Lefthanded: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
→‎Pertukaran Ahli: Tambah kandungan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
→‎Pertukaran Ahli: Tambah kandungan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 53:
Selepas album '''Evolusi''' (1989), Nash penyanyi utamanya meninggalkan Lefthanded dan digantikan buat sementara oleh penerbit album mereka sendiri iaitu Ramli Sarip.  Ramli sanggup mengambil tempat Nash kerana tidak mahu Lefthanded berkubur begitu saja. Ramli sempat merakamkan satu album berjudul '''Fanatisme ''' (1991)bersama Lefthanded. Atas sebab-sebab komitmen peribadi Man Dayak, tugas dram pula dirakamkan oleh Tom Anuar untuk album '''Fanastisme'''. Selepas itu Yan pula meninggalkan mereka untuk menyertai semula kumpulan Search yang pernah dianggotainya dulu.
 
Pada tahun 1994, Yan kembali bersama Lefthanded. Penyanyi Arab dan pemain dram Tom Anuar juga menyertai Lefthanded apabila Lefthanded menjadi band jempuran untuk konsert '''Mr. Big''' di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada tahun 1994. Konsert tersebut dirakamkan secara 'Live' dan dimuatkan di dalam album '''Nafas''' pada tahun 1996. Album tersebut juga mengandungi dua lagu baru yg dikaryakan oleh penyanyi Arab. Disebabkan jadual dan komitmen yg ketat, Man Kidal tidak dapat melibatkan diri dalam rakaman dua lagu baru tersebut.
Pada tahun 1997, Lefthanded memenangi Anugerah '''Album Rock terbaik''' untuk album '''Nafas''' di dalam '''Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)''' 1997. Pada tahun yang sama,Man Kidal meninggalkan Lefthanded dan menubuhkan "'''Lefthanded '97'''".
Nash berama Man Dayak kembali semula pada tahun 1998 dan menghasilkan lagi album iaitu '''Syurga & Neraka''' (1999) bersama Samad, yang diterbitkanjuga olehmemainkan Samadperanan sebagai penerbit selain menjadi gitarist tunggal untuk album tersebut. Album ini juga dicalonkan antara finalis untuk '''Album Rock Terbaik''' di dalam '''Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)''' 2000.
 
Pada tahun 2003,Man Kidal kembali semula dan album kompilasi '''Lefthanded - Reunion''' diterbitkan. Mereka juga membuat konsert 'Re-union' di Planet Hollywood dan juga rancangan konsert TV saluran Astro Siri '''Dari Studio Satu''' . Konsert Lefthanded di Planet Hollywood diadakan untuk kali kedua pada tahun 2006 tanpa kehadiran Samad.Konsert tersebut dirakam dan dijual semula dalam bentuk album berjudul '''Lefthanded - Live At Planet Hollywood''' 2006.