Mohamed bin Hamzah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Pakcik Pingu (bincang | sumb.)
k Membetulkan typo, kesilapan dalam penggunaan kata
Baris 25:
== Kerjaya ==
[[Fail:Mohamed Hamzah - in his 20s.jpg|thumb|Mohamed bergambar di hadapan papan pelukisnya pada usia 20-an.]]
Pada tahun 1938, Mohamed mula bekerja sebagai seorang kerani chandu di Pejabat Superintendent Chandu Monopoly, Johor Bahru. Setelah merasakan bahawa perkerjaan tersebut tidak sesuai baginya, beliau menulis surat kepada Jurutera Jabatan Kerja Raya Johor untuk memohon jawatan sebagai seorang Pembantu Teknik. Di atas persetujuan Bahagian Perkhidmatan Johor, beliau dipindahkan ke Jabatan Kerja Raya Johor sebagai seorang Pelukis Pelan dodi bawah seorang jurutera JKR negeri bernama W.A. Kirk. Pada 4 September 1938, Mohamed dilantik menggalas jawatan Pembantu Teknik Rendah Grade III sebagai seorang penyurih dengan gaji sebulan berjumlah $480.<ref name=":0" />
 
Mohamed dikenali sebagai seorang yang rajin berkerja, bertanggungjawab dan menyelesaikan tugas dengan cepat daripada tempoh yang ditetapkan, sehinggakan dianugerah Pingat Kerana Lama dan Baik dalam Pekerjaan (PLP) oleh Sultan Johor pada tahun 1976.<ref name=":4" />
Baris 31:
Pada 1 September 1941, Mohamed dinaikkan pangkat kepada Pembantu Teknik Grade II. Pada Mac 1947, beliau lulus peperiksaan Draughtsman Grade III di Institut Arkitek Malaya, dan Draughtsman Grade II pada September 1947 di tempat yang sama. Di sana juga, Mohamed telah mengambil peperiksaan Tracer Grade I dan lulus pada Disember 1948.<ref name=":1">{{Cite book|title=Mohamed Hamzah Perekacipta Jalur Gemilang: Bendera, Lambang & Lagu|last=Kamil|first=Kamdi|publisher=Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Negeri Johor|year=2007|isbn=9789834224905|location=|pages=}}</ref>
 
Pada April 1963, Mohamed telah menerima sepucuk surat daripada Suruhanjaya PerkhidamatanPerkhidmatan Awam Johor, memaklumkan bahawa beliau telah dinaik pangkat kepada Pembantu Teknik Tingkatan Tertinggi, di mana sebahagian besar karya di Johor dikendalikan olehnya, sehinggalah beliau bersara pada 1 Jun 1971 dengan gaji akhir berjumlah $1,250.<ref name=":0">{{Cite web|url=https://www.facebook.com/pkkm.um/posts/mohamed-hamzah-1918-1993perekacipta-jalur-gemilangmohamed-hamzah-dilahirkan-pada/1948457285378324/|title=MOHAMED HAMZAH (1918-1993), PEREKACIPTA JALUR GEMILANG|last=Universiti Malaya|first=Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu|date=3 March 2017|website=|url-status=live|archive-url=|archive-date=|access-date=}}</ref>
 
Mohamed terknal sebagai seorang arkitek yang bagus, sehingga digelar ''Mohamed Arkitek'' oleh ramai orang,<ref name=":4" /> kerana jasa dan bakatnya dalam mereka bentuk struktur-struktur termasyhur seperti Dewan Jubli Intan, Menara Mahkota, Masjid Jamek Mersing, Pejabat Pos Johor Bahru, Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru, serta banyak bangunan kerajaan, kuarters, dan masjid di seluruh Johor.
Baris 43:
=== Perang Dunia Kedua ===
[[Fail:Mohamed Hamzah - JVF 1941.jpg|thumb|Mohamed ketika bertugas di Kota Tinggi, Johor, semasa Perang Dunia Kedua.]]
Memandangkan bahawa dasar Kerajaan Johor menetapkan bahawa semua kakitangan lelaki kerajaan dikehendaki untuk menyertai pasukan tentera kerajaan, Mohamed telah menyertai Askar Sukarelawan Johor pada tahun 1939. Mohamed ditugaskan dalam Pasukan Machine Gun Coy.<ref name=":1" />
 
Apabila Perang Dunia Kedua bermula dan tentera Jepun hendak menyerang Tanah Melayu, Mohamed ditugaskan untuk mengawal kawasan-kawasan luar bandar bersama tentera dari Australia. Antara tempat-tempat yang dikawal beliau termasuklah Kota Tinggi dan kawasan-kawasan pinggir Johor Bahru.
 
