Tulisan Jawi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
== Sejarah ==
 
===Penyebaran dan perkembangan tulisan Jawi===
Tulisan Jawi berkembang pesat sejajar dengan penyebaran Islam, setelah bangsa Melayu mendapati bahawa [[tulisan Pallava]] yang digunakan mereka selama ini tidak sesuai sekali sebagai wahana penyebaran perihal agama baru ini. Orang Melayu memandang tinggi tulisan Jawi sebagai gerbang kepada pemahaman Islam dan kitab sucinya, [[al-Qur'an]]. Penggunaan tulisan Jawi merupakan faktor utama yang memangkin kebangkitan bahasa Melayu sebagai serantau di samping penyebaran agama Islam.<ref name="autogenerated2007">''An overview of Jawi's origin in Brunei'', Brunei Times article dated July 16, 2007</ref> Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negeri-negeri kesultanan [[Kesultanan Melaka|Melaka]], [[Kesultanan Johor|Johor]], [[Kesultanan Brunei|Brunei]], [[Kesultanan Sulu|Sulu]], [[Kesultanan Patani|Patani]], [[Kesultanan Aceh|Ache]] dan [[Kesultanan Ternate|Ternate]] seawal abad ke-15, untuk tujuan surat-menyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama saudagar di pelabuhan Melaka. Ikhtisar-ikhtisar perundangan purbakala seperti [[Hukum Kanun Melaka]] dan bahan-bahan terbitannya, termasuk Hukum-Hukum Kanun Johor, Kedah dan Brunei semuanya ditulis dalam Jawi. Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi merupakan bahasa perantaraan seluruh lapisan masyarakat, baik para raja, bangsawan, ilmuwan agama mahupun orang keramaian, di samping menjadi lambang tradisi kebudayaan dan tamadun Melayu. Proses pengislaman rantau Melayu telah melariskan abjad Jawi sebagai sistem tulisan yang paling berkuasa.<ref name="autogenerated3">''The Legacy of Malay Letter'', Annabel Teh Gallop, [[The British Library]] dan [[Arkib Negara Malaysia]], ISBN 0-7125-0376-6</ref>
 
Sebagai contoh, surat-surat diraja ditulis, dihiasi dan disampaikan dengan penuh istiadat. Contoh-contoh surat diraja yang masih terpelihara ialah surat antara Sultan Abu Hayat dari [[Kesultanan Ternate|Ternate]] dan Raja [[João III dari Portugal]] (1521); surat daripada [[Sultan Iskandar Muda dari Aceh]] kepada Raja [[James I dari England]] (1615); dan surat daripada [[Sultan Abdul Jalil IV]] dari Johor kepada Raja [[Louis XV dari Perancis]] (1719).<ref name="autogenerated3"/> Kebanyakan karya sastera baik hikayat, puisi mahupun prosa bertulisan Jawi. Ia merupakan kemuncak tamadun Melayu klasik. Antara karya-karya epik bersejarah yang dikarang oleh orang Melayu dalam tulisan Jawi termasuk ''[[Sulalatus Salatin]]'' (Sejarah Melayu) yang tersenarai dalam Kenangan Dunia oleh [[UNESCO]], dan puisi-puisi [[Sufi]] karya [[Hamzah Fansuri]] antara lainnya yang menyumbang kepada kekayaan dan kedalaman tamadun Melayu.
 
Sewaktu zaman penjajahan, tulisan Jawi masih menguasai Kepulauan Melayu, terutamanya dalam bidang sastera dan kesenian, teologi, falsafah dan mistik Islam, perdagangan, dan juga perundangan negeri. Tulisan Jawi merupakan abjad rasmi [[Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu]] sewaktu zaman naungan British. Apatah lagi, [[Pemasyhuran Kemerdekaan]] 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.
 
Bagaimanapun, salah satu kelemahan utama amalan penulisan Jawi ialah ketidakseragaman sesama pengguna dari segi ejaan, yang mana menurut [[Zainal Abidin Ahmad|Pendeta Za'ba]], "kebiasaan penulis-penulis yang ramai ... ada banyak tentangnya yang berlain-lain pada lain-lain orang",<ref>Za'ba, Daftar Ejaan Melayu, Tanjung Malim: Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris Training College, 1949, ms. 11.</ref> apatah lagi terdapat ketidaksepakatan sesama kamus-kamus bahasa Melayu yang sedia pada zaman dahulu. Hal inilah yang mendorong beliau untuk menggubal satu sistem ejaan Jawi yang baru pada tahun 1938.<ref>[http://www.ashtech.com.my/koleksi_digital/konvension/Display&f=jawi00077.htm كونوينشن توليسن جاوي > Peranan Za'ba Dalam Mengasaskan Teknik Tulisan Jawi>6. Sistem Ejaan Jawi Za'ba] {{Webarchive|url=https://web.archive.org/web/20090911033051/http://www.ashtech.com.my/koleksi_digital/konvension/Display%26f%3Djawi00077.htm |date=2009-09-11 }}, Koleksi Digital. Dicapai pada 7 Feb 2012.</ref>
 
==Penggunaan zaman kini==