Perbezaan antara semakan "Perikatan Nasional"

[[Parti Gerakan Rakyat Malaysia]] telah diterima sebagai parti komponen kelima terbaharu dalam Parti Perikatan Nasional setelah mendapat sokongan penuh Majlis Tertinggi Parti Perikatan Nasional. Pengerusi Parti Perikatan Nasional, [[Tan Sri Muhyiddin Yassin]] telah menyerahkan surat pernyataan penerimaan parti tersebut di [[Perdana Putra]] kepada Presidennya, [[Dominic Lau Hoe Chai]] pada 11 Februari 2021, sehari sebelum perayaan [[Tahun Baru Cina]].<ref>[https://www.astroawani.com/berita-politik/gerakan-diterima-sertai-perikatan-nasional-282477 Gerakan diterima sertai Perikatan Nasional]</ref>
 
[[Parti Liberal Demokratik]] telah menyatakan hasrat untuk membuat permohonan untuk menjadi salah satu daripada parti komponen dalam Perikatan Nasional pada 28 Mac 2021 lalu.<ref>[https://www.astroawani.com/berita-malaysia/majlis-tertinggi-ldp-lulus-usul-sertai-pn-presiden-290555 Majlis Tertinggi LDP lulus usul sertai PN - Presiden]</ref> Bagaimanapun, Pengerusi Perikatan Nasional Sabah, [[Hajiji Noor]] berkata akan menimbangkan dengan sewajarnya permohonan tersebut.<ref>[https://www.sinarharian.com.my/article/130879/BERITA/Politik/Keputusan-LDP-sertai-PN-akan-dipertimbangkan-Hajiji Keputusan LDP sertai PN akan dipertimbangkan: Hajiji]</ref>
 
Perikatan Nasional terus menjadi parti utama dalam pembentukan kerajaan baharu Malaysia yang dipimpin oleh [[Perdana Menteri Malaysia]], [[Ismail Sabri Yaakob]] dari [[Barisan Nasional]]. Beliau merupakan pemimpin pertama yang bukan dari kalangan Pengerusi Barisan Nasional dan [[Presiden UMNO]] yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ketika menjawat jawatan sebagai [[Naib Presiden UMNO]].