Lefthanded: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
→‎Pertukaran Ahli: Tambah kandungan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
→‎Pertukaran Ahli: Tambah kandungan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 58:
Nash berama Man Dayak kembali semula pada tahun 1998 dan menghasilkan album '''Syurga & Neraka'''(1999) bersama Samad, yang juga memainkan peranan sebagai penerbit selain menjadi gitarist tunggal untuk album tersebut. Album ini juga dicalonkan antara finalis untuk '''Album Rock Terbaik''' di dalam '''Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)''' 2000.
 
Pada tahun 2003,Man Kidal kembali semula dan album kompilasi '''Lefthanded - Reunion''' diterbitkan. Mereka juga membuat konsert 'Re-union' di Planet Hollywood dan juga rancangan konsert TV saluran Astro Siri '''Dari Studio Satu''' . Konsert Lefthanded di Planet Hollywood diadakan untuk kali kedua pada tahun 2006 tetapi kali ini tanpa kehadiran Samad.Konsert tersebut dirakam dan dijual semula dalam bentuk album berjudul '''Lefthanded - Live At Planet Hollywood''' 2006.
 
Pada 23 Oktober 2008, Lefthanded kehilangan pemain gitarnya, Abdul Samad Mian atau Samad, 45, yang meninggal dunia kerana sesak nafas selepas terjatuh di pejabatnya di Ampang. Selain bermain muzik, arwah pernah menjadi pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sejak empat tahun lalu.