Megafon: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
InternetArchiveBot (bincang | sumb.)
Rescuing 1 sources and tagging 0 as dead.) #IABot (v2.0.8
Baris 18:
Megafon elektrik merupakan suatu [[sistem siar raya]] mudah alih, yakni, sejenis alat elektronik yang menguatkan suara manusia seumpama megafon akustik menggunakan kuasa elektrik. Alat ini terdiri dari [[mikrofon]] yang menukarkan gelombang suara menjadi isyarat audio elektrik, penguat janaan [[bateri]] untuk meningkatkan kekuatan isyarat audio, serta [[pembesar suara]] untuk menukarkan semula isyarat audio kepada gelombang suara. Walaupun megafon jenis ini lebih berat daripada megafon akustik megafon, ia mampu menguatkan suara kepada tahap yang lebih tinggi sehingga lebih 90 [[desibel]]. Alat ini telah menggantikan megafon akustik dalam banyak kegunaan, dan ia umumnya digunakan untuk menghebahkan kepada orang ramai dalam situasi di mana pergerakan awam tidak membolehkan adanya [[sistem siar raya]] yang tetap seperti acara sukan luar, set perfileman, [[Tunjuk perasaan|perhimpunan politik]], dan demonstrasi jalanan.
 
Rekaan mudah alih alat ini biasanya berbentuk seperti corong megafon akustik lama, dengan mikrofon pada satu hujung dan corong pembesar pada satu hujung yang lain, dan cengkaman pistol di sebelah, dengan suis picu untuk menghidupkannya. Untuk menggunakan alat ini, peranti ini dihalakan pada paras mulut, dan picu ditekan untuk menghidupkannya sambil pengguna bercakap melaluinya. Megafon yang bersaiz lebih besar tergantung dari bahu dengan tali serta mempunyai mikrofon berasingan yang terhubung agar pengguna bercakap ke dalamnya tanpa alat tersebut menyembunyikan wajah mereka. Megafon elektrik moden boleh didapati dalam pelbagai jenis dengan spesifikasi kuasa, berat, harga serta adanya penggera dan tali bahu bergantung kepada citarasa pengguna sendiri.<ref>[{{Cite web |url=https://www.audiolinks.com/articles/choosingamegaphone/ |title="Megaphone & Bullhorns] |access-date=2017-12-11 |archive-date=2012-09-01 |archive-url=https://web.archive.org/web/20120901135751/https://www.audiolinks.com/articles/choosingamegaphone/ |url-status=dead }}</ref>
 
== Lihat juga ==