Perbezaan antara semakan "Age of Empires III"

18,033 bait ditambah ,  4 bulan lalu
Dicipta dengan menterjemah laman "Age of Empires III"
(Dicipta dengan menterjemah laman "Age of Empires III")
 
{{DISPLAYTITLE:''Age of Empires III''}}
{{Infobox permainan video|image=|developer={{Plainlist|
* [[Ensemble Studios]]
[[Category:Articles using Wikidata infoboxes with locally defined images]]
<span></span>
{{DISPLAYTITLE:''Age of Empires III''}}
 
'''''Age of Empires III''''' ({{Jawi|{{ء}}يج {{ء}}وف ايمڤايرس III}}) ialah sebuah [[Strategi masa sebenar|permainan video strategi masa nyata]] yang dikembangkan oleh [[Ensemble Studios]] dan diterbitkan oleh [[Xbox Game Studios|Microsoft Game Studios]]. Versi Mac dikembangkan dan diterbitkan oleh MacSoft. Versi PC dilancarkan pada 18 Oktober 2005 di Amerika Utara dan pada 4 November 2005 di Eropah, sementara versi Mac dikeluarkan pada 21 November 2006 di Amerika Utara dan 29 September 2006 di Eropah. Versi permainan N-Gage yang dikembangkan oleh Glu Mobile dikeluarkan pada 28 April 2009.<ref>{{Cite web|url=http://blog.n-gage.com/archive/age-of-empires-iii-marches-onto-n-gage/|title=Age of Empires III Marches onto N-Gage|last=ikona|date=April 28, 2009|publisher=N-Gage|url-status=dead|archive-url=https://web.archive.org/web/20090902110116/http://blog.n-gage.com/archive/age-of-empires-iii-marches-onto-n-gage/|archive-date=September 2, 2009|access-date=May 1, 2009}}</ref><ref>{{Cite web|url=http://www.glu.com/corp/pages/pressdetail.aspx?itemID=228|title=Glu Mobile Reveals North American Lineup of Games for the First Quarter of 2009|date=January 22, 2009|publisher=Glu Mobile Inc.|url-status=dead|archive-url=https://web.archive.org/web/20090703143551/http://www.glu.com/corp/pages/pressdetail.aspx?itemID=228|archive-date=July 3, 2009|access-date=January 23, 2009}}</ref><ref>{{Cite web|url=http://blog.n-gage.com/archive/age-of-empires-iii-for-n-gage/|title=Age of Empires III for N-Gage|last=ikona|date=January 22, 2009|publisher=N-gage|url-status=dead|archive-url=https://web.archive.org/web/20090205011947/http://blog.n-gage.com/archive/age-of-empires-iii-for-n-gage/|archive-date=February 5, 2009|access-date=January 23, 2009}}</ref> Ini merupakan permainan ketiga dalam siri ''[[Age of Empires]]'' dan penyambung kepada ''[[Age of Empires II|Age of Empires II: Zaman Raja-raja]]''. Permainan ini dibuat semula di bawah tajuk ''Age of Empires III: Edisi Definitif'', dan telah diterbit pada 15 Oktober 2020.<ref>{{Cite web|url=https://www.ageofempires.com/news/age3de-preorder-now-gc2020/|title=Pre-Order Age of Empires III: Definitive Edition NOW; Play it on October 15!|last=Age DE Team|date=August 27, 2020|url-status=live|archive-url=https://web.archive.org/web/20200829052639/https://www.ageofempires.com/news/age3de-preorder-now-gc2020/|archive-date=August 29, 2020|access-date=August 28, 2020}}</ref> Permainan susulannya, ''[[Zaman Empayar IV|Age of Empires IV]]'' sedang dalam pembangunan.
 
