Angkasapuri: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
InternetArchiveBot (bincang | sumb.)
Rescuing 2 sources and tagging 0 as dead.) #IABot (v2.0.8.1
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 96:
Bagaimanapun, Jabatan Televisyen yang ditempatkan sementara di Jalan Ampang (sejak tahun 1963) hanya dipindahkan ke Angkasapuri lebih kurang 2 tahun kemudian, iaitu pada 6hb November 1969. Peringkat kedua bagi projek Pusat Penyiaran ini hanya selesai dilaksanakan dalam tahun 1972, apabila Bangunan Radio (Wisma Radio) siap pembinaannya dan memulakan siarannya pada 9hb Mei, 1972 tepat pada jam 12.00 tengah malam.
 
Pada 29hb Ogos 1988, Bangunan Angkasapuri dan bendera Malaysia (kini [[Jalur Gemilang]]) telah mencipta sejarah apabila sebuah bendera gergasi berukuran 85.3 meter panjang dan 24.3 meter (60 gulung kain) telah dinaikkan oleh 500 orang kakitangan Kementerian Penerangan. Bendera gergasi tersebut dinaikkan selama 10 minit bermula jam 9.00 pagi dan ia disaksikan oleh 5000 orang kakitangan Kementerian Penerangan. Proses membuat bendera gergasi ini memakan masa dua minggu.
 
Tahun 2012 menyaksikan penambahan Wisma Berita RTM, yang mengandungi ruang berita RTM, ke kompleks Angkasapuri. Ia dirasmikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia ketika itu, Dato 'Seri Utama Dr. [[Rais Yatim]] pada 6 Jun 2012.
 
==Ciri-ciri==