Bendera Malaysia: Perbezaan antara semakan

Masukkan maklumat tambahan berkenaan kaitan sejarah dengan bendera lain.
kTiada ringkasan suntingan
(Masukkan maklumat tambahan berkenaan kaitan sejarah dengan bendera lain.)
Teg: Dibalikkan
* '''GEMILANG''' - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.
 
== Kaitan sejarah dengan bendera lain ==
 
=== Bendera Johor ===
 
[[Fail:Flag of Johor.svg|thumb|Bendera Johor]]
Bendera Malaysia juga dimaklumkan mempunyai kaitan dengan [[Bendera Johor]] berikutan Mohammed Hamzah yang merupakan pemenang dan pereka Bendera Malaysia tersebut adalah anak watan [[negeri-negeri di Malaysia|negeri]] [[Johor]]. Bendera Johor telah digunapakai sejak penubuhan [[Johor|Kesultanan Johor Moden]] dan direka sepenuhnya oleh [[Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim|Sultan Sir Abu Bakar]] pada tahun 1871.
 
=== Bendera Syarikat Hindia Timur Inggeris===
 
[[Fail:Flag of the British East India Company (1707).svg|right|thumb|Bendera Syarikat Hindia Timur Inggeris selepas tahun 1707]]
Bendera rekaan ketiga terubahsuai ini telah terinspirasi penuh daripada bendera rasmi [[Syarikat Hindia Timur Inggeris]], ini boleh dibuktikan dengan sebahagian besar elemen utamanya yang disusun pada lunas yang sama khususnya pada jalur merah putih dan kotak berwarna biru disisi sebelah kiri atas bendera <ref>https://www.joaoleitao.com/geography/flags-asia/</ref><ref>https://www.americanflags.com/blog/post/flags-around-world-inspired-american-flag</ref>.
 
Apabila bendera rekaan baru itu telah diteliti pada setiap bahagian kemasan reka bentuknya, setiap satunya membawa definisi yang signifikan seperti berikut:<ref>{{cite web|author1=Muhamad Razif Nasruddin|author2=Zarul Nazli bin Zulkhurnain|title=The History and Design Chronology of Jalur Gemilang|url=http://malaysiadesignarchive.org/documents/The%20History%20of%20Malaysian%20Flag%20Design.pdf|page=23|website=Malaysia Design Archive|publisher=Make Condition Design|date=2012}}</ref>
 
* merah, putih dan biru – membawa maksud Malaysia (sebagai sebuah negara baru yang hendak ditubuhkan) telah mempunyai perikatan wangsa diantara [[Negara-negara Komanwel]].
 
* lambang bulan sabit dan bintang pecah – membawa signifikan agama [[Islam]] sebagai agama Persekutuan, warna [[kuning]] sebagai simbol kedaulatan Raja-raja Melayu. Bintang pecah sebelas pula membawa maksud "perpaduan dan kerjasama" diantara kesemua negeri-negeri anggota dalam Persekutuan. Lambang bulan sabit dan bintang pecah menjadi asas perbezaan ketara berbanding bendera [[Syarikat Hindia Timur Inggeris]] yang menggunakan lambang salib dalam benderanya.
 
=== Bendera Majapahit ===
 
[[Fail:Flag of the Majapahit Empire.svg|thumb|Bendera Sang Saka Getih-Getaj Samudera (Bendera Majapahit)]]
Jejalur merah putih diperkirakan telah diadaptasi dari bendera [[Majapahit]] iaitu ''Sang Saka Getih-Getah Samudra'' atau ''Sang Saka Gula Kelapa''. Terdapat rekod sejarah yang menunjukkan kerajaan besar Majapahit pernah mendiami sebahagian besar kepulauan [[Nusantara]] sejak ia didirikan pada tahun 1293 Masihi.
== Undang-undang terkait ==
Bendera Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963; sebarang perbuatan yang menghina bendera seperti kibaran bendera terbalik boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.<ref>{{Cite web|url=https://www.istiadat.gov.my/wp-content/uploads/2020/10/AKTA-LAMBANG-DAN-NAMA-MENCEGAH-PENGGUNAAN-TAK-WAJAR-PINDAAN-2017-AKTA-A1525.pdf|title=Akta A1525 - Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2017|date=Januari 2017|website=istiadat.gov.my|url-status=live|access-date=20 Ogos 2021}}</ref><ref>{{Cite web|url=https://umno-online.my/2019/08/23/banyak-undang-undang-untuk-dakwa-penghina-jalur-gemilang/|title=Banyak Undang-Undang Untuk Dakwa Penghina Jalur Gemilang|date=23 Ogos 2019|website=[[UMNO|UMNO Online]]|url-status=live|access-date=20 Ogos 2021}}</ref>
10,343

suntingan