Permainan ini menggambarkan penjajahan Eropah di Amerika antara sekitar tahun 1492 dan 1876 Masihi. Terdapat empat belas tamadun tersedia di dalam permainan. ''Age of Empires III'' telah membuat beberapa inovasi berbanding permainan sebelumnya, khususnya dengan penambahan sistem "ibu kota", yang menggabungkan strategi masa nyata dan ciri [[Permainan video berperanan|permainan berperanan.]] TigaEmpat [[Sambungan (permainan video)|pek tambahan]] telah dilancarkan: yang pertama, ''Age of Empires III: The WarChiefs'', dilancarkan pada 17 Oktober 2006, menampilkan tiga tamadun [[Amerindian|orang asal Amerika;]] yang kedua, ''Age of Empires III: Dinasti Asia'', diterbitkan pada 23 Oktober 2007, dan memperkenalkan tiga tamadun Asia; dan yang ketiga bagi ''Edisi Definitif'', iaitu ''Age of Empires III Edisi Definitif: Tamadun Amerika Syarikat'', yang, seperti namanya, menampilkan tamadun orang Amerika Syarikat. Pek tambahan terbaharu ialah ''Age of Empires III Edisi Definitif: Raja-raja Afrika'', yang menampilkan budaya, peta dan orang asal Afrika.
 
Microsoft telah menjual lebih 2 juta naskhah ''Age of Empires III'' pada Mei 2008. Selain mendapat ulasan yang baik, ia telah memperoleh beberapa anugerah, termasuk "Permainan RTS Terbaik 2005" daripada [[GameSpy]], dan merupakan salah satu permainan paling laris pada tahun 2005.<ref name="Two million copies">{{Cite web|url=http://www.agecommunity.com/press.aspx?PressReleaseID=161|title="Age of Empires III" Expands Into the Eastern World This Fall|date=May 18, 2007|publisher=Age Community|url-status=live|archive-url=https://web.archive.org/web/20071010085041/http://www.agecommunity.com/press.aspx?PressReleaseID=161|archive-date=October 10, 2007|access-date=October 14, 2007}}</ref> Pada tahun 2007, ''Age of Empires III'' adalah permainan komputer ketujuh terlaris, dengan lebih dari 313,000 salinan terjual pada tahun itu.<ref name="2007 sales">{{Cite web|url=http://www.gamedaily.com/articles/news/npd-issues-corrected-top-10-pc-games-of-2007/19212/?biz=1|title=2007 sales figures|date=January 25, 2008|publisher=GameDaily|url-status=dead|archive-url=https://web.archive.org/web/20080129051754/http://www.gamedaily.com/articles/news/npd-issues-corrected-top-10-pc-games-of-2007/19212/?biz=1|archive-date=January 29, 2008|access-date=January 31, 2008}}</ref>
 
=== Tamadun ===
Setiap tamadun di dalam ''Age of Empires III'' diwakili pemimpin-pemimpin terdahulu daripada garis masa permainan tersebut. Tamadun-tamadunnya dibahagikan kepada empatlima budaya, [[Eropah]], [[Amerindian|orang asal Amerika]], [[Asia]] dan, [[Amerika Syarikat]] dan [[Afrika]].
 
Budaya Eropah merupakan satu-satunya budaya dan budaya pertama dalam permainan asas ''Age of Empires III''. Mereka menaik taraf dengan memilih ahli politik, dan mempunyai akses kepada ciri-ciri seperti bangunan kubu, kilang, serta askar upahan. Mereka mempunyai dua unit yang boleh dinaik taraf menjadi Pengawal Diraja, yang mempunyai bonus peningkatan yang lebih ketika menaik taraf pada tahap Pengawal pada Zaman Perindustrian. Budaya Eropah terdiri daripada orang [[Empayar Sepanyol|Sepanyol]], [[Empayar British|Inggeris]], Perancis, [[Empayar Portugal|Portugis]], [[Empayar Belanda|Belanda]], [[Empayar Rusia|Rusia]], [[Empayar Jerman|Jerman]], [[Empayar Uthmaniyah|Uthmaniyyah]], dan terbaharu orang [[Empayar Sweden|Sweden]] di dalam ''Edisi Definitif''.<ref>Age of Empires III Manual, p. 21: "Choosing a civilization".</ref>
 
