Isotop helium: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
InternetArchiveBot (bincang | sumb.)
Rescuing 1 sources and tagging 0 as dead.) #IABot (v2.0.8.1
 
Baris 35:
Mungkin telah ada pemerhatian <sup>2</sup>He. Pada tahun 2000, ahli-ahli fizik pertama kali memerhati sejenis pereputan nuklear yang baru di mana satu nukleus memancarkan dua proton serentak - berkemungkinan nukleus <sup>2</sup>He.<ref>[http://physicsworld.com/cws/article/news/2762 Physicists discover new kind of radioactivity], in [http://physicsworld.com/cws/home physicsworld.com] Oct 24, 2000</ref><ref>[http://prola.aps.org/abstract/PRL/v86/i1/p43_1 Decay of a Resonance in <sup>18</sup>Ne by the Simultaneous Emission of Two Protons], Physical Review Letters vol.86, p.43-46 (2001), by J. Gómez del Campo, A. Galindo-Uribarri et al.</ref> Kumpulan yang diketuai oleh Alfredo Galindo-Uribarri dari Makmal Kebangsaan Oak Ridge ini telah mengumumkan bahawa penemuan ini boleh membantu para saintis memahami tenaga nuklear kuat dan memberikan pandangan baru terhadap [[sintesis nuklear najam|penghasilan unsur-unsur kimia di dalam bintang-bintang]]. Galindo-Uribarri dan rakan-rakan sekerjanya memilih satu isotop [[neon]] dengan struktur tenaga yang menghalangnya daripada memancarkan proton satu demi satu. Ini bermaksud yang dua proton dilenting keluar serentak. Kumpulan ini melancarkan satu pancaran ion [[fluorin]] pada satu sasaran kaya proton untuk menghasilkan <sup>18</sup>Ne, yang kemudiannya mereput dan menghasilkan [[oksigen]] dan dua proton. Mana-mana proton yang dilenting dari sasaran telah dikesan dengan tenaga-tenaga tertentu mereka. Ada dua cara pancaran dua proton boleh berlaku; nukleus neon itu mungkin memancarkan satu 'diproton'—sepasang proton yang terikat bersama dalam bentuk nukleus <sup>2</sup>He—yang kemudiannya mereput kepada dua proton berbeza, atau mungkin proton-proton ini dipancarkan secara berasingan tetapi pada masa yang sama dalam apa yang dipanggil 'pereputan demokratik'. Uji kaji ini tidak cukup sensitif untuk menentukan yang mana satu antara kedua-dua proses ini yang berlaku.
 
Bukti terbaik bagi <sup>2</sup>He telah ditemui pada 2008 di [[Istituto Nazionale di Fisica Nucleare|Institut Fizik Nuklear Kebangsaan]], Itali.<ref>[http://www.aip.org/pnu/2008/split/865-2.html New Form of Artificial Radioactivity] {{Webarchive|url=https://web.archive.org/web/20081014143925/http://www.aip.org/pnu/2008/split/865-2.html |date=2008-10-14 }} Inside Physics Research—Science News Update Number 865 #2, May 29, 2008 by Phil Schewe</ref><ref>G.Raciti et al., Physical Review Letters 100, 195203–06 (2008) "Experimental Evidence of <sup>2</sup>He Decay from <sup>18</sup>Ne Excited States"</ref> Satu pancaran <sup>20</sup>Ne telah dilagakan dengan satu kerajang [[berilium]]. Dalam pelanggaran ini sesetengah atom neon telah bertukar kepada nukleus <sup>18</sup>Ne. Nukleus yang sama ini kemudiannya berlanggar dengan kerajang [[plumbum]]. Pelanggaran kedua menyebabkan nukleus <sup>18</sup>Ne terangsang dan berada dalam keadaan yang sangat tidak stabil. Seperti dalam uji kaji di Oak Ridge, nukleus <sup>18</sup>Ne mereput dan membentuk <sup>16</sup>O dan dua proton yang dikesan keluar dari arah yang sama. Uji kaji ini menunjukkan yang dua proton dipancarkan bersama-sama pada mulanya, bergandingan dalam konfigurasi <sup>1</sup>S separa terikat, sebelum mereput kepada proton-proton berasingan kurang daripada satu per sebilion saat kemudian.
 
Selain itu, di [[RIKEN]], Jepun dan [[JINR]] di [[Dubna]], Russia, sewaktu penghasilan <sup>5</sup>He dengan pelanggaran antara satu pancaran nukleus <sup>6</sup>He dan sasaran [[hidrogen]] kriogenik, telah didapati bahawa nukleus <sup>6</sup>He boleh menyumbang keempat-empat neutronnya kepada atom hidrogen. Ini meninggalkan dua proton yang mungkin dilenting keluar serentak dari sasaran sebagai nukleus <sup>2</sup>He, yang mereput dengan pantas kepada dua proton. Tindak balas yang sama juga telah diperhatikan daripada pelanggaran nukleus <sup>8</sup>He dengan hidrogen.