Amsyar (drama): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ikatancinta (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Ikatancinta (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 21:
'''''Amsyar''''' ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Murali Abdullah, dibintangi oleh [[Elly Mazlein]], [[Ben Ladin]] dan [[Redza Rosli]]. Siri ini memulakan tayangan perdana di [[Slot Azalea]], [[TV9]] bermula 27 Oktober 2016 menggantikan [[Samudera Rindu]]. <ref>[http://www.myinfotaip.com/2016/10/amsyar-tv9.html?|title= Drama Amsyar]. MyInfoTaip. Dicapai pada 11 April 2017 </ref>
 
== Sinopsis==
Mengisahkan Amsyar ([[Ben Ladin]]) yang merupakan anak tunggal kepada Farid (Kairul Nizam) dan Arfah ([[Faralyna Idris]]). Selepas pemergian ibu bapanya, tiada siapa yang hendak menjaganya. Apatah lagi Amsyar masih muda dan masih bersekolah.
{{spoiler}}
 
Mengisahkan Amsyar ([[Ben Laden]]) yang merupakan anak tunggal kepada Farid ([[Khairul Nizam]]) dan Arfah ([[Faralyna Idris]]). Selepas pemergian ibu bapanya, tiada siapa yang hendak menjaganya. Apatah lagi Amsyar masih muda dan masih bersekolah rendah. Amsyar menumpang duduk di rumah bapa saudara sebelah ayahnya. Bapa saudaranya bernama Azhar ([[Hairi Safwan]]). Dia tidak menyukainya dan cukup membenci terhadap Amsyar. Dia bukan sahaja sering memarahinya malah hampir setiap hari menderanya baik fizikal mahupun mental. Amsyar semakin tertekan hari demi hari dan kali ini dia telah melarikan diri ke rumah seorang lagi bapa saudaranya (pak ngah), Shahrul ([[Redza Rosli]]). Tetapi isterinya, Lia ([[Juedian Omar]]) tidak menyukainya dan mengangap dia adalah satu bebanan. Shahrul tidak sampai hati untuk menghantar Amsyar ke rumah anak-anak yatim. Amsyar tidak mahu menyusahkan pak ngahnya, lalu dia mengambil keputusan untuk menetap di sebuah rumah yang menempatkan anak-anak yang kurang bernasib baik sepertinya. Malangnya, Teratak Kasih itu tidak dapat menerima penghuni baharu pada ketika itu. Jadi terpaksalah dia berpindah-randah ke rumah ahli keluarga yang membencinya itu dan terus terseksa. Kehidupan Amsyar amat derita dan dia diperlakukan seperti bola.
Apabila hendak menumpang duduk di rumah bapa saudaranya ada sahaja yang tidak menyukainya. Adik beradik kepada arwah ayahnya cukup benci akan Amsyar. Mereka bukan sahaja sering memarahinya, malah menderanya dan memikulnya semahu hati.
 
Tiada sesiapa yang ingin menjaganya kecuali Shahrul ([[Redza Rosli]]), Pak Ngahnya. Isteri Shahrul, Lia (Juedian Omar) langsung tidak menyukainya dan mengangap dia adalah satu bebanan. Shahrul tidak sampai hati untuk menghantar anak saudaranya itu ke rumah anak-anak yatim.
 
Tidak ingin menyusahkan bapa saudaranya, Amsyar lebih rela menetap di sebuah rumah yang menempatkan anak-anak yang kurang bernasib baik sepertinya. Malangnya, Teratak Kasih itu tidak dapat menerima penghuni baharu pada ketika itu. Jadi terpaksalah dia berpindah-randah ke rumah ahli keluarga yang membencinya itu dan terus terseksa. Kehidupan Amsyar amat derita dan dia diperlakukan seperti bola.
 
Amsyar pernah jatuh sakit dan pengsan akibat tidak tahan dengan penderaan yang diharunginya. Siapakah Amysar ini? Adakah penderaan akan berakhir?
 
==Pelakon==