Tamadun-tamadun di dalam budaya orang asal Amerika pertama kali keluar di dalam pek tambahan ''The WarChiefs''. Ia terdiri daripada orang [[Aztek]], [[Iroquois|Haudenosaunee]], Lakota dan [[Empayar Inka|Inka]] (ditambah dalam ''Edisi Definitif''). Mereka menaikmemara tarafzaman dengan memilih ahli majlis puak. Mereka mempunyai pondok perang yang merupakan bangunan ketenteraan yang juga boleh mempertahankan koloni anda. Mereka mempunyai plaza komuniti (dahulunya lubang bakar), sebuah bangunan yang memberi bonus kepada pemain yang semakin hebat dengan lebih banyak orang kampung ditugaskan.
 
Pek tambahan ''Dinasti Asia'' telah menambah budaya Asia, yang terdiri daripada orang Jepun, Cina dan India. Mereka memara zaman menggunakan Struktur Keajaiban iaitu bangunan-bangunan berdasarkan mercu tanda bersejarah. Secara umumnya, tamadun-tamadun Asia adalah lebih berbeza antara satu sama lain berbanding tamadun-tamadun di dalam budaya lain. Namun mereka masih berkongsi ciri-ciri seperti sawah padi yang boleh memberi anda makanan dan syiling, istana yang menjadi bangunan artileri dan pertahanan, dan beberapa lagi. Mereka juga mempunyai akses kepada sejenis kepada sejenis sumber baharu iaitu eksport, yang dikumpul secara perlahan-lahan sambil orang kampung anda berkerja, dan boleh digunakan di bangunan konsulat di mana anda boleh menjalinkan hubungan diplomatik bersama tamadun lain untuk mendapat bantuan ketenteraan, teknologi dan kekolonian.
 
Tamadun orang Amerika Syarikat berada di dalam budayanya tersendiri yang ditambah dalam pek tambahan ''Tamadun Amerika Syarikat''. Walaupun hampir sama dengan gaya permainan Eropah, ia mempunyai sistem berbeza seperti pemaraan zaman yang memberi anda kad ibu kota baharu, melalui pemilihan negeri persekutuan. Mereka bermula dengan mata pengalaman tambahan, dan mempunyai Jeneral sebagai unit wira mereka yang boleh memacak bendera bagi menginspirasikan unit dan bangunan berhampiran. Namun, Jeneral tidak boleh membina pusat bandar, dan sebaliknya hanya boleh membina kubu selain pusat perdagangan dan bangunan-bangunan tambahan.
 
Budaya Afrika diperkenalkan dalam pek tambahan ''Raja-raja Afrika'' dengan dua tamadun, iaitu orang Etiopia dan Hausa. Mereka mempunyai akses kepada sumber Pengaruh yang diperoleh daripada kaedah-kaedah berbeza bagi setiap tamadun. Unit wira mereka boleh melagakan penjaga harta karun dengan keupayaan khas mereka, dan mereka juga boleh menjual haiwan ternakan. Mereka mempunyai dua jenis bangunan ketenteraan yang terbahagi mengikut status kekuatan bangunan tersebut. Unit-unit asas dilatih di Khemah Perang, manakala unit-unit maju dilatih di Istana.
 
Terdapat tamadun lain yang hanya dapat dimainkan melalui kempen sahaja, termasuk [[Kesateria Hospital|Satria Saint John]], Askar Upahan John Black, dan [[Amerika Syarikat]] (versi kempen Amelia Black),<ref name="IGN">{{Cite web|url=http://uk.pc.ign.com/articles/658/658624p1.html|title=Age of Empires III|last=Butts|first=Steve|date=October 14, 2005|publisher=IGN|url-status=live|archive-url=https://web.archive.org/web/20070206075531/http://uk.pc.ign.com/articles/658/658624p1.html|archive-date=February 6, 2007|access-date=April 22, 2007}}</ref> yang dicipta berdasarkan tamadun Sepanyol, Jerman dan Inggeris masing-masing, dengan sedikit sebanyak pengubahsuaian. Tamadun kempen yang tidak dapat dimainkan termasuk [[Lanun]], Kumpulan Ossus dan [[Amerindian|penduduk asli Amerika]] yang digunakan oleh musuh dan sekutu dalam permainan kempen, namun tamadun-tamadun ini dapat dimainkan menggunakan Editor Senario atau melalui pengubahsuaian permainan.
 
