Kolesterol: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kurosagi7 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kurosagi7 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Kolesterol ialah bahan berlemakber[[lemak]] (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran [[darah]] [[manusia]]. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran [[hati]].
 
Kolesterol pemakanan datang daripada [[daging]], [[ayam]], [[ikan]] dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh [[protein]]. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.
 
Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.
Baris 11:
==Kolestrol penyebab serangan jantung==
 
Seseorang individu terdedah kepada serangan [[jantung]] bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.
 
Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding [[arteri]], menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.
 
Arteri koronari membekalkan darah dan [[oksigen]] kepada [[otot]] jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).
 
Partikel kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh partikel kolesterol LDL.