Bukhara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 31:
 
Pada awal abad ke-11, Bukhara menjadi sebahagian daripada wilayah Karakhan berbangsa Turki. Para penguasa Karakhan membina banyak bangunan di Bukhara, termasuk menara Kalyan, masjid Magoki Attori, istana-istana dan taman-taman.<ref>Nemtseva N. B. Rabat-i Malik, XI — nachalo XVIII vv.: arkheologicheskiye issledovaniya. — Tashkent: Frantsuzskiy Institut Issledovaniy Tsentral'noy Azii, 2009.</ref>
 
Bukhara ialah ibu kota terakhir Amiriah Bukhara dan dikepung [[Tentera Merah]] semasa [[Perang Saudara Rusia]]. Semasa operasi Bukhara pada 1920, pasukan Tentera Merah di bawah pimpinan jeneral Bolshevik [[Mikhail Frunze]] menyerang kota Bukhara. Pada 31 Ogos 1920, Amir [[Mohammed Alim Khan|Alim Khan]] melarikan diri ke [[Dushanbe]] di timur (kemudian ke [[Kabul]] di Afghanistan). Pada 2 September 1920, setelah empat hari pertempuran, benteng amir dihancurkan, dan bendera merah dinaikkan dari puncak Menara Kalyan. Pada 14 September 1920, Jawatankuasa Revolusi Bukhara ditubuhkan, diketuai oleh A. Mukhitdinov, dengan pemerintahan diketuai [[Faizullah Khojaev]]
 
[[Republik Soviet Rakyat Bukhara]] wujud dari 1920 hingga 1925 ketika kota ini disatukan ke dalam [[Republik Sosialis Soviet Uzbekistan]]. Pada separuh akhir abad ke-20, perang di Afghanistan dan perang saudara di Tajikistan menyebabkan kemasukan pelarian berbahasa [[Bahasa Dari|Dari]] dan Tajik ke Bukhara dan Samarkand. Setelah memasukkan diri mereka ke dalam penduduk Tajik tempatan, kota-kota ini menghadapi desakan agar diilhakkan ke dalam Tajikistan.<ref>{{cite book|title=The Formation of the Uzbek Nation-State: A Study in Transition|last=Sengupta|first=Anita|publisher=Lexington Books|year=2003|pages=256–257}}</ref>
 
== Demografi ==