Kanada: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
InternetArchiveBot (bincang | sumb.)
Rescuing 38 sources and tagging 0 as dead.) #IABot (v2.0.8
Tiada ringkasan suntingan
Baris 85:
|footnotes = <big>'''[[Portal:Kanada|Portal Kanada]]'''</big>
}}
'''Kanada''' ({{lang-en|Canada}} {{IPAc-en|icon|ˈ|k|æ|n|ə|d|ə}}) ialah sebuah negara [[Amerika Utara]] yang terdiri daripada [[Provinsi dan wilayah di Kanada|sepuluh provinsi (setaraf negeri) dan tiga wilayah]]. Terletak di bahagian utara benuanya, Kanada menjangkau dari [[Lautan Atlantik]] di timur hingga [[Lautan Pasifik]] di barat dan [[Lautan Artik]] di utara. Ia merupakan [[Senarai negara mengikut jumlah keluasan|negara]] kedua paling luas di dunia. [[Sempadan Kanada – Amerika Syarikat|Sempadan Kanada]] dengan [[Amerika Syarikat]] di selatan dan barat laut adalah yang terpanjang di dunia.
 
Tanah yang kini menjadi Kanada pernah didiami oleh pelbagai kaum [[Orang asli Kanada|orang asli]] sejak ribuan tahun dahulu. Bermula pada lewat abad ke-15, misi penjelajahan [[Penjajahan British di Amerika|British]] dan [[Penjajahan Perancis di Amerika|Perancis]] menerokai lalu bertempat di sepanjang pantai Atlantik. Perancis menyerahkan hampir kesemua [[Perancis Baru|jajahannya di Amerika Utara]] pada tahun 1763 selepas [[Perang Tujuh Tahun]]. Pada tahun 1867, dengan kesatuan tiga jajahan [[Amerika Utara British]] secara [[Pergabungan Kanada|Pergabungan]], Kanada dibentuk sebagai sebuah [[dominion]] [[persekutuan]] empat provinsi. Dengan ini bermulanya pertambahan provinsi dan wilayah serta proses meningkatkan autonomi dari [[United Kingdom]]. Peluasan autonomi ini diserlahkan oleh [[Statut Westminster 1931]] dan memuncak pada [[Akta Kanada 1982]], yang memutuskan sisa-sisa pergantungan undang-undang pada [[parlimen United Kingdom]].
Baris 94:
Nama ''Canada'' datanya dari bahasa [[Iroquois St. Lawrence]], iaitu perkataan ''kanata'' yang bererti "desa" atau "petempatan".<ref name=origin>{{cite web|title=Origin of the Name, Canada|url=http://www.pch.gc.ca/pgm/ceem-cced/symbl/o5-eng.cfm|publisher=Canadian Heritage (Government of Canada)|year=2008|accessdate=2010-06-27}}</ref> Pada tahun 1535, para penduduk asli di rantau yang kini menjadi [[Bandar Raya Quebec]] menyebut perkataan ''kanata'' ketika menunjukkan arah ke desa [[Stadacona]] kepada penjelajah Perancis, [[Jacques Cartier]].<ref name="maura"/> Cartier kemudiannya menggunakan perkataan ''Canada'' bukan sahaja untuk memaksudkan desa itu, bahkan juga seluruh kawasan taklukan [[Donnacona]] (penghulu Stadacona); menjelang tahun 1545, buku-buku dan peta-peta Eropah mula memanggil rantau itu dengan nama ''Canada''.<ref name="maura">{{cite journal|last=Maura|first=Juan Francisco|year=2009|title=Nuevas aportaciones al estudio de la toponimia ibérica en la América Septentrional en el siglo XVI|journal=Bulletin of Spanish Studies|publisher=Routledge|volume=86|issue=5|pages=577–603|doi=10.1080/14753820902969345|ref=harv}}</ref>
 
Pada abad ke-17 dan awal abad ke-18, [[Canada (Perancis Baru)|Canada]] ialah nama bagi sebahagian wilayah [[Perancis Baru]] yang terletak di sepanjang [[Sungai Saint Lawrence]] dan pantai utara [[Tasik-Tasik Besar Amerika]]. Kawasan itu kemudiannya dipecahkan kepada dua jajahan British, iaitu [[Upper Canada]] dan [[Lower Canada]]. Kedua-duanya disatukan semula menjadi [[Wilayah Kanada]] (''Province of Canada'') pada tahun 1841.<ref>{{cite book
|title = Naming Canada: Stories of Canadian Place Names
|edition = 2nd
Baris 282:
 
== Geografi ==
[[Fail:Canada-satellite.jpg|thumb|right|Imej komposit satelit Kanada. [[taiga|Hutan boreal]] menguasai [[Perisai Kanada]] yang berbatu-batan. Ais dan [[tundra]] menonjol di kawasan [[Artik]]. Glasier kelihatan di [[Banjaran Rocky Kanada]] dan [[Pergunungan Coast]]. Tanah [[prairi]] yang rata dan subur sesuai untuk pertanian. [[Tasik-Tasik Besar Amerika]] menyuap [[Sungai Saint Lawrence]] (di tenggara), di mana tanah pamah menjadi tempat tinggal majoriti penduduk Kanada.]]
 
Kanada mengisi sebahagian besar di Amerika Utara, berkongsi sempadan darat dengan [[tanah besar Amerika Syarikat]] di selatan dan negeri [[Alaska]], AS di barat laut, menjangkau dari Lautan Atlantik di timur hingga Lautan Pasifik di Barat; di utara pula letaknya Lautan Artik.<ref name="CommonwealthSecGeo">{{cite web| title = Canada: Geography| work = Country Profiles | publisher = Commonwealth Secretariat | url =http://www.thecommonwealth.org/YearbookInternal/138398/geography/ |accessdate = 2010-10-26}}</ref><ref name="cia">{{cite web |publisher= Central Intelligence Agency|url=https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/ca.html|title=The World Factbook: Canada |date=2006-05-16 |accessdate=2009-10-26}}</ref> Mengikut jumlah keluasan (termasuk perairan), Kanada ialah [[Senarai negara mengikut jumlah keluasan|negara kedua terbesar]] di dunia selepas Rusia.<ref name="cia" /> Dari segi keluasan tanah, Kanada adalah yang [[Senarai negara mengikut keluasan tanah|keempat terbesar]].<ref name="cia" /> Negara ini terletak di antara garis lintang [[Selarian ke-41 utara|41°]] dan [[Selarian ke-84 utara|84°U]], dan garis bujur [[Meridian ke-52 barat|52°]] dan [[Meridian ke-141 barat|141°B]].