Tulisan Jawi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Atcovi (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 114.4.212.221 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh CyberTroopers
Teg-teg: Undur Dibalikkan Disambiguation links
Baris 1:
{{Kotak info ST
|name=Tulisan Jawi <br>{{lang|ms|{{Script|Arab|توليسن جاوي}}}}
|type=[[Abjad]]
|languages= Utamanya: {{plainlist|
* [[bahasa Jawa]]
* [[bahasa Sunda]]
* [[bahasa Osing]]
* [[bahasa Madura]]
* [[bahasa Melayu]] (termasuk dari [[Bahasa Malaysia|Malaysia]], [[bahasa Indonesia|Indonesia]],[[Bahasa Palembang|Palembang]], dan [[bahasa Yawi|Pattani]])
* [[bahasa Aceh]]
* [[bahasa Banjar]]
* [[bahasa Kerinci]]
* [[bahasa Minangkabau]]
* [[bahasa Tausūg]]
}}
|time= sekitar tahun 1300 Masihi sehingga kini
|fam1=[[Huruf Proto-Kanaan|Proto-Kanaan]]
|fam2=[[Abjad Phoenicia|Phoenicia]]
|fam3=[[Abjad Aramia|Aramia]]
|fam4=[[Huruf Nabatea|Nabatea]] atau [[Abjad Syriak|Syriak]]
|fam5=[[Abjad Arab|Arab]]
|unicode=
|iso15924=
|sample=
|image_size=
}}
[[File:Netherlands East Indies Java Rupee 1803-Z.jpg|thumb|Rupee Jawa Hindia Timur Belanda dengan tulisan Jawi]]
[[File:KlMuseumBatuBersurat.jpg|thumb|250px|[[Batu Bersurat Terengganu]], tulisan tahun [[1303]]M, merupakan artifak bertulisan Jawi yang tertua pernah dijumpai. Ia bercatang-undabng setempat yang dipengaruh oleh [[Syariah]], maka merupakan bukti terawal pengaruh [[Islam di Malaysia]].]]
'''Tulisan Jawi''' ({{lang|ms|{{Script|Arab|توليسن جاوي}}}}) atau '''Abjad Jawi''', juga dipanggil '''Pegon''' dan '''Gundhil''' di daerah [[Pulau Jawa|Jawa]], '''Jawoë''' di [[Aceh|Aceh Darussalam]]''', Yawi''' di [[Pattani (kawasan)|Pattani]] dan '''Jawi''' di [[Sumatera]] ([[Riau]],[[Sumatera Barat]], [[Jambi]], dan [[Sumatera Selatan]]), [[Malaysia]] serta [[Brunei|Brunei Darussalam]] menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tulisan Jawi bermaksud huruf-huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu.<ref>{{Cite web | title = tulisan Jawi - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP | url = http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tulisan+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat | publisher = Dewan Bahasa dan Pustaka | work = Kamus Dewan Edisi Keempat | date = | accessdate = 16 Disember 2013}}</ref><ref name="prpm_JawiII">{{Cite web | title = Jawi II - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP | url = http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Jawi+II+kamus+dewan+edisi+keempat | publisher = Dewan Bahasa dan Pustaka | work = Kamus Dewan Edisi Keempat | date = | accessdate = 16 Disember 2013}}</ref> Manakala '''huruf Jawi''' bermaksud [[Abjad Arab|huruf Arab]] dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam [[bahasa Melayu]].<ref>{{Cite web | title = huruf Jawi - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP | url = http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat | publisher = Dewan Bahasa dan Pustaka | work = Kamus Dewan Edisi Keempat | date = | accessdate = 16 Disember 2013}}</ref><ref name="prpm_JawiII" />
Tulisan Jawi merupakan satu daripada dua sistem tulisan rasmi di [[Brunei]], dan juga dijadikan sistem tulisan alternatif di [[Malaysia]]. Dari segi penggunaannya, tulisan Jawi dahulunya merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti oleh [[abjad Rumi]], maka penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan dalam hal ehwal keagamaan dan kebudayaan. Penulisan Jawi seharian dipelihara di kawasan-kawasan yang diduduki masyarakat Melayu yang lebih konservatif, misalnya [[Sulu]] di [[Filipina]], [[Pattani]] di [[Thailand]], [[Kelantan]] di Malaysia<ref>{{cite book|title=Language and National Identity in Asia|author=Andrew Alexander Simpson|origyear=2007|pages=356–60|publisher=[[Oxford University Press]]|isbn=0199267480}}</ref> dan beberapa kawasan [[Orang Melayu Indonesia|petempatan Melayu]] di [[Indonesia]].
 
