Portal:Politik/Rencana pilihan/1: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
26 Ramadan (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{TFAIMAGE|Israel USA Locator.svg|Lokasi Amerika Syarikat (jingga) dan Israel (hijau tua)|size=200px}} '''Hubungan Amerika Syarikat–Israel''' (Tulisan Jawi: '''هوبوڠن اميريك شريكت–إسرائيل''') merupakan faktor penting dalam dasar Amerika Syarikat di Timur Tengah. Kongres Amerika Syarikat meletakkan keutamaan dalam hubungan dua hala yang erat dan saling tolong-menolong. Sokongan ketara ke atas Israel adalah...'
 
(Tiada perbezaan)

Semakan semasa pada 03:06, 19 September 2021

Lokasi Amerika Syarikat (jingga) dan Israel (hijau tua)

Hubungan Amerika Syarikat–Israel (Tulisan Jawi: هوبوڠن اميريك شريكت–إسرائيل) merupakan faktor penting dalam dasar Amerika Syarikat di Timur Tengah. Kongres Amerika Syarikat meletakkan keutamaan dalam hubungan dua hala yang erat dan saling tolong-menolong. Sokongan ketara ke atas Israel adalah pemberian bantuan luar yang sentiasa dipantau oleh Kongres selain daripada isu lain yang yang timbul dalam hubungan dua hala. Sikap mengambil berat Kongres ini telah mempengaruhi dasar pentadbiran dalam jangka masa lebih kurang 60 tahun sehingga ke hari ini.

Hubungan dua hala ini telah berkembang dari dasar bersimpati dengan nasib Yahudi dan sokongan untuk penubuhan satu negara Yahudi pada tahun 1948 ke satu perkongsian luar biasa yang menghubungkan negara kecil tetapi kuat dari segi ketenteraan iaitu Israel, kepada kebergantungan dengan Amerika Syarikat untuk kekuatan ekonomi dan ketenteraannya, pada masa yang sama kuasa besar seperti Amerika Syarikat untuk mengimbangi kepentingannya di rantau Timur Tengah. Sesetengah warga Amerika mempersoalkan komitmen yang diberikan kepada Israel, dan berhujah bahawa komitmen ini bertentangan dengan hubungan di antara A.S. dengan negara-negara Arab yang lain. Selebihnya pula berpendapat bahawa negara demokrasi Israel merupakan sekutu strategik dan hubungan dua hala, dengan Israel memperkuatkan pengaruh Amerika di Timur Tengah. Israel merupakan salah satu daripada dua negara sekutu asal bukan dari gabungan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Timur Tengah. Kini terdapat tujuh negara sekutu bukan NATO di Timur Tengah Besar. (Rencana penuh...)

Rencana pilihan lain di: Wikipedia, Portal · Sunting