Terdapat juga tiga puluh tamadun-tamadun kecil (asalnya dua belas), namun ia hanyalah sekadar tamadun persekitaran yang tidak boleh dimain. Walau begitu, pemain masih dapat memperoleh akses kepada unit unik dan penyelidikan mereka dengan [[Perikatan ketenteraan|menjalin perikatan]] bersama suku-suku tersebut dengan membina pusat perdagangan di petempatan mereka. Tamadun-tamadun kecil yang ditampilkan ialah [[Aztek]], Carib, [[Cherokee]], Comanche, Cree, [[Empayar Inka|Inka]], [[Iroquois]], Lakota, Maya, Nootka, [[Seminole]], Tupi, Apache, Cheyenne, Huron, Klamath, Mapuche, Navajo, Zapotek, Kuil Bhakti, Misi Jesuit, Tokong Shaolin, Masjid Sufi, Kuil Udasi, Tokong Zen, Akan, Berber, Somali, Sudan dan Yoruba.<ref>{{Cite web|url=http://aoe3.heavengames.com/gameinfo/aoe3/civs/index.shtml#natives|title=Civilizations - Age of Empires III Heaven|url-status=live|archive-url=https://web.archive.org/web/20161103231118/http://aoe3.heavengames.com/gameinfo/aoe3/civs/index.shtml#natives|archive-date=2016-11-03|access-date=2009-02-23}}</ref>
 
=== Ibu Kota ===
''Age of Empires III'' merupakan permainan pertama dalam siri ini untuk memperkenalkan konsep "Ibu Kota".<ref name="AOE3_Home_Cities">{{Cite web|url=http://www.ageofempires3.com/age3/GameFeatures/HomeCity.aspx|title=Home Cities in Age of Empires III|publisher=Ensemble Studios|url-status=dead|archive-url=https://web.archive.org/web/20070501211628/http://www.ageofempires3.com/age3/GameFeatures/HomeCity.aspx|archive-date=May 1, 2007|access-date=April 23, 2007}}</ref> Ibu kota berfungsi sebagai kota kedua dalam sesuatu permainan, sebuah pusat kuasa yang dipisahkan daripada permainan aktif. Ia bertujuan untuk menghantar kiriman kepada koloni anda, dan tidak dapat diserang atau dimusnahkan, walaupun suatu penyelidikan pada Zaman Imperial yang disebut "Sekatan" menghentikan musuh daripada menerima kiriman dari ibu kota. Mirip dengan watak [[permainan berperanan]]<ref name="Inside_Mac">{{Cite web|url=http://www.insidemacgames.com/reviews/view.php?ID=793|title=Age of Empires III|last=Phillips|first=Michael|publisher=Inside Mac|url-status=live|archive-url=https://web.archive.org/web/20170902213911/http://www.insidemacgames.com/reviews/view.php?ID=793|archive-date=September 2, 2017|access-date=April 23, 2007}}</ref> ibu kota adalah berterusan antara permainan, yang bermaksud setiap permainan dapat memberi peningkatan kepada ibu kota tersebut, dan segala peningkatan dapat dibawa sekali dalam permainan-permainan lain, kecuali di dalam ''Edisi Definitif'' di mana hal tersebut tidak lagi terpakai kerana pemain diberi akses kepada semua ciri secara lalai. Pelbagai ibu kota dapat dicipta dan dikekalkan, walaupun masing-masing hanya terkait dengan satu tamadun sahaja.
 