== Sejarah ==
 
=== Sejarah awal ===
[[Fail:Merdeka1.JPG|thumb|Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi.]]
Tulisan Jawi telah wujud sejak sekitar tahun 1300 M di [[Kepulauan Melayu]]. Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan [[Islam]], khususnya daripada [[orang Parsi]]. Abjad Arab yang diperkenalkan ini diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik lisan. Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri, dan ditokok dengan 6 huruf yang tiada dalam bahasa Arab, iaitu ''ca'', ''pa'', ''ga'', ''nga'', ''va'' dan ''nya''. <ref>John U. Wolff,''Indonesian Readings'' Edition: 3, SEAP Publications: 1988: ISBN 0-87727-517-3:480 pages</ref><ref>Robert Leon Cooper ''Language spread: studies in diffusion and social change'', Center for Applied Linguistics, Indiana University Press,: 1982 p. 40 ISBN 0-253-32000-3: 360 pages</ref>
 
Tulisan Jawi berpunca daripada kesusasteraan Arab yang diperkenalkan oleh orang Parsi kepada [[Kerajaan Melayu Jambi]] yang terletak di utara Palembang, Sumatera, Indonesia, dan bertutur dalam bahasa Melayu klasik.<ref>John U. Wolff, ''Indonesian Readings'' Edition: 3, SEAP Publications: 1988: ISBN 0-87727-517-3:480 pages: pp343</ref><ref>Kratz, E. U. Southeast Asian Languages and Literatures: A Bibliographical Guide to Burmese, Cambodian, Indonesian, Javanese, Malay, Minangkabau, Thai and Vietnamese. London, New York: Tauris Academic Studies, 1996.</ref><ref>R. B. Cribb, Audrey Kahin,''Historical dictionary of Indonesia'', Scarecrow Press: 2004: ISBN 0-8108-4935-6 583 pagespp 459</ref> Barangkalinya, mereka yang memeluk agama Islam memilih untuk menulis dalam abjad Jawi kerana ia berhubungkait rapat dengan kebudayaan Islam, daripada menggunakan [[tulisan Jawa]] yang diterbitkan daripada sistem-sistem tulisan yang digunakan di kawasan-kawasan beragama Hindu atau Buddha di Asia Selatan. Nama "[[Jawi]]" membayangkan [[Etimologi|akar umbinya]] di [[Jawa]], bak hujah sesetengah ilmuwan.<ref>Hans H. Wellisch ''The conversion of scripts, its nature, history, and utilization'': Wiley: 1978 ISBN 0-471-01620-9: 509 pages" pp95-96</ref> Bagaimanapun, oleh sebab tidak banyak ditemui meskipun memang pernah digunakan di Jawa, kemungkinan besar perkataan ''Jawi'' ini merupakan gelaran am bagi kawasan di bawah penguasaan atau pengaruh Jawa.<ref name="autogenerated1996">Ann Kumar, John H. McGlynn, Mastini Hardjoprakoso, Perpustakaan Nasional (Indonesia), ''Illuminations: the writing traditions of Indonesia : featuring manuscripts from the National Library of Indonesia'': Weatherhill: 1996 ISBN 0-8348-0349-6: 297 pages</ref> Selain itu, nama Jawi itu mungkin berpunca daripada kerajaan [[Javaka]] kuno yang merupakan pendahulu kerajaan-kerajaan [[Majapahit]] dan [[Srivijaya]] yang pernah menjalin hubungan dengan saudagar dan mubaligh Arab.<ref>Notes on the ancient history of Southeast Asia, Kuwata Rokuro, Memoirs of the Faculty of Literature, Osaka University, ISSN 04721373</ref>
 
Tinggalan tulisan Jawi purba yang terawal ditemui pada [[Batu Bersurat Terengganu]] yang bertarikh 1303 M (702 [[Takwim Hijrah|H]]) dan juga ''Syair Bidasari'' tulisan sekitar 1300–1399 M yang ditemui di Sumatera,<ref>[[W.R. van Hoëvell|Hoevell, WR van]], ''Sjair Bidasari: Een Oorspokelijk Malesich Gedicht'', Verhandilengen van het Koninklijk Bataviaasch Genootschap van Kunsten en Wetnschappen, 1843</ref> sementara penggunaan terawal [[abjad Rumi]] untuk bahasa Melayu datang dari akhir abad ke-19.
 
