Hikayat Putera Shazlan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Nick ceria (bincang | sumb.)
Aurora (bincang | sumb.)
k Membatalkan semakan 530288 oleh Nick ceria (Perbincangan)
Baris 19:
 
*Aaron merupakan anak orang paling kaya di sekitar kawasan perumahan mereka.Seorang yang sangka dirinya sangat 'cool' dan bergaya serta punya keyakinan diri yang tinggi.
 
=='''Berita terkini'''==
==='''Astro fokus drama'''===
 
:TANPA drama-drama hebat yang merentap emosi, meruntun jiwa dan menggeletek hati, stesen TV mana sekalipun tidak akan hidup.
 
:Apatah lagi jika saluran berkenaan belum begitu gah dari segi kandungan mutlak seperti Discovery Chanel, National Geografic dan ESPN.
 
:Saluran-saluran am seperti yang semua sedia maklum contohnya, TV3, RTM1, RTM2, ntv7, 8TV, TV9 tidak mampu menafikan impak genre drama untuk melekat di minda penonton.
 
:Saluran TV berbayar seperti Astro juga tidak boleh terlepas daripada penangan drama.
 
:Walaupun drama di Astro khususnya menerusi saluran Ria turut disiarkan tidak boleh dinafikan hakikatnya fokus saluran berkenaan lebih kepada program-program hiburan dan muzikal.
 
:Kenaikan tarif bayaran langganan bulanan, penjenamaan semula dan pengenalan beberapa lagi saluran bahasa Melayu seperti Prima, Oasis dan Ceria, mendesak Astro untuk memikirkan apakah pulangan terbaik untuk pelanggan setia mereka.
 
:"Astro mahu mengubah persepsi para penonton yang mengatakan Astro kurang menyiarkan drama-drama Melayu.
 
:"Astro telah melabur lebih RM100 juta setahun bagi membeli ataupun menerbitkan rancangan berkualiti termasuklah berbentuk drama dan hiburan," beritahu Pengerusi Astro Entertainment Sdn. Bhd, Zainir Aminullah.
 
:Bertemu media pada majlis pelancaran Astro Mega Drama, baru-baru ini, Astro buat pertama kalinya memperkenalkan puluhan drama menarik yang bakal dan sedang menyerikan empat saluran bahasa Melayu utamanya, Ria, Prima, Oasis dan Ceria.
 
:"Ini hanyalah satu per empat daripada keseluruhan projek drama yang sedang dan bakal kami hidangkan kepada pelanggan kami," tambah Pengurus Saluran Ria, Khairul Mizan Shagul.
 
:Kelebihan Astro kerana mempunyai saluran-saluran yang mensasarkan kelompok masyarakat yang berbeza. Setiap drama yang disiarkan menjanjikan kesesuaian dengan objektif dan penonton sasaran setiap saluran ini.
 
:Sebagai contoh, saluran Ria disasarkan kepada penonton Melayu urban, Ceria untuk kanak-kanak dan Oasis pula sesuai menjadi tontonan kelompok pelanggan Melayu yang lebih cenderung ke arah program kerohanian dan keagamaan.
 
:Antara himpunan drama baru dan menarik di Astro Ria adalah seperti KL Menjerit The Series, Gaia, Elit, Nek Nak musim ke-2 dan Din@Dina, di mana drama-drama tersebut di siarkan di empat slot mengikut genre masing-masing.
 
:Manakala drama tempatan yang bakal ditayangkan di Astro Prima ialah Rabunnya Cinta, Cinta Kartika, Inai Malam Pengantin dan Di Bawah Ketiak Isteri menerusi slot Primawara dan TelePrima.
 
:Saluran Astro Oasis juga tidak ketinggalan mendedikasikan dua slot, Persada Oasis dan Pesona Oasis yang memaparkan drama-drama berunsurkan Islam seperti Taubat, Fitrah, Dendam serta Dosa dan Doa.
 
:Untuk penonton cilik, Astro Ceria pula tampil dengan dua drama pengembaraan kanak-kanak iaitu Geng Bas Sekolah dan Hikayat Putera Shazlan.
 
:Menjelaskan prosedur pembelian dan pembekalan kandungan program ke Astro, Zainir menjelaskan tiada sebarang tender atau sistem khusus yang menjadi amalan di Astro.
 
:"Kami lebih terbuka dalam soal berkenaan. Yang penting perlu ada perbincangan dua hala. Sudah pasti, produksi yang mempunyai latar belakang yang kukuh akan memiliki kelebihan.
 
:"Namun ini tidak bermakna, produksi kecil tidak berpeluang menjadi pembekal di Astro.'' kata Zainir.
 
:Malam Mega Drama yang berlangsung penuh kemeriahan di sebuah hotel lima bintang di ibu negara baru-baru ini juga turut menghargai sumbangan media yang banyak memberi sokongan terhadap jatuh-bangun Astro.
 
:Empat tiket percutian ke Hong Kong, China, Amsterdam (Belanda), Goldcoast (Australia) dan mengerjakan umrah ke Tanah Suci Mekah.
 
