Aman Ramli Jaafar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 191:
==Kontroversi==
 
Telefilem biopik bertajuk Saloma yang ditayangkan pada [[28 Ogos]] [[2014]] di Astro First telah mengundang bantahan dari seluruh ahli keluarga Allahyarham kerana telefilem itu memperlihatkan sisi negatif pelakon popular zaman kegemilangan filem [[P. Ramlee]] itu. Dalam cerita itu, watak [[AR Tompel]], yang dilakonkan '''[[Azhan Rani]]''', digambarkan sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab ketika dia mengahwini [[Saloma]], lakonan '''[[Nabila Huda]]'''. Sehubungan itu, satu sidang media diadakan di [[Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia]] (Finas) dan waris Tompel yang terdiri daripada [[Amran Tompel]], pengarah dan pelakon, [[Adlin Aman Ramli]], [[A.R. Badul]], [[Ruminah Sidek]], bekas isteri Tompel, [[Zaiton Ismail]] serta 30 waris yang lain menuntut [[Astro (televisyen)|Astro]] menghentikan tayangan telefilem berkenaan dan mendakwa gambaran mengenai watak Tompel dalam cerita itu adalah tidak tepat. Menurut salah seorang anak Allahyarham, Adlin, setakat ini mereka telah menuntut pihak Astro selaku penyiar supaya menarik balik tayangan telefilem berkenaan namun tiada sebarang maklumbalas dari syarikat berkenaan. Beliau melahirkan perasaan kesal apabila kisah bapanya, A.R. Tompel, yang dipaparkan dalam telefilem itu berunsur tohmahan dan banyak kesalahan fakta sehingga menjejaskan tanggapan masyarakat seolah-olah bapanya itu adalah punca Saloma menderita. Adlin berkata demikian, mengenai telefilem terbitan syarikat produksi Kus Semangat Aktor milik [[Melissa Saila]]<ref>[http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/10/08/adlin-aman-ramlie/ Telefilem Saloma Papar Tohmahan Buruk Terhadap AR Tompel]</ref> yang dipercayai memberi impak buruk kepada mereka.
 
Tambahan beliau, telefilem itu bukan sahaja mengaibkan serta menjejaskan kredibiliti dan reputasi bapanya, malah waris Tompel juga turut terpaksa berdepan dengan pelbagai tanggapan dan persepsi buruk daripada kalangan masyarakat kesan daripada penayangan telefilem tersebut. Tambah Adlin lagi, bapanya juga telah dieksploitasi oleh pihak penyiar, penulis, penerbit, pengarah dan pelakon dalam pelbagai nada prejudis sehingga mengaib dan menjejaskan kredibiliti dan reputasinya. Berikutan itu, Adlin telah mengambil tindakan menerusi peguamnya Azam & Co. dengan menghantar notis kepada Astro untuk segera menghentikan tayangan telefilem itu.<ref>[http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/10/09/adlin-pertahan-tompel/ AR Tompel Punca Saloma Derita Adalah Kisah Palsu]</ref> Sebagai pelakon yang membawa watak sebagai Tompel dalam telefilem tersebut, nama Azhan Rani yang memegang watak Allahyarham juga turut tidak terkecuali daripada menerima tempias daripada kontroversi yang tercetus. Sementara itu, peguam yang mewakili waris Tompel, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz memberitahu, notis tuntutan telah dihantar kepada Astro pada [[26 September]] [[2014]] lalu.
 
Pelakon veteran Ruminah Sidek mengakui bekas suaminya, A.R. Tompel merupakan seorang lelaki yang sering menjadi perhatian dan digilai ramai wanita. Bagaimanapun Ruminah atau lebih dikenali sebagai Mak Mah, berkata, watak gatal Tompel yang dipaparkan dalam telefilem itu langsung tidak menggambarkan identiti sebenar bekas suaminya itu. Dalam pada itu, Ruminah berkata, terdapat beberapa babak menunjukkan Tompel begitu agresif dalam percubaan cuba memikat Saloma dan seorang wanita lain namun hakikatnya, seniman itu bukanlah seorang yang berani bertindak segera dalam memikat wanita. Sementara itu, Amran berkata, dia berasakan semua itu tidak patut ditayangkan kepada orang ramai kerana boleh menyebabkan maruahnya sebagai anak Tompel terjejas termasuklah waris lain. Badul pula berkata, segala perlakuan bapanya yang divisualkan dalam telefilem itu adalah watak dalam filem lakonannya.