Kawasan Terengganu berada dalam lingkungan pengaruh Srivijaya selewat abad ke-13, sementara Kesultanan Terengganu hanya diasaskan seawal abad ke-18. Ini menguatkan hujah bahawa tulisan Jawi berasal dari Jambi<ref name="autogenerated1955">Bagian Kesenian Bara Ai Ksusasteraan IndonesiaL Catatan-Catatan Tentang Amir Hamza:Bagain Kesenian Kemeterian Pendidak dan Kubudayaan, Yogyakarta: 1955</ref> oleh kerajaan abdi [[Pasai]] di bawah Srivijaya.<ref name="autogenerated1996"/><ref name="autogenerated1955"/>
 
===Penyebaran dan perkembangan tulisan Jawi===
Tulisan Jawi berkembang pesat sejajar dengan penyebaran Islam, setelah bangsa Melayu mendapati bahawa [[tulisan Pallava]] yang digunakan mereka selama ini tidak sesuai sekali sebagai wahana penyebaran perihal agama baru ini. Orang Melayu memandang tinggi tulisan Jawi sebagai gerbang kepada pemahaman Islam dan kitab sucinya, [[al-Qur'an]]. Penggunaan tulisan Jawi merupakan faktor utama yang memangkin kebangkitan bahasa Melayu sebagai serantau di samping penyebaran agama Islam.<ref name="autogenerated2007">''An overview of Jawi's origin in Brunei'', Brunei Times article dated July 16, 2007</ref> Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negeri-negeri kesultanan [[Kesultanan Melaka|Melaka]], [[Kesultanan Johor|Johor]], [[Kesultanan Brunei|Brunei]], [[Kesultanan Sulu|Sulu]], [[Kesultanan Patani|Patani]], [[Kesultanan Aceh|Ache]] dan [[Kesultanan Ternate|Ternate]] seawal abad ke-15, untuk tujuan surat-menyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama saudagar di pelabuhan Melaka. Ikhtisar-ikhtisar perundangan purbakala seperti [[Hukum Kanun Melaka]] dan bahan-bahan terbitannya, termasuk Hukum-Hukum Kanun Johor, Kedah dan Brunei semuanya ditulis dalam Jawi. Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi merupakan bahasa perantaraan seluruh lapisan masyarakat, baik para raja, bangsawan, ilmuwan agama mahupun orang keramaian, di samping menjadi lambang tradisi kebudayaan dan tamadun Melayu. Proses pengislaman rantau Melayu telah melariskan abjad Jawi sebagai sistem tulisan yang paling berkuasa.<ref name="autogenerated3">''The Legacy of Malay Letter'', Annabel Teh Gallop, [[The British Library]] dan [[Arkib Negara Malaysia]], ISBN 0-7125-0376-6</ref>
 
Sebagai contoh, surat-surat diraja ditulis, dihiasi dan disampaikan dengan penuh istiadat. Contoh-contoh surat diraja yang masih terpelihara ialah surat antara Sultan Abu Hayat dari [[Kesultanan Ternate|Ternate]] dan Raja [[João III dari Portugal]] (1521); surat daripada [[Sultan Iskandar Muda dari Aceh]] kepada Raja [[James I dari England]] (1615); dan surat daripada [[Sultan Abdul Jalil IV]] dari Johor kepada Raja [[Louis XV dari Perancis]] (1719).<ref name="autogenerated3"/> Kebanyakan karya sastera baik hikayat, puisi mahupun prosa bertulisan Jawi. Ia merupakan kemuncak tamadun Melayu klasik. Antara karya-karya epik bersejarah yang dikarang oleh orang Melayu dalam tulisan Jawi termasuk ''[[Sulalatus Salatin]]'' (Sejarah Melayu) yang tersenarai dalam Kenangan Dunia oleh [[UNESCO]], dan puisi-puisi [[Sufi]] karya [[Hamzah Fansuri]] antara lainnya yang menyumbang kepada kekayaan dan kedalaman tamadun Melayu.
 