:Masing-masing tajaan saluran Ria, Ceria, Prima dan Oasis menjadi milik empat wakil media yang bertuah iaitu KOSMO!, Harian Metro, Sinar Harian dan majalah Hai.
 
==='''Pelaburan 100 juta Astro'''===
 
:SEBAGAI sebuah stesen televisyen (TV) ber- bayar tempatan yang mempunyai kira-kira 2.2 juta pelanggan, Astro telah melakukan pelbagai cara bagi menarik perhatian serta memuaskan hati para pelanggannya.
 
:Astro menerusi saluran-saluran TV kendaliannya iaitu Ria, Prima, Oasis dan Ceria misalnya, sentiasa berusaha menyajikan rancangan-rancangan hiburan yang menarik untuk siaran di empat saluran tersebut.
 
:Menurut Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd., Zainir Aminullah, Astro telah melabur lebih RM100 juta setahun bagi membeli ataupun menerbitkan rancangan-rancangan yang berkualiti termasuklah berbentuk drama dan hiburan.
 
:“Pada masa akan datang, Astro akan melabur lebih banyak lagi bagi membeli drama, telemovie, dan filem selain menerbitkan rancangan-rancangan berbentuk hiburan.
 
:“Ini kerana, Astro mempunyai banyak saluran TV yang menampilkan genre-genre yang berbeza. Contohnya, Astro Ria lebih kepada tontonan golongan muda di kawasan bandar.
 
==='''Bahan ilmiah'''===
 
:“Astro Ceria sesuai untuk kanank-kanak. Astro Prima untuk seisi keluarga. Sementara Astro Oasis pula lebih kepada bahan-bahan ilmiah,” katanya pada sidang media Pra-Malam Megadrama 2008 di Hotel Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini.
 
:Pada majlis itu, beliau melancar serta mengumumkan drama-drama TV yang akan ditayangkan menerusi saluran Ria, Prima, Ceria dan Oasis.
 
:Jelas Zainir, Astro kini lebih menumpukan kepada siaran rancangan berbentuk drama bagi mengubah persepsi para penonton yang mengatakan stesen TV itu kurang menyiarkan drama-drama Melayu.
 
:Sehubungan itu katanya, Astro telah bekerjasama dengan banyak syarikat produksi tempatan bagi mendapatkan bekalan drama-drama untuk siarannya.
 
:“Setakat ini, kami telah bekerjasama dengan lebih 20 buah syarikat produksi tempatan di mana mereka mempunyai rekod yang baik dan konsisten dalam membekalkan drama-drama yang bermutu,” ujarnya.
 
:Malah, stesen TV yang mempunyai 40 peratus pelanggannya terdiri daripada bangsa Melayu itu juga tidak menggunakan sistem tender bagi mendapatkan perolehan drama-drama daripada syarikat-syarikat pembekal.
 
:“Sebaliknya, kami akan berbincang terlebih dahulu dengan syarikat sebelum mendapatkan sesebuah drama daripada mereka. Kami akan pastikan konsep sesebuah drama itu bersesuaian dengan sesebuah saluran TV itu.
 
:“Kami tidak mahu berlakunya pertindihan konsep sesebuah drama dengan saluran TV yang kita ada. Ini kerana, kami ada empat saluran TV di mana setiap satu pendekatannya berbeza.
 
:“Dalam hal ini, setiap pengurus saluran TV itu akan berbincang dengan pihak pembekal drama sebelum membelinya. Kami juga memberi peluang yang sama rata kepada semua pembekal drama.
 
:“Tetapi pada masa yang sama, kami memantau siapa pihak di belakang tabir sesebuah penerbitan drama itu. Ia dilakukan supaya tidak berlakunya diskriminasi di kalangan syarikat produksi,” katanya lagi.
 
:Sehubungan itu, Astro Ria akan menayangkan banyak drama menarik antaranya berjudul KL Menjerit The Series, Elit, Nek Nak, Makmal Forensik D:10 dan Din @ Dina.
 
:Astro Prima akan menayangkan drama antaranya berjudul Rabunnya Cinta, Cinta Kartika, Aku Ingin Pulang, Inai Malam Pengantin, Di Bawah Ketiak Isteri dan Apa Itu Cinta?.
 
:Astro Oasis juga tidak ketinggalan menayangkan drama-drama yang sarat dengan mesej keislaman seperti Taubat, Fitrah dan Dendam serta Dosa dan Doa. Sementara itu, Astro Ceria pula akan menayangkan drama seperti Geng Bas Sekolah dan Hikayat Putera Shazlan.
 
:Pada majlis pelancaran yang diacarakan oleh Aznil Nawawi dan Ogy Ahmad Daud itu, pengurus keempat-empat saluran Astro tersebut tampil bersama para selebriti termasuklah penerbit, pengarah dan pelakon yang terbabit dalam drama-drama yang akan disiarkan kelak.
 
:Hadir sama pada sidang media itu ialah Pengurus Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, Pengurus Astro Prima, Khairul Anwar Salleh, Pengurus Astro Ceria, Azlin Reza Azmi dan Pengurus Astro Oasis, Izelan Bashar.