Perbezaan antara semakan "Akta Komunikasi dan Multimedia 1998"

 
== Ulasan ==
Secara tradisional, penyiaran, telekomunikasi dan pengkomputeran difikirkan secara terpisah. Dengan perkembangan teknologi digital, adalah menjadi tidak realistik untuk mengekalkan suatu pemisahan diantara bidang-bidang ini. Jadi, undang-undang ini telah digubal bagi menggantikan dua undang-undang sedia ada berkaitan telekomunikasi dan penyiaran, iaitu [[Akta Telekomunikasi 1950]] dan [[Akta Penyiaran 1988]]. Dengan tergazetnya akta ini, [[Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia|Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia]] telah ditubuhkan (kemudiannya diganti kepada [[Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia]]).
 
Dalam usaha mengekang penyebar khabar angin menggunakan komunikasi elektronik, peruntukan Seksyen 233 menyebut seseorang boleh didenda "tidak melebihi RM 50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM 1,000.00 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan."
7,038

suntingan