Sewaktu zaman penjajahan, tulisan Jawi masih menguasai Kepulauan Melayu, terutamanya dalam bidang sastera dan kesenian, teologi, falsafah dan mistik Islam, perdagangan, dan juga perundangan negeri. Tulisan Jawi merupakan abjad rasmi [[Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu]] sewaktu zaman naungan British. Apatah lagi, [[Pemasyhuran Kemerdekaan]] 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.
 
Bagaimanapun, salah satu kelemahan utama amalan penulisan Jawi ialah ketidakseragaman sesama pengguna dari segi ejaan, yang mana menurut [[Zainal Abidin Ahmad|Pendeta Za'ba]], "kebiasaan penulis-penulis yang ramai ... ada banyak tentangnya yang berlain-lain pada lain-lain orang",<ref>Za'ba, Daftar Ejaan Melayu, Tanjung Malim: Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris Training College, 1949, ms. 11.</ref> apatah lagi terdapat ketidaksepakatan sesama kamus-kamus bahasa Melayu yang sedia pada zaman dahulu. Hal inilah yang mendorong beliau untuk menggubal satu sistem ejaan Jawi yang baru pada tahun 1938.<ref>[http://www.ashtech.com.my/koleksi_digital/konvension/Display&f=jawi00077.htm كونوينشن توليسن جاوي > Peranan Za'ba Dalam Mengasaskan Teknik Tulisan Jawi>6. Sistem Ejaan Jawi Za'ba] {{Webarchive|url=https://web.archive.org/web/20090911033051/http://www.ashtech.com.my/koleksi_digital/konvension/Display%26f%3Djawi00077.htm |date=2009-09-11 }}, Koleksi Digital. Dicapai pada 7 Feb 2012.</ref>
 
==Penggunaan zaman kini==
{{Pandangan berkecuali}}
Semenjak tulisan Rumi semakin bertapak di dunia Melayu, tulisan Jawi kini dipelihara terutamanya untuk wacana keagamaan dan kebudayaan Melayu<ref>[http://exhibitions.nlb.gov.sg/aksara/3/gallery-3.html AKSARA-The Passage of Malay Scripts]. Exhibitions.nlb.gov.sg. Retrieved on 2010-10-26.</ref> di negeri-negeri [[Terengganu]], [[Kelantan]], [[Kedah]], [[Perlis]], [[Pahang Darul Makmur|Pahang]] dan [[Johor]] di Malaysia, [[Patani]] di Thailand,<ref name="autogenerated2007"/> dan juga [[Wilayah Sulu|Sulu]] dan [[Bandaraya Marawi|Marawi]] di [[Filipina]]. Pelbagai usaha dijalankan untuk menghidupkan kembali tulisan Jawi di Malaysia dan Brunei disebabkan peranannya yang penting dalam lingkungan budaya Melayu dan Islam, misalnya "Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan" sebagai ganti ejaan Za'ba yang diperkenalkan oleh [[Dewan Bahasa dan Pustaka]] pada tahun 1986.<ref>Ismail bin Dahaman, ''[http://www.scribd.com/doc/38634671/Pedoman-Ejaan-Jawi-Yang-Disempurnakan-1986 Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan]'', Dewan Bahasa & Pustaka, 1986. Diterima pada 7 Februari 2012.</ref> Tulisan Jawi juga kelihatan di muka belakang wang kertas [[Ringgit Malaysia]] dan [[Ringgit Brunei]].
 
