih "Kucing Bahagia", maka nama anda akan kelihatan jelas di halaman sejarah dan melainkan jika anda telah [[Khas:Keutamaan|menukar tandatangan anda]], di semua halaman untuk halaman perbincangan. Anda telah menentukan nama pengguna [[Wikipedia:Kenapa buka akaun?|anda semasa membuat akaun]], dan kemudian menggunakannya (bersama dengan [[kata laluan]] anda) untuk log masuk ke akaun tersebut. Sebaik sahaja anda mempunyai akaun, anda boleh membuat [[Wikipedia:Laman pengguna|halaman pengguna]] yang bertajuk "Pengguna:XXXX" (di mana "XXXX" adalah nama pengguna anda), untuk memberikan maklumat yang berkaitan mengenai diri anda kepada Wikipediawan serta Wikipediawati lain. Anda atau editor lain juga boleh membuat halaman perbincangan pengguna, bertajuk "Perbincangan pengguna:XXXX", yang dapat digunakan orang untuk menghubungi anda.