Perbezaan antara semakan "Haba"

1 bait ditambah ,  3 bulan lalu
tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
'''Haba''' (disingkatkan ''Q'', juga dipanggil '''perubahan haba''') adalah pertukaran [[tenaga haba]] antara dua badan yang mempunyai suhu yang berlainan. Unit [[SI]] bagi haba ialah [[joule]].
 
Kaitan antara haba dan [[tenaga]] sama dengan kaitan antara [[Kerja Dalam Mekanik|kerja]] dan tenaga. Haba mengalir antara kawasan yang tidak berada dalam keadaan keseimbangan haba; haba mengalir dari kawasan yang ber[[suhu]] tinggi ke kawasan yang bersuhu rendah. Semua objek ([[jirim]]) mempunyai [[tenaga dalaman]] yang berkaitan dengan pergerakan rawak [[atom]] dan [[molekul]] dalam jirim. Tenaga dalaman ini [[berkadaran terus]] kepada suhu objek itu. Apabila dua objek yang berlainan suhu bersentuhan secara terma, mereka akan menukar tenaga dalaman sehinggalah suhu kedua-dua objek sama [https://www.neonics.co.th/%E0%B8%AB%E0%B8%A1%E0%B8%A7%E0%B8%94%E0%B8%AB%E0%B8%A1%E0%B8%B9%E0%B9%88%E0%B8%AA%E0%B8%B4%E0%B8%99%E0%B8%84%E0%B9%89%E0%B8%B2/%e0%b9%80%e0%b8%84%e0%b8%a3%e0%b8%b7%e0%b9%88%e0%b8%ad%e0%b8%87%e0%b8%a7%e0%b8%b1%e0%b8%94%e0%b8%ad%e0%b8%b8%e0%b8%93%e0%b8%ab%e0%b8%a0%e0%b8%b9%e0%b8%a1%e0%b8%b4 thermometer]. Jumlah tenaga yang dipindah adalah jumlah tenaga yang ditukar. Biasanya haba dikelirukan dengan [[tenaga]] dalaman, tetapi kedua-duanya ada perbezaan: haba berkaitan dengan perubahan tenaga dalaman dan kerja yang dilakukan oleh sesuatu sistem. Istilah haba digunakan untuk memperihalkan ''pengaliran'' tenaga; manakala istilah tenaga dalaman digunakan untuk memperihalkan tenaga. Memahami perbezaan ini adalah keperluan untuk memahami [[hukum pertama termodinamik]].
 
[[Sinaran]] [[inframerah]] biasanya dikaitkan dengan haba, kerana haba pada suhu bilik ke atas akan mengeluarkan radiasi yang tertumpu kepada jalur inframerah tengah.
Pengguna awanama