<blockquote class="toccolours" style="text-align:justify; width:45%; float:right; padding: 10px; display:table; margin-left:10px;">"Kita tidak perlu membuang atau meninggalkan tulisan Jawi walaupun Melayu amnya menggunakan tulisan Rumi. Ini adalah kerana tulisan Jawi adalah kepunyaan kita dan merupakan sebahagian daripada warisan kita."
<p style="text-align: right;">— Perhatian penuh mengenai nasib tulisan Jawi oleh tokoh [[bahasa Melayu]] [[Za'ba|Pendeta Za'ba]] dalam mukadimah buku ''Panduan Membaca dan Menulis Jawi'' (1957) <ref>[http://exhibitions.nlb.gov.sg/aksara/4/gallery-4-p6.html AKSARA-The Passage of Malay Scripts]. Exhibitions.nlb.gov.sg. Retrieved on 2010-10-26.</ref><ref>[http://cyberita.asia1.com.sg/rencana/story/0,3617,197466,00.html Bakti pendeta Za'ba]. Cyberita, 19 September 2011. Dicapai pada 7 Februari 2012.</ref> </blockquote>
 
Mengimbau kembali akar-umbinya di zaman kerajaan Majapahit,<ref>Rediscovering the royal capital of Majapahit, Gomperts, Amrit. , The Newsletter No.53 Spring 2010</ref> Indonesia kurang berminat dengan tulisan Jawi yang dipandang oleh masyarakat setempat sebagai "kampungan" dan tidak seanggun, seindah dan semasyhur [[tulisan Jawa]].<ref>Bagian Kesenian Bara Ai Kesusasteraan Indonesia Catatan-Catatan Tentang Amir Hamza:Bagian Kesenian Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan, Yogyakarta: 1955</ref> Walau apapun, tulisan Jawi masih digunakan secara meluas di madrasah-madrasah tradisional di seluruh [[Jawa]], tetapi dalam bentuk lainan yang bernama [[Pegon]].
 
Adanya perasaan gusar yang dirasai dalam sesetengah lingkungan mengenai keadaan tulisan Jawi yang dianggap "tenat" dari segi pengutamaannya dalam penggunaan seharian;, pakar bahasa dan persuratan Melayu daripada [[Universiti Kajian Luar Busan]], Prof Dr. Kang Kyoung Seok ada berkata dalam suatu wawancara dengan ''Utusan Malaysia'' pada 2012; "Malaysia perlu mendidik generasi muda dalam tulisan Jawi. Sekarang terlalu ramai pakar saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi nanti?"<ref>{{Cite web |url=http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm |title=UtusanOnline - Pensyarah Korea bimbang tulisan Jawi semakin dilupakan |access-date=2012-01-29 |archive-date=2012-02-01 |archive-url=https://web.archive.org/web/20120201031910/http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm |url-status=dead }}</ref>
 
=== Di Malaysia ===
Tulisan Jawi tidak sahaja menjadi kebiasaan dalam papan tanda perniagaan serata negeri [[Kedah]] di Malaysia,<ref name="kedahmb">{{cite news|url=https://www.thestar.com.my/news/nation/2008/08/26/kedah-mb-defends-use-of-jawi-on-signboards|title=Kedah MB defends use of Jawi on signboards|date=26 August 2008|access-date=20 December 2020|work=[[The Star (Malaysia)|The Star]]}}</ref> malah mendapat sokongan daripada kerajaan negeri tersebut<ref name="kedahmb" /><ref name="kedahbillboard">{{cite news|url=https://www.sinarharian.com.my/article/62885/EDISI/Utara/Kedah-galak-papan-iklan-tulisan-jawi|title=Kedah galak papan iklan tulisan jawi|last1=Hashim|first1=Roslinda|date=21 December 2019|access-date=20 December 2020|work=[[Sinar Harian]]}}</ref><ref name="kedahsupportjohor">{{cite news|url=https://www.nst.com.my/news/nation/2019/09/518043/kedah-supports-use-jawi-official-dealings|title=Kedah supports use of Jawi in official dealings|author=Mohd Noor Aswad|date=2 September 2019|access-date=20 December 2020|work=[[New Straits Times]]}}</ref> sebagai suatu cadangan disyorkan dan diwartakan dalam undang-undang negeri Kedah.<ref name="kedahbillboard" /><ref name="kedahbillboard" /> Bahkan, terdapat juga permintaan yang tinggi dalam menerapkan tulisan Jawi dalam periklanan serata negeri Kedah.<ref name="kedahbillboard" />
 
