Sungai St. Lawrence: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jeangagnon (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 76:
}}
 
'''Sungai Saint Lawrence''' ({{lang-fr|Fleuve Saint-Laurent}}; [[Bahasa Tuscarora|Tuscarora]]: ''Kahnawáʼkye'';<ref>Rudes, B. ''Tuscarora English Dictionary'' Toronto: University of Toronto Press, 1999</ref> [[Bahasa Mohawk|Mohawk]]: ''Kaniatarowanenneh'', bermaksud "laluan air yang besar") merupakan [[sungai]] yang besar yang terletak dari barat daya hingga barat laut di benua [[Amerika Utara]] dan menghubungkan [[Tasik-Tasik Besar Amerika|Tasik-Tasik Besar]] dengan [[Lautan Atlantik]]. Sungai ini adalah penghantar saliran utama Tasik-Tasik Besar. Sungai terletak di timur [[Provinsi dan wilayah di Kanada|wilayah Kanada]] iaitu [[Quebec]] dan [[Ontario]] yang membentuk sebahagian daripada [[Sempadan Kanada – Amerika Syarikat|sempadan antarabangsa]] antara Ontario, Kanada dan [[New York]], [[Amerika Syarikat]].
 
Sungai ini merupakan laluan utama penjelajah Perancis, [[Jacques Cartier]] untuk meneroka pendalaman [[Kanada]] pada [[abad ke-16]]. Kemudian, ramai penjelajah Eropah berimigresen ke Kanada pada zaman dahulu mengikut laluan sungai ini termasuklah [[Samuel de Champlain]] iaitu bangsawan Perancis yang membuka [[Bandaraya Quebec]] pada [[abad ke-17]]. Sungai ini merupakan pertempuran utama ketika [[Perang Tujuh Tahun]], tentera British yang berpangkalan di New York berusaha untuk menghalau orang Perancis dari Kanada untuk meluaskan jajahan British. Ketika [[Perang Dunia Kedua]], tentera Kanada [[Pertempuran Sungai St. Lawrence|bertempur]] dengan tentera [[Jerman Nazi]] di bawah [[Karl Donitz]]. Pertempuran ini hanya di muara sungai dan tentera Kanada berjaya menenggelamkan kapal perang tentera Nazi, U-Boat berhampiran [[Lautan Atlantik]].