Sesuatu ibu kota terdiri daripada lima bangunan utama dari mana pemain memilih kad kiriman dan penyesuaian baharu mereka.<ref name="HG_Home_Cities">{{Cite web|url=http://aoe3.heavengames.com/gameinfo/aoe3/homecities|title=Home Cities|publisher=Heaven Games|url-status=live|archive-url=https://web.archive.org/web/20170702171902/http://aoe3.heavengames.com/gameinfo/aoe3/homecities|archive-date=July 2, 2017|access-date=April 23, 2007}}</ref> Pemain juga boleh mengakses ibu kota mereka pada bila-bila masa ketika sesuatu permainan. Ketika bermain, pemain boleh mengirim kad daripada sejumlah kad yang dipilih sebelum permainan bermula, bagi menghantar unit ataupun membuat apa-apa penambahbaikan.
 
Sepanjang permainan, pemain akan memperoleh XP (mata pengalaman) dengan menyelesaikan tindakan seperti membina bangunan, melatih unit, membunuh unit musuh, dan mengumpulkan harta karun. Setiap kali pemain memperoleh sejumlah pengalaman yang tetap, pemain boleh akan menerima satu mata kiriman dari Home City masing-masing. Mata kiriman tersebut boleh diguna untuk mengirim mana-mana kad yang anda mempunyai. XP ini juga ditambahkan terus kepada ibu kota yang dimainkan dan dikumpulkan melalui beberapa permainan, yang membolehkannya menaik taraf dari semasa ke semasa.<ref name="Game types">{{Cite web|url=http://uk.guides.ign.com/guides/721644/page_2.html|title=Basic Strategies|publisher=IGN|url-status=dead|archive-url=https://web.archive.org/web/20070504091903/http://uk.guides.ign.com/guides/721644/page_2.html|archive-date=May 4, 2007|access-date=April 22, 2007}}</ref> Beberapa kad asas dipilih secara automatik ditambahkan ke dalam ibu kota baharu yang dicipta. Kemudian dalam sesuatu permainan, kad mesti dipilih secara manual kerana terdapat had dalam jumlah kad yang boleh diletakkan dalam sesuatu dek. Set kad yang boleh dipilih adalah berbeza bagi setiap tamadun. Sekiranya ibu kota yang dimainkan mempunyai lebih daripada satu dek, pemain mesti memilih dek mana yang akan digunakan sebelum dapat mengirim apa-apa kiriman. Semasa permainan, pemain akan menyimpan dek awal ini; ciri ini mendorong pemain untuk membina geladak yang disesuaikan untuk peta yang dimainkan, atau yang bertentangan dengan tamadun atau dek musuh. Sesebuah dek pada asalnya menyokong dua puluh kad, namun kapasitinya boleh dibesarkan sehingga 25 kad.
 
=== Unit ===
Unit ''Age of Empires III'', seperti pada permainan-permainan sebelumnya, adalah berdasarkan kelas [[ketenteraan]] dalam sejarah. Pemain mengendalikan pelbagai unit awam dan ketenteraan, dan menggunakannya untuk mengembangkan dan membangunkan tamadun mereka, serta berperang melawan musuh. Unit asas permainan ialah peneroka, yang bertanggungjawab mengumpulkan sumber dan membina bangunan, untuk meningkatkan [[ekonomi]] peradaban. Jumlah unit yang dapat dikendalikan oleh pemain dalam senario dibatasi oleh ruang populasi, [[mekanik permainan]] [[Strategi masa sebenar|strategi masa nyata yang]] lazim. Rumah dan pusat bandar akan menaikkan had asasnya, sehingga ia mencapai had muktamad (200 ruang populasi), sementara setiap unit yang dihasilkan meningkatkan jumlah penduduk. Unit asas seperti peneroka dan kebanyakan infantri asas mengambil 1 ruang populasi, namun sesetengah unit yang lain, termasuk kebanyakan tentera berkuda dan askar upahan dikira sebagai 2. Unit yang lebih kuat, terutamanya [[artileri]] atau tentera berkuda dan askar upahan, boleh mengambil setinggi 7 ruang populasi. Pahlawan orang asal, [[Penjelajahan|penjelajah]], binatang yang dijinakkan, [[belon udara panas]] dan [[kapal perang]] tidak mengambil ruang populasi, tetapi secara amnya mempunyai had bagi jumlah unit yang boleh dicipta, yang membolehkan pemain hanya menggunakan sejumlah unit tertentu pada satu masa.
 