Kota [[Kuantan]] di negeri [[Pahang Darul Makmur|Pahang]] memperkenalkan pelaksanaan mewajibkan tulisan Jawi (mendampingi tulisan lain seperti Rumi dan Cina) pada 1 Ogos 2019<ref>{{cite news|url=https://www.nst.com.my/news/nation/2019/04/480675/kuantan-introduce-jawi-signages-aug-1|title=Kuantan to introduce Jawi signages from Aug 1|last1=Tajuddin|first1=Siti Insyirah|date=18 April 2019|access-date=19 April 2020|work=[[New Straits Times]]}}</ref> atas titah cadangan Sultan Pahang [[Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah|Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah]] yang turut memangku kerusi Yang Dipertuan Agong pada ketika itu;<ref>{{cite news|url=https://www.malaymail.com/news/malaysia/2018/11/26/kuantan-to-use-jawi-in-road-signs-from-2019/1697066|title=Kuantan to use Jawi in road signs from 2019|last1=Lim|first1=Ida|date=26 November 2018|access-date=19 April 2020|work=[[Malay Mail]]}}</ref> arahan ini kemudiannya diluaskan ke seluruh negeri Pahang bermula pada 1 Januari 2020.<ref>{{cite news|url=https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2019/11/23/no-extension-for-use-of-jawi-on-signage-in-pahang|title=No extension for use of Jawi on signage in Pahang|date=23 December 2019|access-date=19 April 2020|work=[[The Star (Malaysia)|The Star]]}}</ref> Pelaksanaan ini dilakukan secara berperingkat membenarkan [[pelekat]] sebagai bahan perumah sementara sebelum penukaran papan tanda pada lain masa sempat,<ref>{{cite news|url=https://www.nst.com.my/news/nation/2020/01/554336/jawi-signage-pahang-stickers-allowed-now|title=Jawi signage in Pahang: Stickers allowed, for now|last1=Alagesh|first1=T.N.|date=7 January 2020|access-date=19 April 2020|work=[[New Straits Times]]}}</ref> pengabaian undang-undang ini akan dikenakan denda maksimum RM250 serta juga penarikan lesen perniagaan sekiranya pelanggaran berterusan.<ref>{{cite news|url=https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/12/31/pahang-govt-firm-action-to-be-taken-against-business-premise-owners-who-fai/1823576|title=Pahang govt: Firm action to be taken against business premise owners who fail to use jawi signage|date=31 December 2019|access-date=19 April 2020|work=[[Malay Mail]]}}</ref>
 
=== Di Indonesia ===
Tulisan Jawi diiktiraf secara serantau di kawasan-kawasan berpopulasi suku yang menggunakan tulisan ini menulis bahasa ibunda baik termasuk dialek Melayu serantau (seperti provinsi [[Riau]] dan [[Kepulauan Riau|Kepulauan-nya]], [[Jambi]],[[Sumatera Selatan|Sumatera Selatan]]), [[bahasa Aceh]] ([[Aceh]]) dan [[bahasa Banjar]] ([[Kalimantan]]).<ref name="riaudailyphoto.com">[http://www.riaudailyphoto.com/2012/02/tulisan-arab-melayu-bagian-dari.html TULISAN ARAB MELAYU BAGIAN DARI KHAZANAH BUDAYA RIAU]</ref><ref>Bagian Kesenian Bara Ai Kesusasteraan Indonesia Catatan-Catatan Tentang Amir Hamza:Bagian Kesenian Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan, Yogyakarta: 1955</ref> Namun, "[[Tulisan Rumi|Aksara Latin]]" masih merupakan tulisan rasmi untuk perhubungan peringkat nasional di Indonesia.
 
