Ibu Mertua-ku: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
InternetArchiveBot (bincang | sumb.)
Rescuing 1 sources and tagging 0 as dead.) #IABot (v2.0.8
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 33:
 
==Plot==
SeorangMwngisahkan seorang gadis daripada keluarga berada bernama Sabariah mencintai seorang pemuzik bernama Kassim Selamat. Apabila ibu Sabariah, Nyonya Mansoor mendapat tahu akan perkara tersebut, dia begitu marah kerana Sabariah telah ditunangkan dengan Doktor Ismadi dan tambahan pula Kassim Selamat ialah seorang pemuzik yang dianggap tidak setaraf dengan kedudukan keluarga Nyonya Mansoor. Bagaimanapun Sabariah terlalu mencintai Kassim Selamat dan berkeras untuk menikahberkahwin dengan Kassim Selamat. Nyonya Mansoor menyuruh Sabariah memilih diantara Kassim Selamat dan Doktor Ismadi. Namun Sabariah tetap memlilih Kassim Selamat. Nyonya Mansoor menunaikan kehendak Sabariah untuk bernikahberkahwin dengan Kassim Selamat dan menghalau mereka berdua keluar dari rumah Nyonya Mansoor sebaik sahaja mereka selamat dinikahkan.
 
Kassim Selamat dan Sabariah berpindah dari Singapura ke Pulau Pinang untuk memulakan kehidupan yang baru. Apabila Sabariah mengandung, dia kemudian mula mengutuskan telegram dan meminta pertolongan ibunya disebabkan tidak sanggup untuk hidup dalam keadaan susah. Setelah menerima surat daripada Sabariah, Nyonya Mansoor datang ke Pulau Pinang untuk membawa Sabariah pulang ke Singapura kerana tidak sanggup melihat penderitaan anaknya yang hidup serba kekurangan kerana Kassim Selamat kini hanya bekerja sebagai buruh kasar. Setelah Sabariah selamat melahirkan anaknya, Nyonya Mansoor menghantar telegram palsu kepada Kassim Selamat mengatakan yang Sabariah telah meninggal dunia.
 
Akibat terlalu berdukacita terhadap berita yang diterima daripada Nyonya Mansoor, Kassim Selamat menangis siang dan malam sehingga matanya tidak dapat lagi melihat dan akhirnya menjadi buta tetapi diselamatkan oleh seorang perempuan, Chombi dan ibunya. Seorang lelaki bernama Mamak Maidin membantu Kassim Selamat kembali menjadi pemuzik dan mereka mengadakan pertunjukan di seluruh Tanah Melayu ketika itu. Kassim Selamat mahu dirinya dikenali dengan nama baru iaitu Osman Jailani. Sementara itu, Nyonya Mansoor juga memberitahu Sabariah bahawa Kassim Selamat tidak pernah membalas surat-surat yang dikirimkan oleh Sabariah. Nyonya Mansoor akhirnya mencadangkan untuk Sabariah memohon fasakh kerana menganggap Kassim Selamat tidak pernah mengambil tahu keadaan Sabariah dan anak mereka. Kemudian Sabariah bersetuju untuk dinikahkan dengan Doktor Ismadi seperti yang sudah lama diinginkan oleh Nyonya Mansoor. Semasa Kassim Selamat mengadakan pertunjukan di Singapura, Sabariah bertemu semula dengan Kassim Selamat yang ketika itu mula dikenali sebagai Osman Jailani dan meminta pertolongan suaminya Doktor Ismadi untuk memulihkan penglihatan Kassim .