[[Ketenteraan|Unit ketenteraan]] digunakan untuk melawan pemain lain. [[Infantri]] ialah jenis unit yang paling murah, menggunakan senjata mulai dari senjata kuno seperti tombak dan [[busur silang]] sehingga senapang dan senjata maju lain. Kelas [[artileri]] yang lebih berat juga menggunakan senjata jarak jauh, terutamanya [[meriam]] dan [[mortar]]; namun, ada juga artileri bersenjatakan [[bom tangan]], kecuali unit Petard yang merupakan sejenis unit pengebom bunuh diri. Pasukan berkuda juga mempunyai kedua-dua senjata tangan seperti [[pedang]] dan [[tombak]], dan senjata jarak jauh, seperti [[pistol]] dan [[busur]]. Unit-unit ini juga mempunyai ciri-ciri penting, seperti [[skirmisher]] yang melakukan kerosakan bonus terhadap infantri lain, dan dragoon yang melakukan kerosakan bonus terhadap pasukan berkuda lain.
 
Satu unit baru yang diperkenalkan di dalam ''Age of Empires III'' ialah unit wira yang berbeza bagi tamadun lain, namun pada asasnya bertanggungjawab untuk mencari dan mengumpulkan harta karun tetapi juga boleh membina pusat perdagangan dan pusat bandar, serta mempunyai serangan atau mekanik khusus (disebut sebagai keupayaan). Unit ini tidak dapat dibunuh, tetapi hanya dapat ditidaksedarkan, untuk dihidupkan kembali ketika unit sekutu berada berhampirannya, atau dengan membayar wang tebusan kepada musuh yang menidaksedarkan unit wira itu. Unit ini adalah berbeza bagi budaya-budaya lain. Tamadun Eropah mempunyai Penjelajah yang boleh membunuh unit musuh dengan satu tembakan melalui sebuah keupayaan khas, tamadun orang asal Amerika mendapat Ketua Perang yang boleh menukar haluan unit penjaga harta karun. Bagi tamadun-tamadun Asia, setiap tamadun mendapat rahib berdasarkan agama tamadun mereka yang mempunyai keupayaan-keupayaan berbeza dan boleh menyembuhkan unit sekutu. Tamadun Amerika Syarikat mempunyai Jeneral yang boleh membina kubu dan memberi inspirasi kepada tentera berhampiran, manakala setiap tamadun Afrika mempunyai unit wira unik, setiap daripadanya mempunyai satu keupayaan khas berdasarkan tamadun mereka.
 
Di dalam ''Age of Empires III'', terdapat juga unit [[kapal]] yang tersedia di kebanyakan peta yang mempunyai perairan. Kapal tentera menggunakan [[meriam]] atau [[Anak panah|panah]], sementara beberapa kapal lain dapat mengumpulkan sumber, mengangkut unit darat dan melatih unit. Semua jenis kapal boleh mengumpul harta kanun laut.
 
[[Tentera upahan|Askar upahan]] boleh membantu pemain dalam perjuangan mereka di. Askar upahan tidak dilatih seperti unit biasa; sebaliknya, mereka boleh dilatih di bangunan askar upahan (tavern bagi tamadun-tamadun Eropah, biara untuk tamadun Asia dan salun bagi Amerika Syarikat) dengan kos syiling yang tinggi. Kebanyakan daripada mereka adalah amat kuat, namun adalah amat mahal dan mengambil ruang populasi yang banyak.
 
