Baharuddin Omar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
InternetArchiveBot (bincang | sumb.)
Rescuing 1 sources and tagging 0 as dead.) #IABot (v2.0.8.1
Baris 24:
Baharuddin sememangnya berdarah seni. Beliau mewarisi bakat bapanya, seorang pelakon, walaupun mengalas tugas sebagai guru. Mula berkecimpung dalam pementasan teater sejak awal 50-an lagi, beliau pernah terlibat dengan persembahan bersama Persatuan Peseni Kuala Lumpur untuk menyambut kepulangan Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, dari kota London, pada tahun 1955 biarpun pada masa itu, pentas teater dimonopoli penggiat teater Inggeris dan peluang untuk penggiat Melayu untuk berkarya adalah amat tipis. Beliau merupakan pelakon teater membina nama bersama-sama [[Rahim Razali]], [[Ismail Hutson]] dan [[Rokiah Shafie]] <ref>http://www.sinarharian.com.my/hiburan/semangat-anjang-aki-1.5318</ref>.
 
Radio Televisyen Malaysia (RTM) mula menawarkan saya untuk berlakon pada tahun 1967 melalui drama "Tanah Pusaka" sebelum mewarnai drama popular seperti "Perajurit Pulang" (1968) dan "Bangsawan" (1970). Sejak itu beliau menjadi cukup popular di kaca televisyen kerana menghiasi banyak drama di slot Panggung RTM mahupun Slot Pekerti. Pada 1981 beliau telah dipilih untuk berlakon dalam satu drama bersiri bertajuk "Anjang Aki" yang ditulis oleh Abdul Mutalib Hassan dan diterbitkan oleh RTM di bawah arahan dan terbitan Aziz Abbas. Drama itu berterusan sehingga beberapa musim dan semenjak itu juga nama beliau begitu sinonim dengan gelaran Anjang Aki <ref>{{Cite web |url=http://ohms.uitm.edu.my/doc/baharuddin_omar.pdf |title=salinan arkib |access-date=2014-08-24 |archive-date=2016-03-04 |archive-url=https://web.archive.org/web/20160304215003/http://ohms.uitm.edu.my/doc/baharuddin_omar.pdf |url-status=dead }}</ref>. Beliau masih aktif berlakon hingga kini di kaca-kaca televisyen.
 
Biarpun tidak begitu aktif di dunia perfileman, nama Baharuddin pernah tercatat dalam pertandingan [[Festival Filem Malaysia ke-2]] apabila lakonan mantapnya dalam filem ''[[Dia Ibuku]]'' dicalonkan dalam kategori [[Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM)|Pelakon Pembantu Terbaik]] pada 1981.