Ahmad Razali Mohd Ali: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
InternetArchiveBot (bincang | sumb.)
Rescuing 2 sources and tagging 2 as dead.) #IABot (v2.0.8.1
Baris 30:
Isterinya dua orang iaitu Puan Sri Zaleha Abd. Kadir dan Puan Sri Wan Mah Rejab dan mereka mempunyai 8 anak. Salah seorang anaknya ialah Ahmad Razlan.
 
Menantu Ahmad Razali iaitu Datuk Noorazman Adnan berhutang sebanyak RM 354,707.95 iaitu jumlah yang diputuskan oleh [[Mahkamah Sesyen]] [[Putrajaya]] pada 28 April 2010. Pada 4 November 2011, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif mengekalkan perintah [[Mahkamah Tinggi]] agar dia membayar ganti rugi RM 150,000 kepada rakan kongsinya (Mohd Fazzrul Amri Abdul Aziz) kerana didapati memungkiri perjanjian.<ref>[{{Cite web |url=http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_03.htm |title=Mahkamah batal permohonan menantu bekas MB Selangor] |access-date=2011-11-12 |archive-date=2011-11-05 |archive-url=https://web.archive.org/web/20111105235824/http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_03.htm |url-status=dead }}</ref>
 
==Politik==
Ahmad Razali menyertai [[UMNO]] sejak 1946 ketika berusia 18 tahun. Beliau pernah menjadi [[Penghulu]] Mukim Hulu Klang/[[Ampang]] (1951-1964). Dalam Pilihan raya kecil DUN Kampung Baru 1967 beliau menang atas tiket parti Perikatan. Dr Mahathir Mohamad memberi kepercayaan kepada abang iparnya itu untuk menjadi [[Menteri Besar Selangor]] (1982-1986).<ref>Who's who in Malaysia and guide to Singapore' oleh [[John Victor Morais]], hlm 20</ref> Sebenarnya Ahmad Razali tidak ada pengalaman dan tidak terkenal dalam UMNO Selangor, tetapi diberi jawatan tinggi oleh Dr Mahathir Mohamad. Lantas beliau hanya memerintah Selangor cuma sepenggal sahaja.
 
Dalam suatu mesyuarat UMNO di Dewan Kampung Pandan, berlaku beberapa kekecohan dan kerusi telah dibaling kepadanya.<ref>[{{Cite web |url=http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30443:umno-selangor-umpama-bangkai-bernyawa&catid=90:mohd-rashidi-hasan&Itemid=128 |title=Umno Selangor umpama 'bangkai bernyawa'] |access-date=2011-11-12 |archive-date=2011-04-26 |archive-url=https://web.archive.org/web/20110426144101/http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30443:umno-selangor-umpama-bangkai-bernyawa&catid=90:mohd-rashidi-hasan&Itemid=128 |url-status=dead }}</ref>
 
Antara jasanya ialah menyediakan tempat tinggal kepada 300 keluarga Melayu di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur sewaktu beliau memegang jawatan Setiausaha UMNO Selangor. Beliau menyatupadukan masyarakat berbilang kaum selepas [[Peristiwa 13 Mei]] sewaktu menjadi Exco Kerajaan negeri Selangor ketika itu. Pada 12 Mei 1969, sekumpulan belia Kampung Baru berjumpa dengan Exco Ahmad Razali Ali agar bertindak terhadap perarakan kemenangan pasti pembangkang iaitu (Parti Gerakan dan Parti Buruh).
Baris 51:
Lembaga Disiplin UMNO terdiri daripada Tan Sri [[Zaki Azmi]] (pengerusi), Datuk [[Nakhaie Ahmad]] dan Tan Sri Ahmad Razali Mohd Ali. Pada 3 Mei 2001, lembaga menyiasat tuduhan Datuk [[Fauzi Abdul Rahman]] (UMNO [[Kuantan]]) bahawa Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Khalil Yaakob terbabit dalam politik wang serta penyelewengan dan [[SPRM|Badan Pencegah Rasuah]] sedang menyiasat. Khalil didakwa melakukan penyelewengan ketika menjadi [[Menteri Besar Pahang]].
 
Bahagian UMNO yang turut bermasalah ialah [[Silam]], [[Jelutong]], [[Bukit Bintang]] dan [[Gombak]]. UMNO Bukit Nenas dan Daya Bumi turut bermasalah.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0503&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm&arc=hive Politik wang: Pemimpin terbabit tidak dilindungi]{{Pautan putus|date=September 2021 |bot=InternetArchiveBot |fix-attempted=yes }}</ref>
 
==Meninggal dunia==
Pada 16 Mei 2001 beliau meninggal dunia kerana sakit jantung di [[Institut Jantung Negara]] (IJN) pada usia 73 tahun. Jenazah dibawa ke rumahnya di Taman Tun Abdul Razak di [[Ampang]], [[Selangor]] dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang. Turut hadir ziarah ialah mantan Perdana Menteri, Tun Dr. [[Mahathir Mohamad]] dan Tun Dr. [[Siti Hasmah Mohamad Ali]]. Lain-lain ialah Pemangku Raja Selangor, [[Tengku Idris Shah]] dan bekas [[Timbalan Perdana Menteri Malaysia]], Tun [[Ghafar Baba]]. Pengerusi Lembaga Disiplin Umno (2001) [[Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail]] turut hadir.
 
Semasa Perhimpunan Agung UMNO 2001, TPM , Datuk Seri [[Abdullah Ahmad Badawi]] merakamkan ucapan takziah kepada keluarga. Dato' Hormat Rafie juga meninggal dunia pada 30 Mei 2001.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm&arc=hive Ahmad Razali meninggal dunia selepas diserang sakit jantung]{{Pautan putus|date=September 2021 |bot=InternetArchiveBot |fix-attempted=yes }}</ref>
 
==Kenang jasa==