Perbezaan antara semakan "Higroskopi"

1,016 bait ditambah ,  13 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
(Laman baru: '''Higroskopi''' adalah kemampuan suatu bahan untuk menyerap molekul air dari lingkungannya baik melalui serapan atau jerapan. Suatu bahan disebut ''higroskopik''...)
 
'''Higroskopi''' adalah kemampuan suatu [[bahan]] untuk menyerap [[molekul]] [[air]] dari [[lingkungan]]nya baik melalui [[serapan]] atau [[jerapan]]. Suatu bahan disebut ''higroskopik'' jika bahan itu mempunyai kemampuan menyerap molekul air yang baik. Contoh zat-zat higroskopik adalah [[madu]], [[gliserin]], [[etanol]], [[metanol]], [[asid sulfat]] pekat, dan [[natrium hidrokida]] pekat. [[Kalsium klorida]] merupakan bahan yang sangat higroskopi, sehingga kalsium klorida akan [[larutan|larut]] dalam molekul-molekul air yang diserapnya. Fenomena tersebut disebut juga sejenis '''pelembapcairan'''. Disebabkan bahan-bahan higroskopik memiliki [[afiniti]] yang kuat terhadap [[kelembapan]] [[atmosfera|udara]], biasanya mereka disimpan dalam bekas tertutup. Beberapa bahan higroskopik juga ditambahkan pada makanan atau bahan-bahan tertentu untuk menjaga kelembapannya. Bahan-bahan ini disebut [[pelembap]].
 
Setiap [[bahan]] memiliki sifat higroskopi yang berbeza-beza. Contoh yang umum adalah pada kulit buku. Seringkali pada tempat yang lembap, kulit sebuah buku melengkung. Hal ini disebabkan bahagian dalam kulit lebih menyerap kelembapan (lebih higroskopik), daripada bahagian luar, bahagian luar menjadi lebih luas, menyebabkan tegangan yang membengkokkan kulit tersebut keluar. Fenomena ini mirip dengan fenomena [[dwilogam]]. Pengaruh kelembapan udara terhadap keadaan suatu bahan dapat dinyatakan dalam pekali pengembangan higroskopik atau pekali pengecutan higroskopik. Perbezaan kedua-dua pekali ini terletak pada tanda positif dan negatif yang digunakan.
 
[[Kategori:Sifat kimia]]
 
[[ar:هيجروسكوبية]]
[[da:Hygroskopi]]
[[de:Hygroskopie]]
[[en:Hygroscopy]]
[[es:Higroscópico]]
[[et:Hügroskoopsus]]
[[fr:Hygroscopique]]
[[it:Igroscopia]]
[[ja:吸湿性]]
[[lt:Higroskopija]]
[[nl:Hygroscopisch]]
[[pl:Higroskopijność]]
[[pt:Higroscopia]]
[[ru:Гигроскопичность]]
[[sv:Hygroskopisk]]
50,479

suntingan