Mohamed dipuji kerana khidmatnya yang cemerlang dalam Askar Sukarelawan Johor, dan setelah Perang Dunia Kedua tamat, beliau dianugerahkan empat bintang Pingat Pertahanan Perang Dunia Kedua oleh kerajaan [[United Kingdom]] kerana jasanya dalam perang menentang Jepuntentera tersebutJepun.<ref name=":4" />
 
=== Sumbangan terhadap kerajaan negeri Johor ===
Baris 56:
Minat dan bakat beliau dalam bidang seni lukis juga telah menarik perhatian kerabat diraja Johor. Mohamed telah melukis beberapa potret termasyhur, termasuk potret Tengku Aris Bendahara Johor, Yang Amat Mulia Tengku Abu Bakar Ibni Sultan Ibrahim. Beliau juga telah mereka bentuk [[Bendera Johor|jata negeri Johor]] yang digunakan sehingga kini, dan lambang-lambang kerabat diraja Johor.<ref name=":0">{{Cite web|url=https://www.facebook.com/pkkm.um/posts/mohamed-hamzah-1918-1993perekacipta-jalur-gemilangmohamed-hamzah-dilahirkan-pada/1948457285378324/|title=MOHAMED HAMZAH (1918-1993), PEREKACIPTA JALUR GEMILANG|last=Universiti Malaya|first=Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu|date=3 March 2017|website=|url-status=live|archive-url=|archive-date=|access-date=}}</ref> Selain itu, beliau juga telah diupah melukis potret pegawai tentera British termasuk Corporal Banes, sebelum terbentuk lagi Persekutuan Tanah Melayu.
 
Di samping itu, Mohamed juga telah dititahkan kedakedua-dua Sultan Ibrahim dan Sultan Ismail untuk mereka bentuk bintang kebesaran seperti bintang kebesaran sempena ulang tahun pemerintahan Sultan Ibrahim ke-60 yang dikurniakan sekali sahaja kepada orang-orang yang telah berjasa dan memberi sumbangan kepada negeri Johor sepanjang pemerintahan Baginda. Beliau juga telah mereka bentuk Bidang Darjah Ibrahim Kelas Pertama, Kedua dan Ketiga. Kebanyakan daripada lakaran logo, seni bina dan potret Mohamed adalah di bawah simpanan Arkib Negara Johor.
 
Mohamed mempunyai hubungan rapat dengan istana Johor. Kerana sifat Mohamed yang terpuji dalam disiplin dan perkerjaan, beliau sering dilantik menganggotai Jawatankuasa Protokol dan Jawatankuasa Perhiasan dan Keceriaan Majlis Di-Raja, antaranya Majlis Ulang Tahun Keputeraan Sultan, Istiadat Kemahkotaan, Majlis Perkahwinan Di-Raja, Majlis Tahlil Di-Raja, Majlis Anugerah Kebesaran dan Majlis Jamuan Di-Raja. beliau ditugaskan untuk menentukan tempat duduk jemputan khas dan tetamu kehormat lain, melukis pelan pentas atau Astaka Di-Raja dan memastikannya dibina dan dihias dengan indah.
Baris 74:
Selepas Mohamed mencipta Bendera Persekutuan Tanah Melayu, beliau memberitahu adiknya Abu Bakar untuk merahsiakan kisah bahawa beliaulah merupakan insan yang bertanggungjawab dalam mereka bentuk bendera negara.<ref name=":2" />
 
Namun, walaupun kisah ini tidak diceritakan oleh keluarganya, perkara ini masih diceritakan di luar pengetahuan Mohamed. Yang di-Pertua Dewan Perniagaan Melayu Pahang, Sayed Ali bin Sayed Mohsin pernah menceritakan bahawa beliau pernah bertanya kepada Dato' Onn Jaafar pada tahun 1955 mengenai siapakansiapakah pereka cipta Bendera Malaysia ketika mereka bertemu di Kuala Terengganu semasa Dato' Onn bertanding bagi kerusi parlimen Kuala Terengganu Selatan di bawah [[Parti Negara]] semasa Pilihan Raya Umum Pertama Tanah Melayu. Maka Dato' Onn menceritakan kisah tersebut kepada umum buat kali pertamanya ketika berceramah semasa majlis kempen beliau itu.<ref>"Ceutsan Ilham Datuk Onn". <nowiki>''Harian Metro''</nowiki>. 3 September 2004.</ref>
 
Disebabkan itu, hal ini diketahui oleh sesetengah pihak, dan fakta itu disertakan sekali dalam buku teks mata pelajaran Sejarah Tingkatan 5 tahun 1993 terbitan [[Dewan Bahasa dan Pustaka]] dan buku Bendera, Lambang dan Lagu Kebangsaan Negeri-Negeri terbitan Jabatan Penerangan Malaysia, yang mencatat nama Mohamed bin Hamzah sebagai pereka cipta Bendera Malaysia. Walau bagaimanapun, hal itu tidak pernah dapat dibuktikan selain daripada kata-kata Dato' Onn. Hal ini adalah kerana semasa pemilihan bendera Persekutuan Tanah Melayu, pihak Jawatankuasa Khas tidak pernah mencatatkan nama pereka bentuk bendera tersebut.<ref>"3 Pereka Tanpa Nama". <nowiki>''Harian Metro''</nowiki>. 2 September 2004.</ref> Maka ramai individu telah mengambil kesempatan untuk mengaku diri atau mengaku orang lain sebagai pereka bentuk Bendera Malaysia.<ref>"Siapa Pencipta Sebenar?". <nowiki>''Harian Metro''</nowiki>. 2 September 2004.</ref> Oleh kerana itu, Abu Bakar telah berputus untuk mendedahkan rahsia kisah penciptaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu oleh abangnya selepas beliau meninggal dunia.
 