=== Bangunan ===
Bangunan memainkan peranan besar dalam permainan ini, kerana mereka digunakan untuk melatih unit awam dan ketenteraan, menyelidik penyelidikan, menampung ruang populasi, memberikan pertahanan kepada koloni, atau sebagai penyedia sumber. Setiap bangunan menyerupai reka bentuk seni bina pada zaman itu. Semua permainan dalam siri ini berkongsi beberapa bangunan, termasuk Pusat Bandar dan Dok. Penampilan dan sifat bangunan berubah ketika pemain maju melalui Zaman, dan setiap budaya mempunyai set bangunan unik mereka sendiri, sambil sesetengah tamadun juga mempunyai bangunan khasnya tersendiri. Reka bentuk bangunan-bangunan ini adalah bergantung kepada tamadun dan zaman. Beberapa bangunan hanya dapat dibina pada masa-masa tertentu seperti menara pertahanan.
 
== Kempen ==
Kempen-kempen dalam permainan ini adalah terdiri daripada seset senario yang berkaitan dengan objektif yang telah ditetapkan, seperti memusnahkan bangunan tertentu. Dalam ''Age of Empires III'', kempen-kempen asasnya mengikuti satu kisah fiksyen mengenai keluarga Black, terbahagi kepada lima bahagian mewakili lima generasi, Morgan Black, John Black (cucu Morgan), Nathaniel Black (anak John), Amelia Black (anak Nathaniel) dan Chayton Black (anak Amelia). Kelima-lima bahagian tersebut dikisahkan oleh Amelia Black (Tasia Valenza).
 
Pemain bermain menggunakan tamadun khas yang dikaitkan dengan watak atau tempoh yang digambarkan oleh setiap bahagian kempen, dari Satria Saint John, Askar Upahan John Black, kepada Amerika Syarikat. Tiga daripada lima babak ini ditampilkan dalam permainan asas, manakala dua lagi ditambah dalam pek tambahan ''The WarChiefs''.
 
Pek tambahan ''Dinasti Asia'' telah menampilkan satu set kempen baharu berdasarkan ketiga-tiga tamadun baharu yang ditambah dalam pek tersebut. Kisahnya masih berbentuk fiksyen, namun adalah berdasarkan kejadian bersejarah, kecuali kempen Cina yang mengisahkan satu pertempuran Empayar Cina dengan tamadun Aztek di benua Amerika.
 
== Pembangunan ==
 
=== Ciri-ciri teknikal ===
''Age of Empires III'' membina dan memperkenalkan ciri-ciri baru kepada [[Enjin permainan|enjin]] ''Age of Mythology'', yang dipanggil ''Bang!'' ''Engine''.<ref name="moddb">{{Cite web|url=http://www.moddb.com/engines/bang-engine|title=Entry to Bang Engine|url-status=live|archive-url=https://web.archive.org/web/20170820150003/http://www.moddb.com/engines/bang-engine|archive-date=August 20, 2017|access-date=August 6, 2015}}</ref> Satu ciri baharu ialah kemasukan enjin [[perisian tengah]] bagi simulasi fizik Havok<ref>{{Cite web|url=http://www.havok.com/content/view/188/53/|title=Age of Empires III|publisher=Havok|url-status=dead|archive-url=https://web.archive.org/web/20061029104522/http://www.havok.com/content/view/188/53/|archive-date=October 29, 2006|access-date=November 26, 2006}}</ref> pada versi Windows dan enjin PhysX yang serupa pada Mac OS X.<ref>{{Cite web|url=http://www.destineerstudios.com/destineer/press/press_releases/aoe_ad_announce.html|title=The East Comes to Age of Empires III! - MacSoft Announces "Age of Empires III: The Asian Dynasties" Expansion.|url-status=dead|archive-url=https://web.archive.org/web/20090426062120/http://www.destineerstudios.com/destineer/press/press_releases/aoe_ad_announce.html|archive-date=2009-04-26|access-date=2009-04-26}}</ref> Ini bermaksud bahawa banyak kejadian seperti pemusnahan bangunan dan kejatuhan pokok tidak akan berlaku sebelum membuat [[animasi]], tetapi akan dikira mengikut mesin fizik, satu inovasi bagi siri ini. Ciri grafik permainan yang lain termasuk pencahayaan mekar dan sokongan untuk ''pixel shader'' 3.0 . <ref>{{Cite web|url=http://www.ageofempires3.com/Age3/Press/PressRelease2.aspx|title=Technology|publisher=Ensemble Studios|url-status=dead|archive-url=https://web.archive.org/web/20061202163337/http://www.ageofempires3.com/Age3/Press/PressRelease2.aspx|archive-date=December 2, 2006|access-date=November 26, 2006}}</ref>
 
