Sultan Abdul Hamid Halim Shah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 118.100.43.248 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh ArrazzazBot
Baris 15:
 
== Pemerintahan antara 1882 - 1910 ==
Kedah merupakan satu [[negeri lindungan]] Siam dan pihak British mempunyai tapak di [[Pulau Pinang]] dan beberapa bahagian di tanah besar yang bersebelahan pada tahun-tahun akhir [[abad ke-19]]. Oleh itu, ketika Sultan Hamid naik takhta pada tahun 1882 pada umur 19 apabila abangnya Zainul Rashid mangkat, baginda berada dalam keadaan yang tidak menyenangkan disebabkan dikehendaki menghadapi dua kuasa asing, setiapnya dengan niat masing-masing. Pertabalan baginda disahkan oleh [[Raja Chulalongkorn]], sebagai Dipertuan pada [[21 Januari]] [[1882]]. Sultan Hamid mempunyai hubungan yang mesra dengan Raja itu, tetapi kenyataannya [[politik]] antarabangsa penuh dengan kepayahan, dan ini ditemui Sultan Hamid tidak lama kemudian. Namun ada versi berbeza, menurut sumber sejarah yang baru ditemui, Sultan Abdul Hamid sebenarnya adalah menantu kepada Raja Chulalongkorn kerana berkahwin dengan anak baginda iaitu [[Cik Manjalara]].Tidak diketahui kenapa perkara ini hendak disembunyikan oleh kerajaan Malaysia. Besar kemungkinan adalah kerana anak baginda menjadi Perdana Menteri ketika itu (Tunku Abdul Rahman) Dan versi ini menyatakan, Sultan Abdul Hamid berjaya menjadi Sultan Kedah menerusi suatu pembelotan terhadap Sultan Kedah ketika itu iaitu Sultan Jaafar Muadzam Syah (dikenali sebagai [[Long Jaafar]] di Perak). Sultan Abdul Hamid dipercayai berpakat dengan bapa mertuanya membawa masuk tentera Thai dan Inggeris untuk membunuh Sultan Jaafar Muadzam Syah di belakang sebuah balai polis di Gurun, Kedah. Cara pembunuhan adalah dengan memijak beliau dengan menggunakan gajah.
 
Pada tahun [[1895]], Raja Chulalongkorn menganugerahkan Sultan dengan Darjah Kebesaran Gajah Putih Kelas Pertama dengan gelaran ''Chao Phya Saiburi'' dan kemudiannya gelaran tambahan untuk ''Phya Riddisongkran Bhakti''. Raja Chulalongkorn juga menghantar dua anak lelaki Sultan Hamid iaitu cucunya ke [[Eropah]] untuk melanjutkan [[pendidikan]] mereka. Tunku Yusuf kemudian berkhidmat dengankepada datuknyaRaja Chulalongkorn ketika kepulangannya, dan Tunku Badlishah tinggal di Siam untuk satu tempoh yang singkat selepas memperoleh ijazah [[ekonomi]]nya dari [[Universiti Oxford]].
 
Hubungan yang baik dipeliharakan antara kedua-dua negera, dengan Kedah menghadiahkan [[ufti]] dalam bentuk "Bunga Emas dan Perak" setiap tiga tahun kepada Istana Siam di [[Bangkok]] sebagai tanda untuk pertuanan Siam. Sehingga kemangkatannya pada tahun [[1910]], Raja Chulalongkorn menunjukkan kasih sayang terhadap Sultan Hamid dan sangat menghormati baginda.