Perbezaan antara semakan "Gusi"

488 bait ditambah ,  13 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
==Penyakit gusi==
 
Gigi dan gusi adalah seperti isi dan kuku di mana kedua-duanya berkait rapat dan tahap kesihatan gusi pasti memberi kesan kepada gigi.
Penyakit gusi sering dialami orang dewasa mahupun kanak-kanak. Penyakit gusi disebabkan kuman plak pada gigi berdekatan dengan gusi, yang tidak dibersihkan dengan betul. Kuman ini menyebabkan gusi menjadi radang atau bengkak. Jika penyakit gusi tidak dikawal dengan baik, ia akan memburuk sehingga boleh menyebabkan gigi menjadi longgar dan tertanggal.
 
Seperti gigi, gusi juga terdedah kepada ancaman daripada pembentukan plak. Sekiranya plak tidak ditanggalkan secara kerap, termasuk di kawasan di bawah garisan gusi, ia akan merengsakan gusi seterusnya mengakibatkan penyakit gusi. Penyakit gusi bukan sahaja menyebabkan kesakitan dan pendarahan gusi tetapi juga akan melemahkan sokongan terhadap gigi.
6,420

suntingan