Oleh itu, akhbar [[Harian Metro]] turut mengadakan satu siri liputan khas bertajuk "MenjejahMenjejak Pencipta Bendera Malaysia" bermula 29 Ogos 2004 sempena [[Hari Kebangsaan Malaysia|sambutan Hari Hebangsaan ke-47]]. Liputan yang melibatkan seramai 12 wartawan itu bertujuan menjejaki dan mencari kebenaran di sebalik persoalan tersebut.<ref>"Menjejak Pencipta Bendera Malaysia". <nowiki>''Harian Metro''</nowiki>. 29 Ogos 2004.</ref> Hal itu telah mendorong kepada pihak [[Arkib Negara Malaysia]] untuk membuat penyelidikan bagi mencari siapakah pencipta sebenar Bendera Malaysia.<ref>"Arkib Mahu Dokumen Asal". <nowiki>''Harian Metro''</nowiki>. 1 September 2004.</ref> Mereka mendapati bahawa dalam kumpulan rekod ''Federal Secretariat, 402 pt 2/48'' bertajuk '''Suggested Design for flag FMS''<nowiki/>' (Reka Bentuk Dicadang untuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu) lampiran 14, wujud satu surat iringan yang ditulis dan ditandatangani oleh Mohamed bin Hamzah. Dalam surat tersebut, Mohamed memaklumkan bahawa beliau telah mengemukakan empat lakaran reka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu untuk dipertandingkan dalam pertandingan bendera tersebut. Walau bagaimanapun, lakaran yang dinyatakan tidak ada bersama fail tersebut.
 
Disebabkan itu, Jabatan Kerja Raya negeri Johor telah memberikan kerjasama untuk mencari lakaran asal yang tersimpan dalam kabinet lukisan pelan yang dihasilkan antara tahun 1940 dan 1960.<ref>"Lakaran Asal di Pejabat JKR". <nowiki>''Harian Metro''</nowiki>. 4 September 2004.</ref> Sepasukan sukarelawan JKR Johor dianggotai sepuluh orang kakitangan dan bekas kakitangan yang pernah bertugas bersama Mohamed telah mencari semula lakaran tersebut daripada lima ribu lakaran yang tersimpan dalam Stor Kejuruteraan Negeri Johor, Kebun Teh, Johor Bahru.<ref>"6 Jam Cari Lakaran". <nowiki>''Harian Metro''</nowiki>. 4 September 2004.</ref> Salah seorang bekas pegawai JKR yang pernah bertugas bersama Mohamed, Encik Shukri bin Abd. Kadir dan seorang pembantu stor JKR, Encik Khamidi Awi telah menjumpai satu salinan lakaran bendera yang dicipta oleh Mohamed Hamzah yang dihasilkan di atas kertas kalis air berukuran A4.<ref>"Salinan Lakaran Bendera Dijumpai". <nowiki>''Harian Metro''</nowiki>. 7 September 2004.</ref> Lakaran tersebut merupakan lakaran pindaan bintang pecah lima kepada bintang pecah sebelas seperti yang dicadangkan Dato' Onn Jaafar.<ref>"Satu Lagi Lakaran Ditemui". <nowiki>''Harian Metro''</nowiki>. 8 September 2004.</ref>
Baris 90:
Mohamed sering melukis pemandangan di sekitarnya dan dari imaginasi sendiri, dan menyimpannya bersama semua lukisan dan lakarannya.<ref name=":1" />
 
Selain itu, beliau juga mempunyai hobi-hobi lain seperti mengumpul sampul surat hari pertama, setem, serta fotografi. Sepanjang hidup Mohamed, beliau sering mengambil gambar-gambar pemandangan Johor Bahru pada waktu siang dan malam, termasuk gambar-gambar Pintu Gerbang Mahkota yang direka beliau. Beliau juga banyak mengambil gambar-gambar ketika pelbagai majlis rasmi istana dan kerajaan.<ref name=":1" />
 
Mohamed juga amat minat dalam bidang seni muzik. Beliau telah menyertai satu kumpulan muziksmuzik ghazal bernama Ghazal Kampung Mohd. Amin, Johor Bahru. Mohamed juga suka menanam pelbagai pokok buah-buahan dan bunga serta membela ayam di rumahnya.<ref name=":7">"Usah Pertikai Lagi". <nowiki>''Harian Metro''</nowiki>. 1 September 2004.</ref>
 
Selepas Mohamed bersara, beliau berpindah ke Jalan Stulang Baru, [[Kampung Melayu Majidee]], Johor Bahru. Sejak itu, beliau telah meluangkan masanya membuat pelbagai kerja kebajikan di kampung itu. Beliau telah menyertai jemaah Surau Darul Salam, Kampung Melayu Majidee, serta aktif menyertai sebuah kumpulan [[Surah Yaasin|Yaasin]].<ref name=":4" />