Wilayah Persekutuan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Milenioscuro (bincang | sumb.)
svg
Baris 71:
==Sejarah==
 
Kuala Lumpur yang merupakan ibu negara Malaysia telah ditubuhkan menjadi Wilayah Persekutuan pada tanggal 1 Februari 1974. Bermula dari tarikh itu hingga kini pentadbiran Kuala Lumpur dipindahkan dari Negeri Selangor dan diletakkan terus di bawah Kerajaan Pusat serta diurus oleh [[Dewan Bandaraya Kuala Lumpur]] (DBKL) selaku PBT tunggal yang mentadbir bandaraya itu. Kuala Lumpur merupakan pusat [[perundangan]] dan menempatkan [[Bangunan Parlimen]]. Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Negeri [[Sabah]] (sekarang Wilayah Sabah) pula dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan kini diletakkan di bawah pengurusan [[Perbadanan Labuan]]. Pada [[1 Februari]] [[2001]], Putrajaya yang dibangun dari kawasan [[Sepang]], [[Selangor]] untuk menjadi pusat pentadbiran yang baru telah mengikuti Kuala Lumpur dan Labuan dengan menjadi yang ketiga menyertai Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pengurusan [[Perbadanan Putrajaya]].
 
Pembentukan [[Jemaah Menteri|Kabinet]] baru pada 27 Mac 2004 oleh [[Perdana Menteri Malaysia]] ke 5, Datuk Seri [[Abdullah bin Haji Ahmad Badawi]] telah disertakan dengan pembentukan semula [[Kementerian Wilayah Persekutuan]] (KWP). [[DBKL]], Perbadanan Labuan dan Perbadanan Putrajaya melapor terus kepada Kementerian ini berbanding sebelumnya ke [[Jabatan Perdana Menteri Malaysia|Jabatan Perdana Menteri]]. Kementerian ini mengambil alih tugas dan bertanggungjawab memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan diseluruh Wilayah Persekutuan.