Perang Bulgaria-Byzantium: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zamwan (bincang | sumb.)
v
 
Zamwan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
 
Baris 24:
{{Byzantine-Bulgarian Wars}}
 
'''Perang Bulgaria-Byzantium''' merujuk pada siri-siri konflik yang berlaku antara [[empayar Byzantium|Byzantium]] dan [[Bulgaria]] yang mana bermula apabila [[orang Bulgar]] mula mendiami [[semenanjung Balkan]] pada kurun ke-5, serta perluasan [[empayar Bulgaria]] ke arah barat daya selepas tahun 680 AD. Bulgaria dan Byzantium terus bersengketa pada kurun selepasnya dengan kejayaan yang beraneka, sehingga orang Bulgaria yang diketuai oleh [[Krum dari Bulgaria|Krum]], mengakibatkan satu siri kekalahan bagi Byzantium. Selepas kematian Krum pada tahun 814, anak lelaki beliau [[Omurtag]] telah merundingkan satu perjanjian damai selama 30 tahun. [[Simeon I dari Bulgaria|Simeon I]], yang memerintah Bulgaria pada tahun 893 hingga 927 juga memperoleh beberapa kejayaan dalam kempen melawan Byzantium. Anak lelaki beliau, [[Peter I dari Bulgaria|Peter I]] merundingkan sebuah lagi perjanjian damai yang bertahan lama. Zaman pemerintahan beliau diikuti oleh satu tempoh kejatuhan negara Bulgaria.
 
Pada tahun 971, [[John I Tzimiskes]], maharaja Byzantium, berjaya menakluk sebahagian besar empayar Bulgaria yang lemah, berdepan dengan peperangan dengan Rusia, Pecheneg, Magyar dan Croatia dengan mengalahkan [[Boris II dari Bulgaria|Boris II]] dan menawan [[Preslav]], ibu negara Bulgaria. [[Samuel dari Bulgaria|Samuel]] berjaya menstabilkan negara Bulgaria dengan berpusat di kota Prespa tetapi pada penghujung pemerintahan beliau, Byzantium berjaya menguasai lagi. [[Constantinople]] di bawah pemerintahan [[Basil II]] berjaya menakluk sepenuhnya Bulgaria pada tahun 1018 hasil daripada [[Pertempuran Kleidion]] pada tahun 1014. Terdapat beberapa pemberontakan menentang pemerintahan Byzantium pada tahun 1040 hingga 1041, dan pada tahun 1070an hingga 1080an, tetapi gagal. Bagaimanapun, pada tahun 1185, [[Theodore Peter dari Bulgaria|Theodore Peter]] dan [[Ivan Asen I dari Bulgaria|Ivan Asen]] memula sebuah pemberontakan baharu, dan mula melemahkan empayar Byzantium, yang mana berhadapan dengan masalah dalaman dinasti, oleh itu tidak berjaya menghapuskan pemberontakan ini.