=== Audio ===
Runut muzik asli ''Age of Empires III'' menampilkan skor muzik asli yang disusun oleh pemuzik Ensemble Studios, Stephen Rippy dan Kevin McMullan, yang karya sebelumnya termasuk permainan lain dalam siri ''[[Age of Empires]]'' serta ''Age of Mythology''. Ia dilancarkan pada 11 November 2005 oleh Sumthing Else Music Works. Stephen Rippy, pengarah muzik dan suara di Ensemble Studios, mengatakan, "''Age of Empires III'' ialah permainan dengan topik yang epik—ia merangkumi penjajahan Amerika dalam jangka masa sekitar tiga ratus tahun, jadi ia perlu mempunyai satu skor yang setanding hebatnya. Dengan menggunakan orkestra dan koir penuh serta beberapa instrumen yang diilhamkan oleh zaman berkenaan, muzik ini mengikuti kisah Morgan Black dan keturunannya ketika mereka bertempur dengan Kumpulan Ossus untuk menduduki Dunia Baru." Runut muziknya turut dilengkapi DVD bonus yang merangkumi empat belas trek yang dicampurkan semula dalam 5.1 surround, video di sebalik tabir sesi studio, treler sinematik ''Age of Empires III'' dan lima trek bonus eksklusif.
 
Tidak seperti versi ''Age of Empires'' sebelumnya, pemain AI dalam mod pertempuran pemain tunggal akan menghantar mesej kepada pemain di pelbagai saat dalam permainan, mencemuh pemain jika mereka dipilih sebagai musuh atau berkongsi rancangan ketenteraan dengan pemain jika mereka bersekutu. Semua watak AI mempunyai keperibadian yang berbeza dan terdapat banyak petikan yang berbeza dalam permainan. Ciri ini dapat dinyahdayakan dengan mudah jika diperlukan.
Budaya Eropah merupakan satu-satunya budaya dan budaya pertama dalam permainan asas ''Age of Empires III''. Mereka menaik taraf dengan memilih ahli politik, dan mempunyai akses kepada ciri-ciri seperti bangunan kubu, kilang, serta askar upahan. Mereka mempunyai dua unit yang boleh dinaik taraf menjadi Pengawal Diraja, yang mempunyai bonus peningkatan yang lebih ketika menaik taraf pada tahap Pengawal pada Zaman Perindustrian.Budaya Eropah terdiri daripada orang [[Empayar Sepanyol|Sepanyol]], [[Empayar British|Inggeris]], Perancis, [[Empayar Portugal|Portugis]], [[Empayar Belanda|Belanda]], [[Empayar Rusia|Rusia]], [[Empayar Jerman|Jerman]], [[Empayar Uthmaniyah|Uthmaniyyah]], dan terbaharu orang [[Empayar Sweden|Sweden]] di dalam ''Edisi Definitif''.<ref>Age of Empires III Manual, p. 21: "Choosing a civilization".</ref>
 
== Sejarah penerbitan ==
Tamadun-tamadun di dalam budaya orang asal Amerika pertama kali keluar di dalam pek tambahan ''The WarChiefs''. Ia terdiri daripada orang [[Aztek]], [[Iroquois|Haudenosaunee]], Lakota dan [[Empayar Inka|Inka]] (ditambah dalam ''Edisi Definitif''). Mereka menaik taraf dengan memilih ahli majlis puak. Mereka mempunyai pondok perang yang merupakan bangunan ketenteraan yang juga boleh mempertahankan koloni anda. Mereka mempunyai plaza komuniti, sebuah bangunan yang memberi bonus kepada pemain yang semakin hebat dengan lebih banyak
 
== Rujukan ==
530

suntingan