Maharaja Lawak Mega: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pertukaran alamat blog aku
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Polar (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 113.210.117.35 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Mrdanishirfann
Teg: Undur
Baris 49:
}}
 
'''Maharaja Lawak Mega '''merupakan sebuah program realiti bersiri terbitan Astro, arahan '''APSB/Homegrown''' yang menggabungkan pelawak-pelawak dan pelakon komedi profesional terbaik dari [[Brunei]], [[Indonesia]], [[Malaysia]] dan [[Singapura]] untuk melahirkan seorang pelawak serba boleh dalam mencetuskan sebuah komedi pentas terunggul serta platform memperkembangkan jenaka mereka ke tahap yang lebih tinggi. Ia juga merupakan kesinambungan rancangan [[Maharaja Lawak]] setelah menobatkan seorang pelawak terunggul daripada penyertaan semua finalis [[Raja Lawak]] iaitu '''Kumpulan Sepah''' pada tahun 2011<ref>[http://ezany-kun.com/12-peserta-maharaja-lawak-2011-astro-warna-132-video/ 12 Peserta Maharaja Lawak 2011]. Ezany-kun.com. 1 April 2011</ref>. Dato' [[AC Mizal|AC Mizal]] diangkat sebagai pengacara tetap Maharaja Lawak Mega. Penyertaan pelawak adalah bebas (terbuka kepada semua pelawak), mereka boleh membentuk kumpulan sendiri samaada kumpulan sedia ada atau membentuk gabungan baru yang lebih hebat (kumpulan baru), serta beraksi secara solo<ref>[http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/articleId/100870/Bebas-Bentuk-Kumpulan-Sendiri-.aspx/ Bebas bentuk kumpulan sendiri, Kekal format terdahulu]. astrogempak. 29 Oktober 2013</ref>. Pemilihan pelawak juga berdasarkan kepada pilihan pihak produksi dan cabaran Hot Seat bagi melengkapkan jumlah senarai teratas. Lebih hebat, apabila 4 orang juri tetap yang akan mengadilinya setiap musim ini berlainan latarbelakang, gabungan juri dari tiga buah negara semestinya menarik perhatian dan penuh dengan kejutan. 70% undian mereka disalurkan melalui juri tetap manakala 30% lagi adalah daripada undian penonton. Siapakah pelawak yang bakal menjadi paling terbaik di mata penonton?. Rancangan ini telah memulakan musim pertamanya pada 28 Oktober 2011, hari Jumaat menerusi saluran [[Astro Warna]] (saluran 107) sekaligus menjadikan hari Jumaat sebagai hari rasmi penyiaran rancangan ini. Kumpulan Bocey telah mencatat sejarah apabila menjadi kumpulan pertama yang berjaya menjadi juara Maharaja Lawak Mega dua tahun berturut-turut pada edisi 2016 & 2017.
 
== Juara Maharaja Lawak Mega ==