Cinta Ibadah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 37:
Mengisahkan ketabahan hati seorang isteri iaitu Siti ([[Aishah Ilias]]) apabila suaminya Hafiz ([[Fattah Amin]]) menjadi rebutan bekas kekasih Hafiz, merangkap bekas ipar duainya iaitu Ratna ([[Raja Ilya]]). Lebih mengeruhkan keadaan, perkahwinan Siti dan Hafiz ditentang hebat oleh ibu Hafiz sendiri, Che Ani ([[Nor Albaniah]]).
 
Sesungguhpun begitu, kehidupan suami isteri Hafiz dan Siti dilimpahi kebahagian.Malah diserikan lagi Dldengandengan kehadiran anak lelaki mereka iaitu RazakAlif. RazakAlif berusia 5 tahun. Mereka tiada masalah kesuburan seperti dihadapi banyak pasangan suami isteri. Pada awal, Che Ani iaitu ibu Hafiz merencana ingin menjodohkan Hafiz dengan model terkenal, Ratna. Bagi Che Ani, Ratna begitu sempurna untuk dijadikan menantu. Mempunyai pakej lengkap, iaitu berkerjaya, berpelajaran, wajah dan kulit cantik serta berketrampilan, terkenal malah berharta. Akan tetapi, hajat Che Ani tidak kesampaian apabila Hafiz terlebih dahulu mengambil keputusan menikahi Siti, wanita yang sangat dicintainya.
 
Namun Che Ani tidak berputus asa. Dia merancang menjodohkan pula dengan anak keduanya, adik kepada Hafiz iaitu Halim. Majlis pertunangan berlangsung dengan lancar. Namun jodoh mereka tidak juga panjang, Halim meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sekali lagi, Ratna kecewa. Ratna bertekad ingin mendapatkan kembali Hafiz. Che Ani berpakat ingin menyatukan Ratna dan Hafiz. Pelbagai rancangan diatur agar Hafiz menceraikan Siti. Namun, kesemuanya tidak berjaya. Siti diuji dengan ujian berat apabila dia disahkan menghidap barah, iaitu penyakit yang boleh mengancam nyawanya. Dr. Irma ([[Sherry Ibrahim]]) merupakan doktor yang merawat Siti. Siti memohon agar penyakitnya dirahsiakan tanpa pengetahuan sesiapa. Siti tidak mahu orang kesayangannya bersedih menerima berita itu.
 
Selepas berusaha menjalankan rawatan kemoterapi selama beberapa bulan, akhirnya Siti pasrah. Penyakit barahnya tidak boleh diubati. Mengetahui ajalnya semakin menghampiri, Siti mencari calon isteri buat suaminya iaitu Hafiz. Harapannya, agar insan menggantikan tempatnya akan menjaga Hafiz dan anaknya RazakAlif setelah ketiadaannya nanti. Siti inginkan seorang isteri yang setia, bertanggungjawab, sihat dan subur untuk suaminya.
 
Siti berkira-kira ingin menjodohkan Dr. Irma dengan suaminya. Memandangkan Dr. Irma pernah menjadi kekasih Hafiz suatu ketika dahulu. Ketika Siti ingin merapatkan kembali hubungan Dr. Irma dan Hafiz, Dr. Irma menyampaikan berita yang mngejutkan Siti. Siti diperkenalkan oleh Dr. Irma akan seorang wanita yang iras-iras seperti dirinya, iaitu Rina ([[Aishah Ilias]]).
Baris 47:
Ketika Siti mendapatkan rawatan penyakitnya, Siti mengupah wanita tersebut untuk menggantikan tempatnya di rumah. Ini kerana Siti perlu ditahan selama sebulan di hospital. Hanya melalui Rina, tiada siapa akan perasan akan ketiadaannya. Malah, rahsia penyakitnya tidak diketahui umum.
 
Manakala Rina bersetuju dengan tawaran Siti untuk menyamar sebagai dirinya kerana dia amat memerlukan wang untuk mengubati ibunya. Pada mulanya rancangan itu berjalan lancar sehinggalah dia mendapati dirinya telah benar-benar jatuh cinta dengan Hafiz. Ratna yang perasan dengan sikap Siti (Rina) yang berbeza dari sebelumnya berusaha untuk membongkar rahsia penyamaran tersebut. Namun kerana dendam dan terlalu taksub ingin merampas semula Hafiz, Ratna akhirnya menemui ajalnya sendiri. Hafiz juga akhirnya mengetahui bahawa wanita yang tinggal bersamanya adalah Rina, bukannya Siti. Hafiz akhirnya mengahwini Rina. Ibu Hafiz, Che Ani akhirnya insaf dan berubah menjadi baik setelah keluarga mereka dikhianati oleh abangnyaadiknya sendiri. Che Ani jatuh kedalam perangkap abangnyaadiknya yang menyebabkan harta benda mereka dirampas. Kini Hafiz dan keluarganya menjadi miskin. Siti kini kembali setelah sembuh daripada penyakitnya. Siti bertemu Hafiz dan mendedahkan tentang penyakitnya sebelum ini, dan disebabkan penyakitnya itulah dia mengupah Rina untuk menyamar sebagai dirinya. Siti terperanjat apabila Hafiz kini jatuh miskin akibat perbuatan khianat bapa saudaranya. Siti kemudian meminta bantuan ibu angkatnya, Puan Jenny untuk membantunya mengambil semula kembali harta keluarga Hafiz yang telah dirampas oleh bapa saudara Hafiz. Dengan menyamar sebagai Jenny, Siti berjaya memperdaya bapa saudara Hafiz. Bapa saudara Hafiz akhirnya diberkas polis.
 
== Pelakon ==