== Jadual huruf ==
Baris 152 ⟶ 223:
# Huruf <big>ۏ</big> diperkenalkan pada tahun 1983 untuk mewakili huruf <code><big>v</big></code>.
# Huruf <big>ء</big> ¾, iaitu hamzah yang berada 3/4 dari garis asas diperkenalkan pada tahun 1983. Ia digunakan pada perkataan berimbuhan seperti <big>كبڠسا{{ء}}ن</big> dan bagi perkataan bervokal berganding, bergabung dan diftong a-i, a-e, a-u, a-o, u-i dan o-i seperti '''سا{{ء}}وه''' dan '''ستيا{{ء}}وسها'''. Selain daripada itu, ia juga digunakan bagi ejaan nama atau istilah kaum bukan Melayu seperti '''{{ء}}وڠ'''. Namun, [[Unicode]] belum menyertakan huruf Hamzah ¾ dalam versi Unicode terkini. Kebanyakan pengguna menggunakan kaedah superskrip untuk mengubah kedudukan huruf tersebut. Sesetengah fon seperti Jawi Uthman Taha memaparkan Hamzah ¾ apabila huruf Hamzah Setara diletakkan pada kawasan yang perlukan huruf itu untuk berubah menjadi Hamzah ¾.
 
== Menulis Jawi di komputer ==
Untuk menulis Jawi di komputer, pengguna perlukan empat komponen;
* sistem komputer yang menyokong [[Unicode|UNICODE]]
* fon yang mempunyai huruf-huruf jawi
* papan kekunci yang membolehkan pengguna memasukkan huruf-huruf jawi
* perisian yang menyokong tulisan kanan-ke-kiri
 
Anda tidak perlukan sebarang perisian istimewa atau yang mahal untuk menulis jawi.
 
=== Sistem komputer ===
Sistem pengoperasian Vista/XP menyokong UNICODE, dan ini membolehkan pengguna menulis jawi dengan mudah. Dalam penulisan jawi di Vista/XP, ia memerlukan enjin paparan yang akan memaparkan tulisan jawi secara betul. Pada XP, enjin ini aalah ''C:\Windows\system32\usp10.dll''. Versi yang digunakan ialah versi 1.40. Versi ini menyokong penulisan kanan-ke-kiri tetapi tidak dapat memaparkan semua huruf jawi dengan betul. Contohnya, pengguna tidak boleh memaparkan huruf 'gaf' atau 'kaf' dengan betul.
 
Pada Vista, enjin ''usp10.dll'' ialah versi 1.61, dan enjin ini menyokong semua huruf jawi dengan betul. Anda boleh menukar ''usp10.dll' anda kepada versi yang terkini.
 
Untuk sistem pengoperasian Windows 7, anda boleh menulis Jawi tanpa sebarang masalah. Sistem ini mempunyai banyak fon yang mempunyai huruf Jawi seperti ''Times New Roman'', dan ''Arabic Typesetting''.
 
Perisian [[Linux]] juga menyokong UNICODE dan dengan itu menyokong penggunaan jawi. Dua jenis fon percuma yang dapat digunakan ialah ''Scheherazade New'' dan ''Lateef''<ref>[http://www.jawiware.org/papers] Kertas penulisan pencipta Jawiware </ref> yang dihasilkan ''Summer Institute of Linguistics, Inc (SIL)''.<ref>SIL ialah sebuah organisasi mubaligh Kristian. [http://www.sil.org/sil/ Laman SIL] {{Webarchive|url=https://web.archive.org/web/20051124141723/http://www.sil.org/sil/ |date=2005-11-24 }}</ref> Kedua-dua fon menyokong Jawi sepenuhnya.
 
=== Papan kekunci Jawi ===
Kini, SIRIM telah menyiapkan satu piawai untuk susunatur papan kekunci untuk Jawi. Papan kekunci cadangan ini diasaskan pada papan kekunci Arab (Saudi Arabia). Papan kekunci ini menambahkan 8 huruf untuk menulis Jawi. Huruf-huruf ini diletakkan pada kedudukan huruf Arab yang tidak digunakan dalam Jawi seperti tanda kasrah, damma dan fatthah.
 
Bagi peranti Windows 7 dan seterusnya, susun atur papan kekunci Jawi boleh diperolehi di sini [http://www.jawiware.org/ laman ini]. Pengguna juga boleh mereka-cipta papan kekunci dengan mudah menggunakan perisian MSKLC.
 
=== Perisian ===
Kebanyakan perisian dewasa ini menyokong UNICODE dan tulisan kanan-ke-kiri. Contohnya, [[OpenOffice]] (percuma dan berdasarkan sumber terbuka), [[Microsoft Office]], notepad.exe and wordpad.exe. Anda tidak perlukan sebarang perisian mahal untuk menulis Jawi.
 
== Contoh ==