Di-Belakang Tabir: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Umpama (bincang | sumb.)
k Umpama telah memindahkan laman Filem Di-Belakang Tabir ke Di-Belakang Tabir melalui lencongan
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 28:
 
== Ringkasan ==
Osman dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama sepuluh tahun atas kesalahan membunuh yang tidak dilakukannya. Dua orang pemuda, Ali dan Hassan telah menangkap Osman setelah dia keluar dari penjara dan dibawa bertemu dengan ketua mereka, Karim yang juga abang kepada Osman. Osman dibelasah sehingga pengsan dan dicampakkan ke dalam sungai. ASP Azman ditugaskan menyiasat perkara tersebut. Faridah, isteri ASP Azman, terjumpa Osman ketika dia ke klinik yang kebetulan merawat Osman yang cedera. Osman mengesyaki bahawa Faridah sebenarnya adalah Hamidah, teman wanitanya sebelum dipenjarakan dahulu. Osman cuba membuktikan bahawa Hamidah sedang menyamar sebagai Faridah, dan semua yang terjadi ada kaitannya dengan kumpulan mafia yang diketuai oleh Karim. ASP Azman turut mengesyaki isterinya yang berkelakuan seperti menyembunyikan sesuatu setelah kehadiran Osman.
 
Cerita ini mengisahkan konflik pembunuhan yang dirancang untuk membolot harta peninggalan. Cerita ini sarat dengan mesej-mesej yang berat seperti tentang korupsi orang atasan, tentang agama, politik dan kehancuran rumah tangga kerana seks. Cerita ini sangat jarang ditayangkan mungkin kerana filem ini terlalu radikal kerana menyentuh politik dan seks.