Ghost: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 55:
;Dr. Jamal Hafiz ([[Tony Eusoff]]):Seorang pakar [[terapi]] dan [[psikiatri]] dan juga teman lelaki Julie. Pada kemunculan pertamanya dia menyoal siasat Maria Zainal yang ditahan, kemudian menjenguk Julie yang murung pada malam yang sama di episod 7.<ref name="ep7"/> Dia kelihatan risau akan keadaan mental Julie yang mengaku dapat melihat roh atau bayangan Cindy yang sudah tiada. Namun pada detik noktah misteri pembunuhan Zack Imran, didapati bahawa dialah yang membunuh Zack Imran yang terikat dalam bilik hotel dengan menyuntik lehernya. Dia akhirnya ditembak mati oleh Eza apabila dirasuki Zack.<ref name="ep10"/>
 
;Jimmy Rozario ([[Reefa]]):Pengurus Zack Imran ketika Zack masih ada. Dalam berita, dia diumumkan mewarisi harta syarikat Zack selepas kematian Zack.<ref name="ep1"/> Semenjak kematian Zack, Jimmy telah berusaha mencari bakat baru untuk menyertai jagaannya, tetapi pada masa yang sama, kelihatan serba murung dan tidak tenang. Rumahnya selalu dihantui roh Zack yang tidak tenteram menunggu jawapan di sebalik kematiannya. Jimmy dengan berat hatinya membantu Eza dengan mengadakan peraduan palsu untuk mencari suspek,<ref name=ep5/> tetapi dia pula yang menjadi hero apabila menjejak kaki ke dalam rumah Maria lalu mendapati Eza diculik.<ref name=ep6/> Lambat laun, adalah diketahui bahawa penglibatan Jimmy dalam misteri semata-mata diperas oleh Datuk Zakaria agar menggelapkan wang syarikat Zack Imran.<ref name="ep8"/> Sebulan kemudian, tekanan terhadap Jimmy semakin tertekanmemuncak dan akhirnya dia dibunuh orang sama yang membunuh Zack apabilaketika rahsiacuba besarmelarikan diancamdiri.<ref pembongkaranname="ep10"/>
 
;Datin Faizura ([[Yasmin Isa]]):Salah seorang wanita kaya yang pernah bersama dengan Zack Imran, mungkin sekali wanita ternama terakhir yang didampingi Zack sebelum dibunuh. Dalam penampilan pertamanya dalam cerita, Datin Faizura mengaku di dapan Eza bahawa dirinya pernah cuba melarikan diri bersama Zack.<ref name="ep3"/> Dialah yang didakwa oleh Maria Zainal sebagai pembunuh Zack Imran.<ref name="ep6"/><br>Di episod 7, Datin Faizura bertemu dengan Eza untuk memaklumkan bahawa suaminya sudah tahu hubungannya bersama Zack, sebelum menempah tiket ke [[Sydney]] untuk melarikan diri, mamun cubaan itu gagal. Rupanya Datin Faizura sedang mengandung anak Zack selama ini.<ref name="ep7"/> Akhirnya, Datin menggunakan peluang sebaiknya untuk menegakkan ekadilan demi Zack dengan menyebabkan kematian suami sendiri, meletakkan pistol di tangan Farouk, lalu melarikan diri ke luar negara.<ref name="ep8"/> Setahun selepas misteri selesai, Faizura kembali ke tanah air dengan seorang cahaya mata bernama Zack, lalu menjenguk Eza yang tengah mempromosi buku barunya.<ref name="ep10"/>