Istana Budaya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
InternetArchiveBot (bincang | sumb.)
Rescuing 2 sources and tagging 0 as dead.) #IABot (v2.0.8
InternetArchiveBot (bincang | sumb.)
Rescuing 3 sources and tagging 0 as dead.) #IABot (v2.0.8.1
Baris 51:
Bangunan berkonsepkan bentuk rumah Melayu dengan tiga bahagian utama – serambi untuk lobi, rumah ibu untuk Panggung Sari, serta rumah dapur untuk pentas utama dan dewan latihan. Tangga untuk ke Panggung Sari berkonsepkan tangga tradisional rumah Melayu Melaka.
 
Bangunan ini direka oleh Muhammad Kamar Ya'akub, seorang arkitek tempatan. Sumber inspirasi untuk reka bentuk bangunan ini adalah berdasarkan kepada layang-layang tradisional (wau bulan) yang sedang terbang. <ref>{{Cite web |url=http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm05&spesifik_id=370&ttl_id=15 |title=salinan arkib |access-date=2012-09-18 |archive-date=2009-01-20 |archive-url=https://web.archive.org/web/20090120085606/http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm05&spesifik_id=370&ttl_id=15 |url-status=dead }}</ref> Bahagian rekabentuk bangunan utama pula diambil dari bentuk 'junjung sirih', satu corak susunan tradisional atau hadiah yang dibuat dari daun sirih yang digunakan untuk upacara sambutan atau perkahwinan orang Melayu.
 
Sepertimana reka dalaman rumah tradisional [[Melayu]], bahagian dalam bangunan ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu "serambi" sebagai lobi dan ruang legar, "rumah ibu" atau ruang utama sebagai auditorium, dan "dapur" sebagai pentas dan dewan raptai.
 
Rekaan dalaman bangunaan ini dibina menggunakan sumber-sumber tempatan seperti marmar dari [[Langkawi]] dan kayu tropika berkualiti tinggi untuk pintu-pintu yang diukir dengan tangan untuk membentuk corak bunga dan daun. Hamparan yang menghiasi lantai lobi pula bercorakkan bunga cempaka yang sedang mekar dan pokok beringin. Gambaran ini diambil berdasarkan pementasan tradisional Melayu, [[Mak Yong]] dan [[wayang kulit]]. <ref>{{Cite web |url=http://malaysia.travel/consumer/destinations/item.asp?item=istanabudaya |title=salinan arkib |access-date=2007-07-10 |archive-date=2007-07-12 |archive-url=https://web.archive.org/web/20070712175458/http://malaysia.travel/consumer/destinations/item.asp?item=istanabudaya |url-status=dead }}</ref>
 
Dewan teater yang dipanggil "Panggung Seri" mempunyai kotak tempat duduk khas yang direka khas menyerupai tingkap rumah tradisional [[melayu]]. Dewan ini boleh menempatkan seramai 1,412 orang pada satu-satu masa. Teater ini merupakan teater pertama di [[Asia]] yang dilengkapi dengan peralatan–peralatan canggih dan terkini. Istana Budaya juga dikelaskan di antara sepuluh teater tercanggih di dunia, dan tarafnya diletakkan bersamaan dengan Royal Albert Hall di [[London]]. <ref>{{Cite web |url=http://www.istanabudaya.gov.my/page.cfm?ID=1CB0C775-22B4-4FD5-BD2A63D8C432A858 |title=salinan arkib |access-date=2007-07-10 |archive-date=2009-02-27 |archive-url=https://web.archive.org/web/20090227074131/http://istanabudaya.gov.my/page.cfm?ID=1CB0C775-22B4-4FD5-BD2A63D8C432A858 |url-status=dead }}</ref>
 
"Lambang Sari" merupakan panggung yang saiznya lebih kecil berbanding dengan Panggung Sari. Ia terletak di sebelah kanan Panggung Sari. Panggung ini sesuai untuk persembahan produksi-produksi kecil dengan kapasiti 281 orang penonton pada satu-satu masa. Pentasnya adalah berbentuk arena dengan keluasan lantai 500 meter persegi.